Dah midnite, still nak melepak?

Salam.

Hari neh, I tak berapa penat sangat. Sebab tadi pun I masuk kerja tak lah awal pagi sangat. Pukul 7 tadi I dah balik. So malam boleh update entry. Nasib baik pagi tadi I masuk kerja pukul 11 pagi. Kalau tak, kompem terlajak. I melepak malam tadi macam tak ingat nak balik rumah. HEHE!

Semalam, dah lepas balik dari open house rumah aunty I, I terus melepak dekat rumah jek. Sambil sambil tuh update lah entry. Elok jek I dah nak tido, member I Cida call ajak lepak. I memang pantang bab-bab melepak neh. Lagipun dah lama kot tak lepak dengan diorang. 

So, sharp pukul 11.15 malam, I dah dengar bunyik kereta Maybell dekat depan rumah. Siap dah miskol miskol lagik. Cis betul! I pun siap siap terus keluar. Lepas tuh kitorang terus gerak. Lepak dekat Banda Hilir jek kot. Tengah on the way tuh, saja lah call Intan ajak dia lepak. Then dia tanya I dah sampai mana? Time tuh dah dekat Ong Kim Wee kot, sebab nak pick up member Maybell dekat Limbongan. Dia cakap dia lapar. 

So, bila I dah sampai kedai makan, I call Intan, tanya dia nak makan apa. Mula mula dia nak makan Nasi Goreng Ayam, Roti Telur dengan Air Teh Ais. Then bila I tanya orang kedai tuh, dia kata ayam habes. Cis. Boleh pulak ayam habes. Pegi la beli ayam. Pastu I order lah Nasi Goreng Paprik. Sebab I dah assume yang ayam habes, mesti daging ada kan. Bila I order, orang kedai tuh kata Nasi Goreng Paprik Daging takde, tapi Nasi Goreng Paprik Ayam ada. Woi. Kejap kata ayam habes, dah tu neh nak masak Paprik Ayam tuh, pakai ayam apa? Memang cis betul lah! Lantak lah. 

Dah lepas melantak Roti Planta kat situ, kitorang terus gerak balik. Sebab I kesian dekat orang lapar kat rumah tuh. HEHE! Lepas hantar Cida balik, Maybell terus hantar I pergi rumah Intan. Sampai sane pun dah nak dekat pukul 1 pagi. Nasib baik rumah I dengan rumah Intan tuh selang dua buah rumah jek. So, I lepak lah kat rumah dia dulu. 

Dah leka berborak, I terus mintak diri nak balik. Lagipun I takut nak jalan sorang sorang. Rumah dekat Kampung Morten neh, automatik switch off sport light pukul 2 pagi. Elok I keluar jek dari rumah Intan, I nampak van besar gila warna putih dekat depan rumah I. Dalam hati I, eh, van apa pulak neh? Tengah tengah malam kecoh dekat depan rumah orang.

I masuk rumah macam biasa, tiba tiba house mate I, Mira bagitau yang diorang dengar bunyi orang ketuk pintu banyak kali dekat rumah sebelah. Memang bising gila kot dekat sebelah neh. So kitorang decide nak senyap, pastu curi dengar apa yang bising dekat sebelah. Dengar punya dengar, rupanya van putih tuh van pencegah maksiat. ceh! Anak makcik sebelah neh melepak kat mana tah. Kena tangkap ngan pencegah maksiat. Tah pape tah. Tak menarik perhatian betul. Baik I tido. huwaaa... :p
Photobucket

Comments

intanurulfateha said…
fuyoh ! kene tgkap basah huhuhu
Nurulchumel said…
@intanurulfateha

haaaa..tau takpe.
tah mane pantai lah dia melepak tuh?
jeng3!!

Popular Posts