✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Logo KBBA Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Friday, September 30, 2011

Padah menangis setiap malam

Salam.

I rasa, tak perlu lah I nak show-off sangat apa sebab I menangis kan? Hmm. Entah, mungkin keadaan memaksa I menangis. Ataupun, memang dia diciptakan untuk membuatkan I menangis. Dulu, dia pernah berjanji yang dia takkan buat I menangis. Sebab bila I menangis, muka I tak comel macam selalu. :P

I dengan dia terpisah bukan I yang minta. Tapi atas desakan belajar. Huh! Siyes ah. Bila I dah kerja sekarang neh, I rasa belajar tuh bukan important sangat. Maybe ianya penting untuk orang yang amek course yang melibatkan office, business, admin, accounting. Tapi kan, untuk bekerja dalam sektor perhotelan, tak payah kot nak kejar degree ke, master ke, PhD segala bagai. Tak payah kot. Sebab yang jadik bos-bos dekat hotel neh semuanya based on experience. Kau ada diploma ke, degree ke, master ke, apa diorang peduli? First question yang diorang akan tanya, ialah how much your experience? How many years you work with so and so...?

Tapi dia nak belajar jugak. Takpe. I bagi dia pergi belajar. Pergi lah. I trust him so much. I takde suruh dia pergi study, then dalam masa yang sama, suruh dia pergi tengok wayang, enjoy dekat Genting, join geng photoshoot ape benda tah, join camping sana sini, melepak tengok bola dekat kedai mamak, karaoke, join benda benda yang takde kait mengait langsung dengan study dia. I lepaskan dia pergi sana bukan untuk benda lain, dan I pasti yang parents dia pun takde suruh dia pergi sana untuk benda lain selain study. 

Walaupun dia selalu buat, I tetap sabar. Alasannya, "alahai..takkan saya tak boleh berkawan langsung? kat sini saya ada diorang je, awak bukannya ada pun..." Hey, aku bukannya queen control sangat. Sebab tu sampai kau buat apa pun aku tak kisah. Tak appreciate langsung segala pengorbanan aku, air mata aku. Kau sia-siakan harapan aku. Tak boleh aku bersuara sikit, kau dah melenting. Kau utamakan kawan-kawan kau yang tak ke mana tuh. Maybe kau akan kahwin dengan diorang, kongsi hidup dengan diorang kot. 

Apa yang I cakap, langsung dah macam takde guna. Mungkin I dah tak penting dalam hidup dia. Sebab tu segala keputusan yang dia buat, I tak payah menyibuk nak tau kan. Air mata I masih belum kering. Masih basah mengenangkan dia. Mata pun dah bengkak, suara pun dah serak. Budak office pun dah tanya kenapa. I tetap membisu. Maybe ini yang dia suka. Melihat I hidup dalam air mata. 

Hari neh hari Jumaat. Actually, I harapkan dia akan balik pujuk I. Tapi hampa. Setiap hujung minggu, ada je kem lah, aktiviti itu lah ini lah. Hati kawan lagi perlu dijaga berbanding dengan hati I. Hati yang senang senang boleh dipijak, dibaling dalam tong sampah. Dengan titisan air mata yang semakin deras ini, aku relakan kau pergi
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Thursday, September 29, 2011

Video - Majlis Pernikahan Norman Hakim & Memey Suhaiza (LIVE)

Salam.


Video majlis pernikahan Norman Hakim dan Memey Suhaiza di Kota Tinggi, Johor.

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Air mata sebagai sahabat karib | Normal kot bagi aku!

Salam.

Hari neh, dah hari khamis. Sepanjang minggu neh I rasa down, worst sangat hidup I. Dengan environment kerja yang dah tak macam dulu dulu, hubungan cinta I pun dah semakin hambar. Sigh..** I tak tahu lah kenapa kehidupan I sekarang neh jadik makin tawar. Serba serbi tak kena. 

Every night, I wajib menangis. Semalam I menangis lagi. Mungkin ye. Takkan ada sesiapa yang faham apa yang kita rasa, kecuali diri kita sendiri. Dia tak rasa, dia tak alami. Normal. Hati wanita memang diciptakan dengan segala sifat dan naluri kelembutan. Hati yang sangat mudah tersentuh. 

sad Pictures, Images and Photos

Ya Allah, hanya Kau sahaja yang maha mengetahui segala apa yang tersurat dan tersirat.
T____T
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Wednesday, September 28, 2011

Buffered Earning Yang Hebat!

Salam.

Hai korang. Bila offday, saat paling bahagia bagi I adalah online tanpa diganggu. Ngee.. Sebab waktu hari kerja, I tak dapat online dengan sewenang wenangnya. HAHA! Tergerak pulak hati I nak tengok earning pagi tadi. So, bila buka, ada berderet buffered earning. Ya Allah, Alhamdulillah!


Buffered Earning Terkini.
  • Celcom SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 Inch - (nurulchumel lovely site)
  • Unilever Magnum Royal Treatment - (nurulchumel lovely site)
  • Unilever Magnum Royal Treatment - (my chenta hati site)
  • Sony E-Mount NEX-C3 - (nurulchumel lovely site)
  • Neutrogena Ageless LB - (my chenta hati site)
  • Milo Can Games LB - (my chenta hati site)
  • Maxis Home Broadband LB - (nurulchumel lovely site)


Syukur yang tak terhingga sebab sudi jugak Nuffnang nak bagi BE yang banyak dekat I. Banyak ke? Ehh, bagi I, neh dah cukup banyak dah. Sebab I never expect more than I get before. Thanks a lot! Mungkin ini rezeki berkat dari usaha I selama neh. Anyway, thanks a lot korang semua sebab still bagi sokongan pada blog picisan ini. Thanks ya! >.<"
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Lirik Tiga Kata - KRU

Salam.


Aritst : KRU
Lyric : Tiga Kata

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta

Chorus
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta kamu
Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta

Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Ditakdirkan berpisah

Ulang Chorus
(Rap)
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan dengan mereka di sisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga mempunyai bahu sedia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihatlah di hatimu semua kasih terhimpun dibiarkan terkurung
Jadi luahkan sekarang luahkan

Ulang Chorus
Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta kamu
Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta (Aku cinta padamu)
Wo ai ni
I love you

Click Here for Download

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, September 27, 2011

Review - Bini Biniku Gangster

Salam.

Semalam I cerita pasal kejadian basah kuyup time balik tengok wayang kan. So, hari neh I nak review lah pasal movie yang I tengok semalam. Movie Bini Biniku Gangster. Nak story banyak banyak pun macam tak best lah kan. Tapi kesimpulannya, movie neh sangat best! Siyes, dah la kelakar. Memang rugi lah sape tak tengok. Oke, jom I story sinopsis movie neh yek.




Movie neh dibintangi oleh Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Intan Ladyana sebagai pelakon utama. Mengisahkan tentang seorang isteri (Yana Samsudin) yang juga menjadi ketua kongsi gelap cuba menyembunyikan identitinya dari suaminya (Shaheizy Sam). Watak Yana sebagai Manja, adalah sangat disegani kerana dia merupakan ketua kongsi gelap yang sangat hebat. Dia berkahwin dengan Shaheizy Sam sebagai Hairi. Malangnya, mereka tidak dikurniakan cahaya mata dan Manja mengizinkan Hairi untuk berkahwin lagi dengan setiausahanya, Intan Ladyana sebagai Riyana. 


Apa kesudahan filem ini? Dah jom! Saksikan filem ini dipawagam berhampiran anda sekarang! Memang besh! Yang penting, trade mark neh yang tak boleh tahan.. "Lu Langsi, Wa Kawin Lagi!"
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Monday, September 26, 2011

Awak, saya macam nak demam la.. :'(

Salam.

I rasa macam nak demam lah korang. Mana tak nya, dah basah kuyup kena hujan. Dah la baru lepas keluar dari panggung wayang. Memang menggigil habes lah. Apa lah nasib I hari neh...

Actually petang tadi lepas balik kerja I terus shoot pergi Jusco sebab dah janji dengan kawan I, Ros nak tengok wayang. I dah suruh dia belikan tiket awal awal. So lepas dah sampai Jusco, I terus jumpa dia and masuk wayang. 

I tengok movie cerita "Bini - Biniku Gangster". Esok jek lah I review movie tuh. Main point yang I nak story sekarang neh adalah peristiwa selepas I balik kerja. Keluar jek dari Jusco, kitorang terus tunggu bas dekat depan Jusco. Bapak lama, sampai hari pun gelap. Bukan gelap nak malam tau, sebab gelap nak hujan. Ros tunggu bas yang direct terus pergi Banda Hilir. Yang I neh tunggu bas yang apa apa pun I layan jek. 

So tunggu punya tunggu, sampai lah hari hujan. Then hujan pun turun dengan lebatnya. Kalau setakat air hujan jek takpe, nih sekali dengan angin ribut sekali. I keluarkan lah payung yang Encik Bobo belikan untuk I. Konon konon nak cover diri dari basah lah kan. Sekali angin kuat gila sampai patah payung I. Sedih gila. Dah la payung tuh warna pink. Sangat sedih. :'(

Kitorang melintas pergi bus stop depan Tesco. Tapi macam takde guna pun. Sebab angin terlalu kuat. Dan baju kitorang dah habis basah lencun. Duit seringgit yang I spare dekat tangan untuk bayar tambang bas tadi dah renyuk habis. Tunggu dalam 10 minit, memang dah tak tahan dah kan kitorang terus tahan teksi. Kitorang terus tanya, tambang sampai rumah kitorang berapa ringgit. I pergi Kampung Morten RM10, then kawan I pergi Banda Hilir RM20. 


Nak tak nak terpaksa naik. Sampai rumah, menggigil. Terus mandi, solat. Lepas tu macam tau tau jek Encik Bobo call pulak. I pun mengadu lah dekat dia. Lepas dia call, I text dia. 

I : Awak, macam nak demam la... :(
Dia : Umah ada ubat tak? Pergi makan panadol or soluble..
I : Hm.. Kalau jumpa awak mesti demam saya terus baek.. =.="
Dia : Ala.. nak wat macam mana sayang..
I : Makin sakit la macam ni.. :S
Dia : Jangan macam tu sayang..
I : Janji dengan saya, bila awak nak balik?
Dia : Saya tak tahu la sayang.. Takde pape saya balik la..
I : Nak demam seminggu lah!

Merajuk. Tu jek yang I tahu. Memang lah. Kalau dah jauh, pasal demam pun boleh jadik point. Korang pernah macam tuh tak? Ke, memang I yang mengada ngada sangat? hmm. sedih lah! grr.. ~
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Sunday, September 25, 2011

Tutorial Entry Ber-password | Protected Entry

Salam.

Tutorial lagi?
Yes, tutorial neh di-requested oleh kawan baik I dari zaman sekolah, Lydia.
Tutorial macam mana nak buat entry yang siap ada ber-password password bagai.
Actually, tujuan password tuh adalah untuk mem-protect mana mana entry yang korang
rasa macam nak privacy. Hanya orang yang ada password tuh jek yang boleh baca entry
korang tuh. Macam mana? 
Macam entry yang I buat sebelum sebelum neh.
Eg : http://nurulchumel.blogspot.com/2011/09/resign-protected-entry.html


Korang klik link dekat bawah neh.
http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/instructions.html

Ikut jek semua step yang dia suruh, kompem jadik!
Selamat mencuba! ^_6

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Saturday, September 24, 2011

Menangis. Memang fevret haku!

Salam.

Bila berbicara tentang cinta, mesti wujud perasaan rindu. Entah kenapa, bila mula belajar bercinta neh I selalu terbabit dengan perasaan itu. Maybe perasaan itu datang hanya bila dia jauh dengan I. Siyesly, I sangat rindu kan dia, inginkan perhatian dari dia. Over sangat ke? Bagi I, itu normal kot bagi pasangan bercinta.


Encik Bobo jauh dari pandangan mata I. Entah kenapa, bila jauh dari dia I rasa I terlalu rindu. Hampir setiap detik dalam hidup I akan rasa kosong. Dulu masa I study kan, one of my lecturer pernah bagitau I. Bila kita masuk alam pekerjaan nanti, lagi ramai orang yang kita akan jumpa. Macam macam orang, which mean lagi ramai yang nak tackle kita, menghampiri kita. So that tak payah nak bercinta cinta masa study. Tapi bila I dah masuk alam pekerjaan, memang ramai yang berkawan dengan I. Tapi untuk mendekati I sebagai kekasih, memang takde. Maybe sebab I dah reveal awal awal yang I dah ada steady boyfriend.

Banyak perkara yang diluar jangkaan berlaku dalam hidup I. Tapi bagi I, I masih tak ke mana mana lagi. Masih bergantung harap pada Encik Boyfriend yang satu. Harta takde, duit takde. Maybe rezeki I belum ada. 

Bila I sorang sorang macam neh, I akan kenang satu satu kenangan bersama dia. And the best part is I selalu menangis bila duduk sorang sorang macam neh. Bila I text dia, dia reply macam nak tak nak. Macam busy sangat. Hmm. Dia macam belum kenal lagi perangai I. Memang. I tak nafikan yang mood I sentiasa berubah ubah. Tapi susah sangat ke nak ambil hati I? Ke memang dia nak tunggu I sorang jek yang bagi komitmen dalam hubungan neh?

Entah lah. Makin difikir, makin runsing. Makin difikir, makin deras air mata I mengalir. Takpe lah. Mungkin laluan hidup dan masa I tak nampak lagi. Tapi I believe that one day, I akan rasa kan nikmat kebahagiaan itu. Mungkin bukan sekarang. Mungkin esok, lusa atau seterusnya... T___T
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

First GiveAway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia

Salam.


Actuallt, giveaway neh dah lama berlangsung.
Cuma I baru tergerak hati nak join.
Wish me luck. 
Hope I akan menang one of the prize yang telah di-sponsor oleh blogger blogger hebat yang lain!

I rasa, semua T&C giveaway neh I dah follow.
But, I rasa I nak sangat hadiah yang pakej photoshoot dengan domain free setahun tuh.
Tuh dah paling besh ah tuh!

Hope I will win!
Wish me luck!

p/s : Korang yang nak join, tinggal 3 hari jek lagi tau!
Cepat! Hadiah menarik menanti peserta bertuah!
Nak join, klik sini 
http://www.tengkunizam.com/2011/08/first-giveway-by-tengkunizam-rakan.html
**bagi lah I menang, plisssss...**
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Friday, September 23, 2011

Dah midnite, still nak melepak?

Salam.

Hari neh, I tak berapa penat sangat. Sebab tadi pun I masuk kerja tak lah awal pagi sangat. Pukul 7 tadi I dah balik. So malam boleh update entry. Nasib baik pagi tadi I masuk kerja pukul 11 pagi. Kalau tak, kompem terlajak. I melepak malam tadi macam tak ingat nak balik rumah. HEHE!

Semalam, dah lepas balik dari open house rumah aunty I, I terus melepak dekat rumah jek. Sambil sambil tuh update lah entry. Elok jek I dah nak tido, member I Cida call ajak lepak. I memang pantang bab-bab melepak neh. Lagipun dah lama kot tak lepak dengan diorang. 

So, sharp pukul 11.15 malam, I dah dengar bunyik kereta Maybell dekat depan rumah. Siap dah miskol miskol lagik. Cis betul! I pun siap siap terus keluar. Lepas tuh kitorang terus gerak. Lepak dekat Banda Hilir jek kot. Tengah on the way tuh, saja lah call Intan ajak dia lepak. Then dia tanya I dah sampai mana? Time tuh dah dekat Ong Kim Wee kot, sebab nak pick up member Maybell dekat Limbongan. Dia cakap dia lapar. 

So, bila I dah sampai kedai makan, I call Intan, tanya dia nak makan apa. Mula mula dia nak makan Nasi Goreng Ayam, Roti Telur dengan Air Teh Ais. Then bila I tanya orang kedai tuh, dia kata ayam habes. Cis. Boleh pulak ayam habes. Pegi la beli ayam. Pastu I order lah Nasi Goreng Paprik. Sebab I dah assume yang ayam habes, mesti daging ada kan. Bila I order, orang kedai tuh kata Nasi Goreng Paprik Daging takde, tapi Nasi Goreng Paprik Ayam ada. Woi. Kejap kata ayam habes, dah tu neh nak masak Paprik Ayam tuh, pakai ayam apa? Memang cis betul lah! Lantak lah. 

Dah lepas melantak Roti Planta kat situ, kitorang terus gerak balik. Sebab I kesian dekat orang lapar kat rumah tuh. HEHE! Lepas hantar Cida balik, Maybell terus hantar I pergi rumah Intan. Sampai sane pun dah nak dekat pukul 1 pagi. Nasib baik rumah I dengan rumah Intan tuh selang dua buah rumah jek. So, I lepak lah kat rumah dia dulu. 

Dah leka berborak, I terus mintak diri nak balik. Lagipun I takut nak jalan sorang sorang. Rumah dekat Kampung Morten neh, automatik switch off sport light pukul 2 pagi. Elok I keluar jek dari rumah Intan, I nampak van besar gila warna putih dekat depan rumah I. Dalam hati I, eh, van apa pulak neh? Tengah tengah malam kecoh dekat depan rumah orang.

I masuk rumah macam biasa, tiba tiba house mate I, Mira bagitau yang diorang dengar bunyi orang ketuk pintu banyak kali dekat rumah sebelah. Memang bising gila kot dekat sebelah neh. So kitorang decide nak senyap, pastu curi dengar apa yang bising dekat sebelah. Dengar punya dengar, rupanya van putih tuh van pencegah maksiat. ceh! Anak makcik sebelah neh melepak kat mana tah. Kena tangkap ngan pencegah maksiat. Tah pape tah. Tak menarik perhatian betul. Baik I tido. huwaaa... :p
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Thursday, September 22, 2011

Interview, open house. Segalanya dalam sehari!

Salam.

Penatnya hari neh. Semua benda I buat dalam masa sehari. Gila ah. Hari neh I kerja morning shift. So, for sure lah I bangun awal gila kan. Pukul 5.45 pagi I dah bangun. Pergi kerja dengan muka toya dan mengantuk. Dah la siap berbaju kurung bagai. Almaklumlah, nak pergi interview terus lepas balik kerja. Interview lagi?? Haa. Mesti korang semua dah muak kan dengan cerita I dan segala bagai interview neh. Kan I dah cakap, I memang tak pernah jemu pergi interview

Kali neh, I try my luck to interview with Sudong Sdn Bhd. Sudong neh adalah sebuah syarikat telekomunikasi based in Singapore. Actually, my house mate lah yang suggested I kerja dekat sini. Lagipun, I tahu if I work with this company, I mempunyai peluang yang cerah untuk menambah pendapatan. Siyes, salary dekat Sudong neh memang masyukkkk... But, nak join this company bukan senang tau.

I sampai dekat Sudong Sdn Bhd dalam pukul 3.40 petang. Luckily I dah fill up form awal-awal and pass it to my colleague. So, datang datang jek tak payah fill up form, terus tunggu turn nak interview. Tapi tuh pun lama gila. Dah la office dia sejuk gila. Cis. Memang menggigil lah I kan. Keluar keluar carik toilet. HAHA!

Kali neh, interview dia agak mencabar. Banyak test yang I kena buat. Firstly, spelling test. Ada lima sentences yang sangat panjang dan jarang didengar yang I kena spell. Nasib baik I ada basic knowledge in English. Kalau tak, memang tak pass lah kan. Secondly, I dibawa untuk interview dengan Human Resource Executive. Totally in English. Selain dari berbual dalam bahasa Inggeris, I kena kemukakan opinion dan nyatakan ciri-ciri yang harus ada sebagai Customer Service Officer. Thirdly, I kena jawab soalan berdasarkan petikan yang diberi. Then, kena buat short essay tentang contact service provider. And lastly, listening test. I kena dengar betul betul perbualan telefon antara CSO dan Customer. 

Pergh. Memang tough lah kan syarat syarat untuk join this company. Nak salary sedap, memang lah macam tu kot. I nak sangat join this company sebab they all will move to Jalan Tun Sri Lanang on October. So, dekat sikit dengan rumah I. Jalan kaki pun tak kisah. 

Dah habis buat test test yang banyak tuh, jam pun dah pukul 6 petang. They all suruh I datang untuk second interview with team leader esok. Tapi, I cakap I kerja. Memang not suitable dengan masa kot. Esok I kerja pukul 11 pagi, then balik pukul 7 malam. So bila masa pulak I nak pergi? Then, they all kata never mind. They will process my data first, and will call me back for the second interview arrangement.

I keluar dari office Sudong tuh dalam pukul 6.15 petang. Then terus pecut balik rumah and terus shoot pergi Merlimau. Aunty kesayangan I buat open house lah pulak. So, I terus shoot pergi sana. Sampai sampai jek dah maghrib. So lepas solat, I pun melantak apa yang ada. Sebab sangat lapar. HAHA! Teruknya!

Banyak sangat aunty I masak tadi. Ada nasi himpit, rendang, kuah kacang, bihun sup, bubur chacha, haisyy.. macam macam lah. Nak sebut memang tak habis lah! Yang penting, I tengah kenyang sekarang neh. 

So, bila dah kenyang, I terus bungkus apa yang patut, and terus balik rumah sewa. Sampai rumah terus mandi and mengadap lappy terchenta! Then now, I rasa mengantuk. Nyte korang! Tido dulu! >.<"
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Wednesday, September 21, 2011

Romance - Ku Ingin Kamu

Salam.

Artist : Romance
Lirik Lagu : Romance - Kuingin Kamu
Romance - Kuingin Kamu 

demi semua yang aku jalani bersamamu
kuingin kau jadi milikku
kuingin kau disampingku
tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
dan hanya dirimu yang bisa
membawa surga dalam hatiku
ref:
kuingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini
menemani…
sentuhanmu
bagaikan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak kuasa
back to ref
di setiap arung gerak
tersimpan di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku
back to ref
ref2:
selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernapas
selama Tuhan masih mengijinkan
kuingin selalu menjagamu
back to ref2 [3x]
selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernapas


I Love You Yesterday, Now and Forever!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Kepoh sangat pasal gambar Fida Ibrahim free hair tersebar. Rileks lah!

Salam.


Kenapa kepochi sangat nak cerita cerita pasal Fida Ibrahim free hair neh?
Biar la orang tuh nak free hair ke, hape ke. Yang free hair tuh dia, apa masalah nya?

Untuk cerita kepochi lain, sila tengok dekat sini.
Cerita Hot Fida Ibrahim

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, September 20, 2011

Resign - Protected Entry

Salam.

Ini entry marah marah, geram geram, bengang bengang. So, banyak kandungan dan ayat ayat yang digunakan dalam entry neh yang I tak nak reveal dekat semua orang. Korang yang nak baca entry ini, boleh lah request dekat Fesbuk I. Kalau nak lagi cepat, call handphone I terus (Untuk yang ada contact number I lah kan). hmm. Yang tak nak baca pun lagi bagus. Sebab I pun tak nak kepochi dekat semua orang. Please be nice with me. So that I will trust you to protect my secret. hmm. :'(



Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Monday, September 19, 2011

Review - Raya Tak Jadi!

Salam.

Dua hari tak update blog. Rindu pulak rasanya. Actually I busy sikit lately neh. Last week I kerja petang. Balik kerja pukul 11 malam dah penat. Terus tido. So, takde masa sangat nak online. Lagipun, I kena layan tetamu jauh. Lama gila tak jumpa dengan teman seperjuangan I neh. Dia stay rumah I dua malam. Tapi kesian jugak kat dia, sebab I tak dapat nak bawak dia jalan-jalan sangat dekat Melaka neh. Kerja punya pasal. 

Depan rumah saya! :)

Tapi tadi I offday. So, I bawak dia jalan-jalan. Siap pergi tengok movie "Raya Tak Jadi!" lagi tuh. So, dapat lah I review this movie malam neh. Best jugak movie neh. Lawak. Kombinasi lakonan Apek dan Johan Raja Lawak. Faham-faham jelah kalau diorang berlakon. Memang lawak lah kan.



Filem ini mengisahkan tentang kehidupan serba sederhana adik beradik, Syuib (Apek) dan adiknya, Bob (Johan). Syuib neh bekerja sebagai pemandu teksi, manakala Bob bekerja sebagai pengawal keselamatan. Konflik berlaku apabila sebuah syarikat menjual kurma neh mengalami kerugian kerana pelanggan sudah tidak mahu membeli kurma mereka, sebab dah tinggal 5 hari sahaja lagi mereka akan menyambut Aidilfitri. 

Oleh itu, tauke kurma tuh mengatur strategi untuk menculik Penyimpan Mohor Besar Raja, ala..yang selalu mengumumkan tarikh hari raya dekat TV tuh, supaya hari raya dilewatkan. So, bila diorang culik orang tuh, kononnya raya tak jadi lah. 

Nak tahu kisah selanjutnya? Jom ramai-ramai serbu pawagam berhampiran anda sekarang! Kelakar habis cerita neh. Sape tak tengok, memang rugi habes lah. :')
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Saturday, September 17, 2011

Meaning of Life

Salam.
RANDOM SAYINGS Pictures, Images and Photos
sigh.. what happen after this?
No one knows.
hmm. =.="
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Thursday, September 15, 2011

I get a new job!

Salam.

I dapat kerja baru.
Tapi still dalam dilemma.
Nak pergi ke tak nak.
I takut kalau tak pergi, nanti I menyesal.



Country Height Resort, Kajang.

Dalam dilemma. 
Korang, tolong lah bagi pendapat korang.
I patut pergi or tolak tawaran tuh?
:'(
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Wednesday, September 14, 2011

#3 - Wordless Wednesday

Salam.


I Miss You Badly!
Emm. :'(
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, September 13, 2011

Interview lagi? Sakit lagi?

Salam.

Oke. I nak story banyak banyak pun macam takde mood sebab I tengah sakit kepala yang teramat sangat. Inilah bahana orang degil. Degil ke? Eksaited sangat nak pergi interview. Hmm. Actually, day before yesterday I kerja malam. So, yesterday I balik pagi lah kan. Dalam pukul 7.30 pagi macam tuh, I terus gerak pergi Melaka Sentral. Sebab bas I pukul 9.30 pagi. Kang kalau lambat-lambat takut tak sempat nak bekfes, nak rileks rileks dulu. Lagi pun I tak suka rushing.

Buat apa I pergi Melaka Sentral? Naik bas? Lupa lak nak explain. I nak kena gerak pergi Country Heights Kajang for an interview. Again? Yes. I tak pernah jemu pergi interview. Sanggup tau naik bas. Dah la malam sebelumnya kerja malam. Dah sah-sah tak tido kan. Tapi I betul-betul nekad. I terpaksa amek bas ke KL sebab bas direct pergi Kajang tuh mana ada. 

Tiket I. RM 15.00 jek.

Bas Pancaran Matahari. First Class tau!

Memang betul-betul terbaek. Siap ada astro tau dalam bas.

I dapat bas yang drop dekat Puduraya. Wah, memang surprised sangat. Sebab dah lama sangat tak datang KL. Tengok tengok Puduraya dah cun. Dah macam airport plak. Puduraya neh untuk perjalanan ke utara. So, masa I balik Melaka petang nya I terpaksa shoot ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk amek bas kat sana. 

Sampai sampai sana jek, Encik Boifren dah tunggu. So, kitorang terus gerak ke Kajang. Sampai je kat Kajang, my fren (Fafa) amek kitorang and bawak pergi Country Heights. Dia terus bawak pergi HR. Isi form, jawab segala bagai soalan, siap kena buat esei sekali tau. Haru betul. Lepas tuh, I kena interview dengan Operation Manager dia. Soalan soalan biasa dan tak dijangka telah ditanya, dan I jawab dengan yakin, adil dan saksama. HAHA! Actually I mintak position Front Office Assistant jek. Tapi they all offer I position Supervisor. Sebab I ada experience. Salary? Of course lah lagi tinggi dari yang I dapat kat sini. I dapat saving kalau kerja kat sana. Sebab I dapat stay dekat villa yang disediakan untuk staff.

Oke, dah habis segala bagai interview, Fafa hantar I dengan Encik Boifren pergi Kajang balik. Lepas tuh kitorang terus gerak ke Puduraya. Tanya kaunter tiket tuh, kot-kot ada bas yang terlepas pergi balik Melaka. Tapi memang betul-betul kena pergi TBS untuk balik Melaka. So, kitorang amek tren LRT ke Bandar Tasik Selatan untuk amek tiket.



Memang besar dan sangat menyusahkan. =.="

Masa tuh, jam dah nak dekat pukul 7 malam. Kepala I memang dah berdenyut denyut tak hengat dunia lah kan. Pandangan I memang kabur gila. Semua yang I pandang, dah jadik dua. Tapi I terus bertahan. Beli tiket cepat cepat then Encik Boifren terus bawak I pergi makan. Sebab dah seharian kitorang tak makan. 

Nak makan kat food court sini memang leceh. Siap kena beli prepaid kad bagai. Aduih. Macam macam lah kalau dah advance sangat neh. TBS neh memang besar, sampai I rasa leceh nya nak jalan jauh-jauh. 

Yang paling tak best, nak turun ke balai perlepasan tuh, kena orang yang ada tiket jek. So, kitorang terpaksa berpisah di depan eskelator untuk turun ke balai perlepasan tuh. Security dekat sini memang ketat gila. First time I datang sini, rasa macam dah tak nak datang lagi. Menyusahkan. Tapi memang selesa lah kan.

I naik bas pukul 7.30 malam. Masuk bas jek, terus baring dekat seat tuh. Nasib baik single seat jugak macam pagi tadi. Bas gerak, I pun lena. Sedar-sedar je dah sampai Melaka Sentral. Tough tak I? Dengan ngantuk-ngantuk, boleh plak nekad nak datang KL. Nasib baik jalan-jalan kat KL tuh I tak lupa. Takde sesat! HEHE..  ;)
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Sunday, September 11, 2011

Menitis lagi airmata ini...

Salam.

Hanya pandangan redup sepasang mata yang sememangnya tidak pernah merelakan kepergiannya. Aduhai mata, kenapa begitu pantas sekali kau menangis? Ya, aku menangis sekali lagi. Sudah tentu kerana cinta. Cinta yang sudah 3 tahun ku semai dengan benih dan baja kesetiaan dan kesabaran. Aku terlalu lemah berhadapan dengan situasi ini. Setiap kali terjadi, pasti ini yang akan berlaku. Tangisan.

Pagi tadi, dia datang menjemput aku yang baru sahaja ingin melelapkan mata yang sudah semalaman tidak lena. Ah, aku sangat benci kerja malam! Tapi atas sebab dia, aku bingkas mempersiapkan diri lalu menemaninya bersarapan. 

Tadi dia cakap macam ni..

 Dia : Lepas nih, dah tak boleh nak pandang awak depan-depan macam nih..
Aku : Ish awak neh! Macam dah tak nak balik jek?
Dia : Kalau ada cuti panjang ye saya balik.
Aku : Abis tuh, kenapa cakap macam tuh?
Dia : Saya dah balik Shah Alam. Nak meneruskan perjuangan.
Aku : Jangan lah balik. Tak payah la balik. Awak tinggal saya sorang-sorang kat sini..
Dia : Tak. Saya pergi nak berperang nih. Dah habis kang saya balik lah. 

Macam askar lah pulak. Berperang-perang bagai. Tahu lah bakal-abah-aku-tuh-bekas-askar. Ya Allah. Terhibur sangat hati aku sebentar tadi. Dia pandang aku lama sangat. Aku sayu sangat dengan pandangan itu. Ya Allah. Dekatkan lah jodoh kami! Selamatkan lah perjalanan beliau ke tempat pengajiannya. Lagi setahun, bakal tertunailah hasrat hati aku untuk melihat dia berjaya menggenggam segulung ijazah. Aku? Ah. Tak usah kenang pasal aku. Asalkan aku dapat lihat dia berjaya, itu sudah cukup membanggakan aku. 

Gambar masa konvo Diploma. :')

Aku ingin melihat wajahnya tersenyum gembira. Aku janji, aku akan datang hari konvo beliau! Aku akan datang untuk meraikan kejayaan kami yang sanggup berjauhan dan berkorban demi cita-cita beliau. Aku sayang beliau dari dulu, kini dan selamanya. :'( Aduh, menitis sekali lagi airmata ini...
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Doodle ketiga saya | Masih lagi comot!

Salam.

Susah betul lah tangan tak kreatif neh.
Belajar buat doodle dah dua hari dah.
Tapi still comot. Failed!


I buat kecik jek.
Tamao besar-besar.
Nanti lagi comot.

Korang, cane nak pandai lukis neh?
:'(
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Saturday, September 10, 2011

Second doodle | Ada peningkatan tak? :')

Salam.

Orang nak buat doodle, I pun nak jugak.
Tapi tak semenggah. Ngeeee..


Amacam? Ada peningkatan tak?
Puihhh. Perasan!
=.="
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View ヅ


Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2017 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™