✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Friday, December 31, 2010

Terminal Bersepadu Selatan | Bandar Tasik Selatan

Salam All !~

Korang. Maybe next week I akan gerak ke Kuala Lumpur. Tak sabar rasa nya I nak tengok Terminal Bersepadu Selatan. Kan terminal baru untuk orang-orang selatan akan bakal boleh digunakan pada tahun hadapan? Next week dah masuk tahun depan what?

I tak sabar nak tengok kecanggihan terminal yang ala-ala mini airport tu. I rasa macam besar je bila tengok dalam gambar. Bajet nak feeling-feeling ayu la masuk airport ehh terminal. 


oke. nantikan gambar I berposing di terminal ini ye. hahaha. gila. Tak sabar nak pergi Kuala Lumpur. nanti lah I cerita macam-macam oke. tata korang! >.<
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Review - Gulliver's Travels

Salam All !~

Korang. Semalam kan, I pergi dating dengan Encik Bobo. Syok sangat. Macam biasa, I dengan beliau pergi tengok wayang. Kali ni, kitorang tengok cerita Gulliver's Travels. Kali ni special sikit. Kitorang tengok cerita tu in 3D! Korang tau tak, ni first time I tengok wayang 3D version dengan Encik Bobo.

Real betul lah. Rasa macam tengok real depan mata. oke. filem ni ada sedikit kelakar. eh. bukan sikit. banyak kot. haha. Korang wajib tengok cerita ni. Tak tengok rugi. 


oke. sinopsis cerita tu I tak mau cerita. biar korang tengok sendiri, baru best kan? hehe. oke oke. I cerita sikit jela. kang korang kata I kejam pulak. oke. cerita nya mengisahkan seorang lelaki yang bernama Gulliver. Dia ni kiranya seorang yang gila-gila jugak lah. Satu hari beliau dapat tugasan untuk melancong ke Bermuda. Korang tau kan, segi tiga bermuda? Pernah dengar kan kisah segi tiga Bermuda? oke. kalau nak tau kisah selanjutnya, sila lah tengok! haha.. :)




Syok tau tengok movie 3D version ni. Next time I nak tengok yang 3D lagi lah. Memang mahal sikit. Tapi untuk kepuasan hati sendiri, apa salahnya kan? haha.. oke. untuk movie kali ni, I bagi 4 stars oke. Korang pergi lah tengok cerita ni. Sure tak rugi. tata! :)
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Sila tinggalkan link anda untuk bloglist baru saya!

Salam All !~
~sticky mode until 31 DEC 2010~

hey dear! malam masih muda. tapi kan, semuda-muda malam ni, I masih termangu. bosan. sejak dua menjak ketiadaan kereta ni, I rasa sunyi pulak. tak tahu nak buat apa. Bukan lah maksud nya I ni selalu merayau. Tapi, at least kalau ada kereta, segala pergerakan I tak terbatas. T__T

ohh. lari topik pulak. Actually, apabila start je bulan baru, tahun baru, kita mesti ada azam baru kan? macam tu juga blog. Blog ni macam life kita jugak. Sometimes, we need to do some changes. Kalau hari-hari dok tengok benda yang sama je, mesti korang bosan kan? 

oke. start next month, yang juga next year, I akan lakukan perubahan atau rompakan rombakan besar-besaran untuk blog I ni. I nak tukar layout. header. banner. tapi still mengekalkan konsep PINK tu. so, tugas korang sebagai readers blog ni senang je. Tolong I tinggalkan link korang dekat comment form entry ini. I nak collect seberapa banyak link untuk dimuatkan dalam bloglist I pada tahun hadapan. Kerjasama korang amatlah I harapkan. Tak nak letak? ohh. takpe. I akan letak link blog yang I minat aje. *merajuk nih!*

oke. any inquiries, jangan segan-segan click dekat tab contact tu untuk tanya whatever soalan berkaitan blog oke. pertanyaan lain adalah tidak digalakkan. Thanks tau! :)
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, December 28, 2010

Conclusion kepada semua soalan yang sesak di kepala!

Salam All !~

OKE korang. Entri ini panjang sikit. so, dah ready ke untuk baca bebelan I ni? I dah lama tak membebel ni tau. Actually I masih dalam keadaan yang tak berapa nak sihat sangat. tapi I tetap nak teruskan. I nak korang semua tau yang I masih sayangkan blog ni. I tak nak abaikan dan hampakan peminat-peminat blog I. cheh! blog I ni ada ke yang nak minat? perasaan! ^_^


Jap-jap. dah berapa hari ye I sakit? hmm. ntah lah. I pun tak tahu. I tak sihat agak-agak dah nak masuk dua minggu dah kot. Demam I masih belum kurang. Selesema I makin menjadi-jadi. Batuk pulak tak usah cakap lah. Siap ada darah-darah bagai. Yang pelik nya hembus hingus pun ada darah. Tak ke pelik tu? I sihat oke. mana boleh ada benda-benda pelik gitu ganggu otak I.

Everyday I pergi kerja macam biasa. Even kepala ting-tong macam orang sasau pun, I gagah jugak pergi kerja. Sebab sekarang memang tengah busy. Bukan busy sikit-sikit. Busy banyak!!!! Sepanjang minggu lepas sampai hari ni, I kerja morning shift. Busy gila. Hari-hari I tak pernah balik on time. Kalau tak jejak pukul 4 petang, memang tak sah. Bos I cakap, "Tahan. Nanti hari rabu U cuti lah. Time tu dah tak busy.." haa. lebih kurang macam tu la beliau cakap. Dalam hati I ni sabar je.

Dan selama I sakit tu, I dah kurang sangat makan. Nafsu makan tu memang ada. Tapi bila makanan dah terhidang kat depan mata, I terus hilang selera. Kalau makan pun, mesti takkan habis. Korang yang rapat dengan I mesti tau kan, yang I mana pernah makan tak habis. Lepas tu I kerap sangat muntah. Loya kot tengok makanan tu. Padahal diorang yang makan dengan I cakap, makanan tu sedap gila!!

Dah 5kali I pergi klinik. Penat dah rasa nya pergi klinik tapi kondisi I masih di takuk lama. perghh! ayat aku! oke. Dah berapa banyak dah ubat I. Berlambak-lambak. Tapi I masih tak sihat-sihat. Kepada Allah sahaja lah I berdoa supaya I akan cepat sembuh.

Semalam, I jumpa kawan baik I, Manisha. Dah lama sangat I tak jumpa beliau. Rindu nya I kat beliau, Tuhan saja yang tahu. Alhamdulillah, beliau dah berkawan balik dengan Mus. Biarlah jadi sejarah semua yang pernah berlaku antara I dengan Mus tu. I dah tak nak ingat dah. Yang penting, Manisha bahagia. Beliau perasan yang I tak sihat. Beliau suruh I pergi klinik lagi. Beliau nampak muka I dah merah-merah. Baru I sedar yang tangan I dah timbul bintik-bintik merah.

Pagi tadi, I pergi kerja lagi. Semua orang suruh I pergi klinik. Diorang takut I dijangkiti virus Denggi. aduh! takutnya! I ambil medical chit, lepas tu pergi klinik panel. Alhamdulillah, doktor cakap I cuma demam campak. Lagi dua tiga hari lagi baik lah. hmm. I doa-doa macam tu lah. Doktor bagi I MC dua hari. so, I boleh rest dekat rumah. Hope lagi dua tiga hari nanti I da sihat untuk mulakan kerja balik.

Kawan-kawan semua, doakan I sihat semula ye? I sengaja tak mau letak muka I dalam blog ni. sebab I sendiri takut nak tengok muka sendiri. Nanti kalau I dah betul-betul sihat, I posing banyak-banyak, I letak kat dalam blog ni. Korang jangan muntah plak tengok muka I banyak sangat oke! Sekarang ni, I nak bagi korang rindu I banyak-banyak dulu.

oke. miss u all. bai! :)
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Saturday, December 25, 2010

Doakan Saya!

Salam All !~

Korang. Doakan I.
Dah seminggu I sakit.
Dah berkali-kali I pergi klinik.
Tak baik-baik jugak.

Hari tu I pergi klinik.
Diorang ambil darah I.
Tapi result nya OKE je.
Kenapa ye?

Doakan I ye korang?
I sangat-sangat perlukan doa korang.

:'(
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, December 21, 2010

Cerpen Cinta Paling Hot!

Salam All !~

Korang. Jom lah baca cerpen cinta paling hot di abad ini!
Sure rugi kalau korang tak baca.
Tak ada lagi di jual di pasaran ni!
Jom lah terjah!

CERPEN CINTA PALING HOT!
ngeee~~~
baca tau! selamat membaca! >.<
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Think First What I Mean It. T__T

Salam All !~

Rasa badan ni penat sangat.
Dah tak larat.
Sakit sangat.


Wake Up Nurul!
Doakan I cepat sembuh kawan-kawan.
Selagi terdaya, I masih mampu untuk tersenyum! T__T
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Review - Filem Ngangkung

Salam All !~

Semalam kan, I pergi tengok wayang lagi. Tapi kali ni I tengok dengan muka masam mencuka. moody. I tak plan pun nak tengok cerita tu. Tapi bobo dah beli, I tengok jela. Tengok muka beliau pun dah macam cekodok basi dah.

Actually filem ni dah keluar berminggu-minggu dah. I je yang lambat tengok. Tapi lambat-lambat pun, I dapat jugak tengok. Boleh dikatakan every week sekarang ni I tengok wayang. Sementara encik bobo bercuti ni, boleh la I tengok wayang tiap-tiap minggu. :)


Tak leh blah cerita dia. Cerita tu nampak macam seram tapi banyak yang kelakar sebenarnya. Tapi bila lama-lama tengok, hayati cerita tu, memang ada pengajaran yang diselitkan dalam filem tu. Pengajaran yang first, JANGAN BERJUDI. Berjudi tu HARAM oke. HARAM! Dan pengajaran kedua ialah, Utamakan Keluarga. FAMILY FIRST!


Untuk filem ni, I bagi 3 bintang oke. Kenapa tiga bintang je? Sorry ea. I tak excited sangat kot tengok cerita ni. Maybe kalau filem yang betul-betul menarik hati I, I akan bagi 5 stars. oke. tata! =.=
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Welcome back Nurul!

Salam All !~

Lama tak I tak online? korang rindu I tak? Rindu tak? cepat cakap rindu! HIHI. Actually I pun rindu nak update blog comel ni. I rindu nak jalan-jalan blogwalking kat blog korang. rindu sangat! =.=

tiba-tiba je gambar ni! >.<

Nanti I ada masa, I jalan-jalan pegi blog korang tu ye. Buat masa ni, I nak rest betul-betul. I dah lama tak sakit macam ni. Korang doakan lah I cepat-cepat sembuh ye. I perlukan doa korang tau! Thanks sangat-sangat sebab masih sudi melawat blog ini ye korang! Thanks. :)
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Saturday, December 18, 2010

Away..

Salam All !~

Korang.
I mintak maaf banyak-banyak sebab dah jarang sangat-sangat nak update-update blog I ni. Sorry jugak sebab I dah jarang jenguk-jenguk blog korang.
Nampak macam dah bersawang pun ada.

I nak away untuk seketika.
Doakan I selamat oke.
Currently I tak sihat sikit.
Doakan I cepat sembuh tau.
I janji, lepas semua nya dah oke, I akan kembali blogging macam biasa. 
Will miss u alls!!
tata. =.=

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Thursday, December 16, 2010

Recipes: Blueberry Cheese Tart

Salam All !~

hey alls. oke. If I share sesuatu resepi tu, mesti la sebab I suka makan makanan tu kan? Macam tu juga dengan resepi yang bakal I share hari ni. I suka gila "Blueberry Cheese Tart". Bentuk nya comel-comel. Makan sekali, gerenti nak lagi ohh! Cepat lah hadiah kan benda tu kepada I wahai Encik Bobo! :)) oke. Jom tengok macam mana nak buat blueberry cheese tart tu. I belum pernah buat lagi, tapi I bakal try buat tak lama lagi! hiks! :))


Ingredients:

Bahan untuk Sweet Pastry:-

125 gm mentega / margerin

60 gm gula aising

1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar

240 gm tepung gandum


Bahan untuk Cheese Filling(inti):-

250 gm cream cheese

50 gm gula aising

20 gm mentega (lembutkan)

1/2 sudu besar perahan lemon

1 biji telur (gred B)

Blueberry pie filling


Methods:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
  2. Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
  3. Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
  4. Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.
credit to: myresipi.com
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Ya ALLAH!

Salam All !~

Thoughts of Allah, then say ... - allah

Ya Allah - Wali Band

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Pergi nya takkan kembali T__T

Salam All !~

I baru balik kerja ni. Penat tu memang penat. so, tak yah cerita lah pasal penat tu. start hari ni, selama seminggu I kena pergi dan balik kerja jalan kaki. Rumah I kan dah dekat. sebab tu lah auntie uncle I pinjam kereta I. hmm~~

Em. macam dah lama dah I tak update. actually, malam semalam I terpaksa bergegas pulang ke kampung halaman I. Emergency! oke. I sambung cerita.

Kira-kira pukul 10.30 malam semalam, waktu tu I masih kat office lagi. Adik I hantar message. Message tu lebih kurang berbunyi begini..
"Kak, mama suruh ko balik. Tok Yom meninggal.."
Sentap. Istighfar I baca message tu. I tak sangka sangat. Rasanya, baru hari tu I jumpa arwah. Arwah adalah merupakan datuk saudara yang paling rapat dengan keluarga I. Arwah sihat lagi. Masih boleh bergelak ketawa. Takde langsung menampakkan wajah yang sedang menanggung sakit. Setelah I soal siasat beberapa sumber terdekat, maka barulah I tahu yang arwah menghidap Sakit Jantung. 

semoga rohnya aman bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. 
amin..
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, December 14, 2010

Breast Cancer

Salam All !~

Kanser? Memang penyakit yang paling I takut sekarang ni. Dah banyak sangat kanser dalam dunia sekarang ni. I takut sangat! Yang paling I takut adalah Breast Cancer atau Kanser Payudara. Penyakit yang paling digeruni oleh semua wanita. 

oke. hari ni, hati I tergerak nak share pasal Breast Cancer ni. I nak tahu, dan I nak elakkan. Dan I nak korang yang wanita semua pun kena tahu pasal bahaya penyakit ni.


Apa Itu Kanser Payudara?
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.
Pengelasan Kanser Payudara
Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.
Tanda dan Gejala Kanser Payudara
Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.
Peringkat Kanser Payudara
Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.
Kaedah Rawatan
Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.
credit to: kesihatan.biz
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Hadiah Birthday untuk Intanurulfateha!

Salam All !~
Intan,
sempena hari jadi U yang ke-24 ni,
takde apa yang boleh I bagi.

Hanya doa seorang sahabat yang selalu bahagia
bila tengok sahabatnya happy.

Even umur I lebih muda dari u,
tapi...
(U tak jeles kan?)
I anggap U macam kakak I jugak!
even I tak panggil U kakak. (kurang ajar kan?)

Nah..
ini hadiah hari jadi untuk U..
..
..
..
..
..


I jumpa dekat Tesco masa I shopping hari tu.
Ni I bagi u tengok gambar dulu.
Nanti dah balik Melaka, I bagi yang real punya oke!

ehmm.
suka tak?
suka tak?
=.=

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

Salam All !~

hmm. Penat nya. Tapi I happy. Baru je balik dari tengok wayang dengan Encik Bobo. Mula-mula keluar tadi, I merajuk dengan beliau. Gaduh-gaduh manja. Saja je nak biar beliau pujuk I. Geram lah kan. Beliau lupa janji. hmm.

oke. Lepas tu bila beliau dah pujuk, I dah oke. Kitorang pergi Dataran Pahlawan. Tengok movie cerita "Hantu Kak Limah Balik Rumah". 


Cerita ni best gila oke. I tak tipu. Memang kelakar pecah panggung gelak sakan dalam tu. Movie ni adalah kesinambungan cerita "Zombie Kampung Pisang". Tapi ni lebih kelakar. Tak percaya, pergi tengok oke!

Tak banyak yang boleh I ulas mengenai filem ini. Tapi yang penting, siapa tak tengok tu memang rugi. Next movie I nak tengok at the end of this month. Siapa nak join, cepat contact I oke. Nak belanja sekali pun boleh! :)

Khabarnya, filem ini dah mencecah RM 1,018,000.00 pada hari pertama tayangan nya! syabas kepada Abang Mamat Khalid kerana menghasilkan sebuah filem yang bisa menawan hati peminat filem tanah air. Masa I tengok movie ni tadi pun, I tengok dekat hall 1 tau. Hall yang paling besar sekali. memang syok macam tayangan perdana pulak!

wow!!~


muka baru lepas menangis. :(

dah boleh senyum sebab dah dapat mam ais krim! :)

lama gila nak tunggu pukul 8.25 tadi.

oke. time for berangan depan camera! =.=



oke. untuk filem ni, I bagi FIVE STAR sebab penepati filem yang I suka. boleh buat I ketawa. Happy tengok movie ni. Dah lupa perkara yang buat I gaduh-gaduh manja dengan Encik Bobo tadi. Thanks ye Encik Bobo! sebab belanja sayang tengok wayang! next time, b belanja lagi oke!

Ehh! tak lama lagi Jusco Bandaraya Melaka nak buka cinema! Makin senang lah I nak tengok wayang. Syok nya! Jangan jeles ye Encik Bobo! =.=
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Monday, December 13, 2010

Kerana BABI !!!

Salam All !~


Al-kisah... 
=.=
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Pabila Bulan Jatuh Ke Riba :)))

Salam All !~

oke. 
fine.

I nak pergi dating sekejap.
Dah lama sangat tak jumpa BELIAU.


so,
WISH ME LUCK OKE!

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Sunday, December 12, 2010

Proton Inspira, New Saga, Produa Viva

Salam All !~

I teringin sangat nak beli kereta baru. Tapi bila fikir-fikir balik, mana nak datang duit nya? Actually I ada cita-cita yang besar. I nak beli kereta besar. I nak puaskan hati I. 

Hari tu jalan-jalan dengan Encik Bobo, sempat jugak lah merasa duduk dalam Proton Inspira tu. Fuhh. memang syok! Luas gila lah dalam dia. Memang stylo. Rasa macam nak berangan lama-lama dalam tu. Tapi tiba-tiba terperasan salesman tu dah usha slack je. Kitorang cepat-cepat matikan angan-angan tu. huiihh.!~
Pusing-pusing tengok-tengok kereta kat situ, sempat jugak I membelek Proton Saga. I sempat duduk-duduk ambil feel dalam tu. New Saga ni pun oke jugak. Harga dia boleh tahan lah. Puas hati kalau dapat drive sendiri.
I memang minat kereta warna merah. nampak macho gitu. hmm. tapi kalau I masih tak mampu jugak nak dapatkan proton-proton di atas tu, maybe I beli kereta ini je kot..
Kecil, simple, jimat minyak dan selesa. I pun dah start survey-survey harga kereta dekat area-area Melaka ni. Kalau ada rezeki lebih, merasa lah I bawak kereta baru next year. hiks! berangan! 

Whatever pun, korang doakan I dapat kumpul duit cepat-cepat and beli kereta baru oke! tata!!~ :)

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Maher Zain - The Rest of My Life

Salam All !~

my latest favorite song.

Maher Zain - The Rest of My Life
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah

Download Full Song - HERE


Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Friday, December 10, 2010

Tutorial Like and Share Facebook Button

Salam All !~

oke. tutorial ni actually dah lama dah I simpan dalam draft tu. tak buat-buat pun.
actually, tutorial ni dah di request oleh sahabat baik I, Hanan.
Beliau nak tahu cara-cara nak buat like and share facebook button.

oke. yang mana tak tahu, jom check tutorial ni oke!


Firstly, korang pegi dashboard -> Edit HTML -> tick Expand Widget Templates
Then korang tekan ctrl+F cari la word data:post.body

Pastu korang paste code bwh ni lepas data:post.body


<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>
oke. kalau korang nak letak button share pulak, korang paste code di bawah ni lepas code di atas tu oke. 

<b:if cond='data:post.url'> <a expr:href='"http://www.facebook.com/share.php?u=" + data:post.url'><img alt='www.tips-fb.com' border='0' src='http://i15.photobucket.com/albums/a398/syilpid/share_on_facebook_2.png'/></a> </b:if>
oke. done.
before save, preview dulu oke.
untuk dapat tutorial yang lagi best, korang boleh check dekat blog sifu liyana lunia ni oke!
chiao!

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Makanan yang menjadi penyebab LUPA!

Salam All !~

oke. petang-petang buta ni, I nak share something yang I rasa penting juga untuk kita semua. Lagi-lagi kepada student. Yang dah bekerja juga perlu tahu perihal ini! Jom check it out! 

Makanan Penyebab Lupa
1) Banyak makan epal yang sudah masam.

2) Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.

3) Banyak makan bawang besar.

4) Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.

5) Memakan kepala ikan.

6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.

7) Makan sehingga terlalu kenyang.

8) Makan makanan yang disentuh oleh tikus.

9) Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.

10) Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.

11) Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Ingat tau! banyak lagi makanan yang kita boleh rasa, boleh cuba, boleh makan. Makanan yang berkhasiat adalah punca kecerdasan minda! >.<


Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Happy Birthday Intan Nurulfateha!

Salam All !~

hey alls.
maybe ramai yang dah tahu yang today is intan's birthday.
Lagi-lagi peminat setia blog beliau kan?

Beliau bertuah sebenarnya sebab ramai yang caring terhadap beliau.
I harap, beliau akan kembali ceria dengan pertambahan usia beliau.
semoga akan semakin mematangkan beliau. InsyaAllah.

For You, Intan Nurulfateha.


Because today's so special
it really wouldn't do,
to send one simple birthday wish
to last the whole year through...So this wishes happy moments,
a day when dreams come true,
and a year that's filled with all the things
that mean the most to you.


You as much happiness
As you give to everyone
Who knows you


Happy Birthday!


Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View ヅ

Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™