✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Logo KBBA Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Thursday, September 30, 2010

Hurt

Salam Reader's!!~

the last time i text him just half an hour ago.

B da blik? Ya Allah..rindu nye syg kt b..

hmm. no answer.
silent.

never mind.
i hope, he will be fine.
i assume that he will remember me.
be patient.
:'(

~ .miss this moment. ~

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Ya. Saya Sayang Budak Itu!

Salam Reader's!!~

hye u alls. speechless. i tak tahu nak cakap macam mana. sekarang ni i tak boleh nak gambarkan macam mana perasaan i. i terlalu rindukan dia. macam ni lah agak nya situasi orang yang bercinta jarak jauh. i baru jauh sikit je. dah rindu-rinduan bagai.

hmm. takpe lah. i akan cuba jadi wanita yang matang. kuat kan hati dan banyakkan bersabar. sekurang-kurangnya i tahu, dia masih sayangkan i. i cuba percaya apa yang dia cakap. dia masih sayangkan i. 



.semoga i menjadi insan yang lebih bersyukur.

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Sabar Itu Separuh Dari Iman

Salam Reader's!!~

quick update before i sleep!
sabar jela. i baru je oke dengan beliau sekejap.
tapi sekarang dah berbalah balik.
apa ntah nak jadi.

u alls. doakan kami!
doakan i dan dia.


.semoga i akan jadi perempuan yang lebih terbuka menerima kenyataan.
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Wednesday, September 29, 2010

B.. Jom Kita Bercinta!

Salam Reader's!!~

hye u alls. actually i kerja malam semalam. so, pagi tadi baru balik. biasa lah, sesekali kena double shift, terus lembik segala saraf badan i nih. huhu. kurang vitamin punya Nurul! hak3!!~

normally, i akan update blog i ni sekurang-kurangnya 2 entry dalam sehari. itu pun i pilih tajuk yang gempak-gempak. baru la traffic tinggi kan?? tapi kan, lately ni, i pelik la. i tengok dekat guest counter yang kaler pink kat sebelah ni, traffic i baru sikit. tapi bila i refer dekat analytics dekat Nuffnang tuh, traffic i tak macam banyak pulak kan? pelik! arghh. biarlah. i dah malas fikir pasal traffic ke mende-mende nih. i tak nak jadi mata duitan dan i nak perbetulkan niat i. i nak blogging kerana hobi. tak nak pasal duit. ada rezeki, ada lah. kalau takde, nampaknya bukan rezeki kita lah kan? betul? lagipun, bukannya i takde kerja tetap. hehe.

ohh. dah termengarut benda lain dah ni. padahal i nak cerita pasal tajuk kat atas tuh. hmm. ehh u alls. pernah tak u alls message dengan boy u alls macam nih..
 "b sayang, jom kita bercinta!"
hiks!!~ kalau ada yang pernah tu, hehe.. kita sama! i selalu message macam tu dengan my chenta hati! mula-mula beliau memang pelik. dah sah-sah la kitorang memang bercinta. gila pe perempuan nih?? tapi i tau, beliau kan selalu layan kan aje perangai i. hak3!!~ apa yang i message, beliau layankan je. time i tengah hangin pun beliau layan kan aje. beliau memang seorang yang tak pernah jemu dengan i. 

even we alls gaduh macam mana pun, beliau tetap akan pujuk i. tapi lately nih, beliau dah semakin tegas. beliau dah malas nak pujuk i bila i merajuk. mungkin beliau busy dengan assignment and tugasan-tugasan kuliah beliau. takpe lah. biar i pujuk hati sendiri. kadang-kadang i tak boleh nak ikut sangat perangai mengada-ngada i nih kan? 


memang lah kadang-kadang i ni over mengada-ngada. tapi standard lah kan? perempuan memang nak diberikan perhatian. dimanja. dan bukan untuk dimarahi. setuju tak semua perempuan?? hiks! tapi i tak nafikan juga, yang lelaki pun nak benda yang sama. tak semua kehendak perempuan mesti dipenuhi. tolak ansur yang penting kan?

u alls. doakan hubungan kami kekal ye. even though banyak dugaan yang perlu kami rintangi, i tetap akan pertahankan hubungan kami sampai hujung nafas i. itu janji i pada diri sendiri. kiranya ada jodoh, doakan kami supaya disatukan. 

dan kepada yang tidak senang dengan hubungan kami, i mintak maaf banyak-banyak. tak semua benda dalam dunia ni yang kita buat, orang suka. begitu juga diri i. tak semua orang suka i. i tahu tu. tapi i insan biasa. dan selalu melakukan banyak salah silap. semoga dilimpahi rahmat ke atas diri i dan diri u alls semua.

dah banyak i menceceh ni. nak stop lah. kalau i rasa nak update, i update ye. u alls. doakan kebahagiaan i ye. dan doakan i jadi cepat matang dan boleh terima kenyataan dengan mudah. Amiinn...

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

DiGi iPhone 4 Life

Salam Reader's!!~

hye u alls! dah sampai masa kita di episod terakhir. di mana entry ini disediakan khas untuk Nuffnang dan DiGi. class gitu! Tajuk entry DiGi iPhone 4 Life. i rasa penjelasan i di episod-episod sebelumnya dah cukup padat kan? oke. untuk sesiapa yang terlepas pandang, u alls boleh semak di sini!!~

oke. memang i harus memiliki iPhone 4 tu tau! functions yang serbaguna tu yang wat i begitu interested sangat tau! kalau lah diberi peluang untuk i guna sehari pun, i sanggup! tapi rugi la. dah alang-alang sehari, baik guna terus kan? hiks!!~

Jom usha gambar yang i edit khas untuk this contest. Limited Edition tau! jangan tenung lama-lama pulak! i kan penyegan! ahaks!!~


So, encik Nuffnang dan DiGi.. tolong lah realisasi kan impian i yang kempunan ini ye!!~


Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Detective Conan

Salam Reader's!!~

hye u alls. ohh. baca title tu. mesti u alls pelik kan? ehh. Nurul ni. tiba-tiba pulak Detective Conan. apa lagi la yang dia nak mengarut tuh? hmm.

oke. kalau u alls nak tahu, Detective Conan adalah satu watak kartun yang i minat sangat sejak i kecil-kecil dulu lagi. watak nya memang mencuit hati i. u alls tahu tak, dulu masa i kecil-kecil, i bercita-cita nak jadik Inspektor Polis tau. tapi bila dah meningkat remaja, i nak jadi Pensyarah pulak. hehe. i nak jadi polis dulu sebab i suka tengok cerita-cerita atau filem aksi dalam TV. u alls tahu tak, dulu i suka sangat-sangat tengok cerita yang ada aksi penyiasatan, pastu tumpaskan penjenayah. adore that story! 


pastu kan, masa i kanak-kanak dulu, i suka beli novel penyiasatan. macam best je baca novel macam tu. trick yang they alls guna untuk menyiasat dan membongkar jenayah. memang syok!

Tapi, i minat sangat Detective Conan sebab watak dia cute sangat! comel je kalau tengok dalam TV. u alls tahu tak, sampai sekarang i minat tengok cerita kartun tuh. setiap hari, kalau i kerja petang ataupun malam, i akan set time pukul 11.30 pagi sampai pukul 12.00 tengah hari untuk tengok cerita tu di Astro Ceria. gila kan i?  



biarlah u alls nak cakap i budak-budak ke apa. memang i admit yang i ada simpan satu album koleksi gambar conan je. i suka! sekurang-kurangnya, i tak minat benda tak senonoh kan? hiks!!~

Conan Edogawa

Sinichi Kudo

then.. kalau u alls nak tahu, selain dari meminati Detective Conan, i juga meminati cerita kartun ini...


i memang belum cukup dewasa. so, jangan lah u alls pelik kalau u alls asyik nampak i touching je!! hiks!!~
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, September 28, 2010

7 Golongan Yang Akan Dilindungi Allah s.w.t

Salam Reader's!!~

hye u alls. 
video ini menginsafkan i
sama-sama kita renungkan.



ingat lah wahai umat manusia!
hidup kita di dunia hanya sementara.
insaflah..
renungan untuk diriku sendiri juga..

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Jangan Menangis Wahai Pencinta

Salam Reader's!!~

hye u alls. masa i berblogwalking tadi, i tertangkap satu entry di mana si penulis berkongsi tentang Doa Ketika Bersedih. entry yang dikongsi oleh saudari Mellyana Sara. i terdiam. terpaku. ye. memang i sedang bersedih. tapi samapi bila i harus begitu kan? semua orang kenal i sebagai Nurul yang ceria. Nurul yang over ramah. Nurul yang suka buat orang sekelilingnya gembira. tetapi kenapa Nurul pula yang bersedih? menangis pula tak akan mengubah apa-apa pun. so, wake up Nurul!

so, i pun nak share Doa Ketika Bersedih ni. supaya i sedar yang i ada pelindung semasa hati i sedang bersedih dan juga resah.

اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِـيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِـيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِي، وَنُوْرَ صَدْرِي، وَجَلاَءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي



"Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak dari hamba-Mu, ubun-ubunku (nasib-ku) ada di tangan-Mu, telah lalu hukum-Mu atasku, adil ketetapan-Mu atasku, aku mohon kepada-Mu dengan perantara semua nama milik-Mu yang Engkau namakan sendiri, atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau Engkau ajarkan seseorang dari hamba-Mu, atau Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib disisi-Mu. Jadikanlah Al Qur’an sebagai penawar hatiku, cahaya dalam dadaku, penghapus dukaku dan pengusir keluh kesahku"


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari keluh kesah dan rasa sedih, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat bakhil dan penakut, dari cengkraman utang dan laki-laki yang menindas(ku)"



Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

DiGi iPhone 4 Real

Salam Reader's!!~

hye u alls. kini tiba di episod ketiga untuk peluang merebut hadiah besh from DiGi!! iPhone 4!! siapa yang tak nak? i just try my luck. ada rezeki, dapat lah. kepada mereka yang nak tau task yang diberikan pada episod 1 dan episod 2 boleh lah klik pada link di bawah ini ye.
oke. task yang seterusnya ini, i dikehendaki untuk menceritakan tentang apa yang suka tentang plan DiGi iPhone 4. oke. actually, plan yang ditawarkan oleh DiGi adalah plan yang paling mudah dan yang paling murah. memang mampu untuk dimiliki. tapi memandangkan banyak lagi benda yang i nak settle, so i terpaksa tundakan hasrat i untuk memiliki DiGi iPhone 4 sendiri.


oke. u alls tengok gambarajah di bawah ini ye.

klik untuk lihat dengan jelas ye.

oke. u alls dapat perhatikan. terdapat 3 jenis plan kesemuanya. iDiGi 88 , iDiGi 138 dan iDiGi 238. untuk plan yang basic, u alls boleh pilih plan iDiGi 88. i juga prefer untuk get this plan kalau i nak memiliki nya sendiri suatu hari nanti. sebab plan nya murah dan menjimatkan.


tak perlu lah i explain lagi kan? betapa hebat nya plan DiGi iPhone 4 nih. kalau i dah ada duit yang cukup, pastinya i sudah memiliki nya sendiri. sesiapa pun ingin memiliki nya sendiri!

plish mr. Nuffnang and DiGii really want that iPhone 4!!

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Orang Benci Ku Sangka Sayang

Salam Reader's!!~

this songs i dengar masa balik kerja tadi.
touching sangat! kalau u alls pun mesti touching gak!
terus i buat lagu ni jadi backgroud music i. 

u alls tau lah kan. sekarang i tengah touching.
so, now.
presenting to all of you..
.Orang Benci Ku Sangka Sayang - Sonia.
.masih membasah luka
.yang dulu pernah kau cipta
.kau sayat kembali
.diatas derita lama
.tak penah menjadi impian
.dan hitam bukanlah harapan
.mengering airmata mengenangkan percintaan
.yang kini tinggal igauan

.masih segar diingatan
.kenangan kita bersama
.cinta yang telah berlalu
.ku simpan jadi sejarah
.biarlah ku jalani lara
.biarlah kan ku telan duka
.semoga kau mengerti
.tak pernah ku restui pemergian dirimu
.sungguh menyayat hati

.benar kata pujangga
.selasih ku sangka
.bayang-bayang ku sangkakan daun selaga
.orang benci ku sangka sayang
.namun diri tak merasa
.tetapi apakan daya

.kenang kenanglah aku sayang
.rinduilah aku dalam ingatanmu
.yang telah tinggalkan ku selama ini
.jauh mengejar mimpi yang tiada pasti
.biar hujan datang berkurun
.takkan tawar rasa lautan cinta
.ku khayalkan kasihmu mengekalkan rasa
.kiranya gerimis menawarkan lautan

untuk muat turun lagu ini, sila klik HERE
untuk music code lagu ini, sila copy code di bawah. backlink my site back oke!
<center><embed src="http://www.hugedrive.com/published/WG/show.php?q=TlVSVUxDSFVNRUw=-51085927&file=MjQ=" autostart="TRUE" loop="TRUE" align="center" height="0" width="0"></embed><a href="http://nurulchumel.blogspot.com/2010/09/music-code-for-your-site.html" target="_blank"><img src="http://i44.photobucket.com/albums/f23/nurul_izz/music.gif" border="0" alt="Photobucket" /></a></center>

p/s: lagu ini amat bermakna dalam hidup i. 
semoga i tak berjumpa lagi dengan insan yang berpura-pura
sayangkan i. i tak sanggup untuk dipermainkan lagi oleh cinta palsu!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Monday, September 27, 2010

Google

Salam Reader's!!~

hye u alls. tajuk hot yang i pilih tengah hari ini adalah Google. siapa yang tak kenal Google? perghh. memang siapa yang tak kenal Google pada zaman sekarang ni memang tanpa segan i cakap they alls memang dah jauh ketinggalan. 

dengan Google, kehidupan di alam maya jadi serba mudah. dengan menaip apa jua keyword, semuanya sudah terpampang. kalau dulu, kita lebih prefer untuk menggunakan perkhidmatan engine carian Yahoo! email pertama i dulu pun Yahoo!. tapi kemudian i beralih sedikit kepada email Hotmail yang di bawakan oleh engine carian Windows MSN.

now, i lebih prefer dengan Google. sebab boleh menghubungkan i dengan Blogger dengan lebih mudah. i hanya berikan pendapat i. yang selebihnya, u alls boleh pilih dan fikir sendiri yang mana satu engine carian yang sesuai dengan u alls. bagi i, Google tetap nombor satu even-though engine carian lain pun tak kurang hebatnya. 

pada pendapat u alls, betul tak pilihan i ni? i need your feedback. kalau sudi. :)


~which one better??~

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

DiGi iPhone 4 Play

Salam Reader's!!~

hye u alls. oke. now kita masuk episod kedua untuk memenangi DiGi iPhone 4. after kita tahu, kenapa i suka sangat dengan iPhone, or kenapa i NAKKK sangat dengan iPhone, now u alls baca pulak application mana yang banyak-banyak dalam iPhone tuh yang menjadi kegilaan i!!~

seriously, apps yang jadi kegilaan i adalah apps for cooks! yes! memang i ni pemalas nak masak. tapi disebabkan umur i yang dah meningkat dewasa ni, i nak jugak berkhidmat untuk keluarga yang bakal i bina nanti kan? hiks!!~ lagipun, my chenta hati kan suka sangat memasak. so, takkan beliau masak, i tak nak tolong kot. hehe. betul tak?

.Weber's On The Grill.



untuk master dalam bidang memanggang makanan ni, apps ni banyak membantu tau. i boleh search lebih 250 recipes termasuk 40 recipes untuk rubs, marinades and sauces. ohh. memang tak rugi ada iPhone ni. macam-macam recipes i boleh search. kalau tak faham, i boleh refer pada instruction video. senang lah kerja memasak i nanti. boleh la tiap-tiap minggu i buat BBQ kan? jemput datang rumah ye? hiks!!~

.HarvestMark Food Traceability.



melalui apps ini i dapat juga mengawasi makanan yang akan i hasilkan. ini penting untuk memastikan produk makanan yang i akan gunakan tidak mengandungi unsur-unsur makanan tercemar. setiap kali kita memasak, kita harus mengutamakan sanitasi, dan dari mana datangnya ingredients yang kita gunakan.

.Martha's Everyday Food : Fresh and Easy Recipes.

 


penyediaan yang segera adalah amat diperlukan untuk seorang pekerja macam i ni. tapi kadang-kadang, kalau hari-hari makan makanan yang sama, bosan juga kan? now, bila ada iPhone, i boleh search bermacam-macam recipes yang senang, mudah dan boleh dihasilkan dalam masa yang singkat. berbaloi kan?

.Epicurious Recipes & Shopping List.



sesekali nak mencuba recipes yang hebat dari majalah-majalah masakan kelas atasan. tutup saja buku recipes yang bertimbun-timbun tu. i bukan minat nak membaca pun. dengan iPhone, sungguh mudah untuk explore ke dunia masakan dengan satu langkah mudah.

.Ask The Butcher.



penggemar daging sudah boleh mula bergembira. i tak berapa minat sangat makan daging. tapi my chenta hati memang minat daging. lebih-lebih lagi daging tenderloin. memang wajar lah i dapatkan iPhone ni. boleh i gembirakan hati si dia!

.Kitchen Calculation PRO.



sometimes, we alls masak kan tengok buku recipes. ada sukatan yang diberikan. tapi tak tahu nak anggarkan sukatan tersebut. dengan app ini, kita boleh master dalam matematik pengiraan sewaktu kita berada di dapur.  tukarkan gram kepada cawan. kan lebih mudah untuk suri rumah. betul tak?

For the conclusions..

 i memang nak sangat iPhone 4! mr Nuffnang dan DiGi!! tolong realisasikan impianku!

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View ヅ


Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2017 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™