Interview lagi? Sakit lagi?

Salam.

Oke. I nak story banyak banyak pun macam takde mood sebab I tengah sakit kepala yang teramat sangat. Inilah bahana orang degil. Degil ke? Eksaited sangat nak pergi interview. Hmm. Actually, day before yesterday I kerja malam. So, yesterday I balik pagi lah kan. Dalam pukul 7.30 pagi macam tuh, I terus gerak pergi Melaka Sentral. Sebab bas I pukul 9.30 pagi. Kang kalau lambat-lambat takut tak sempat nak bekfes, nak rileks rileks dulu. Lagi pun I tak suka rushing.

Buat apa I pergi Melaka Sentral? Naik bas? Lupa lak nak explain. I nak kena gerak pergi Country Heights Kajang for an interview. Again? Yes. I tak pernah jemu pergi interview. Sanggup tau naik bas. Dah la malam sebelumnya kerja malam. Dah sah-sah tak tido kan. Tapi I betul-betul nekad. I terpaksa amek bas ke KL sebab bas direct pergi Kajang tuh mana ada. 

Tiket I. RM 15.00 jek.

Bas Pancaran Matahari. First Class tau!

Memang betul-betul terbaek. Siap ada astro tau dalam bas.

I dapat bas yang drop dekat Puduraya. Wah, memang surprised sangat. Sebab dah lama sangat tak datang KL. Tengok tengok Puduraya dah cun. Dah macam airport plak. Puduraya neh untuk perjalanan ke utara. So, masa I balik Melaka petang nya I terpaksa shoot ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk amek bas kat sana. 

Sampai sampai sana jek, Encik Boifren dah tunggu. So, kitorang terus gerak ke Kajang. Sampai je kat Kajang, my fren (Fafa) amek kitorang and bawak pergi Country Heights. Dia terus bawak pergi HR. Isi form, jawab segala bagai soalan, siap kena buat esei sekali tau. Haru betul. Lepas tuh, I kena interview dengan Operation Manager dia. Soalan soalan biasa dan tak dijangka telah ditanya, dan I jawab dengan yakin, adil dan saksama. HAHA! Actually I mintak position Front Office Assistant jek. Tapi they all offer I position Supervisor. Sebab I ada experience. Salary? Of course lah lagi tinggi dari yang I dapat kat sini. I dapat saving kalau kerja kat sana. Sebab I dapat stay dekat villa yang disediakan untuk staff.

Oke, dah habis segala bagai interview, Fafa hantar I dengan Encik Boifren pergi Kajang balik. Lepas tuh kitorang terus gerak ke Puduraya. Tanya kaunter tiket tuh, kot-kot ada bas yang terlepas pergi balik Melaka. Tapi memang betul-betul kena pergi TBS untuk balik Melaka. So, kitorang amek tren LRT ke Bandar Tasik Selatan untuk amek tiket.



Memang besar dan sangat menyusahkan. =.="

Masa tuh, jam dah nak dekat pukul 7 malam. Kepala I memang dah berdenyut denyut tak hengat dunia lah kan. Pandangan I memang kabur gila. Semua yang I pandang, dah jadik dua. Tapi I terus bertahan. Beli tiket cepat cepat then Encik Boifren terus bawak I pergi makan. Sebab dah seharian kitorang tak makan. 

Nak makan kat food court sini memang leceh. Siap kena beli prepaid kad bagai. Aduih. Macam macam lah kalau dah advance sangat neh. TBS neh memang besar, sampai I rasa leceh nya nak jalan jauh-jauh. 

Yang paling tak best, nak turun ke balai perlepasan tuh, kena orang yang ada tiket jek. So, kitorang terpaksa berpisah di depan eskelator untuk turun ke balai perlepasan tuh. Security dekat sini memang ketat gila. First time I datang sini, rasa macam dah tak nak datang lagi. Menyusahkan. Tapi memang selesa lah kan.

I naik bas pukul 7.30 malam. Masuk bas jek, terus baring dekat seat tuh. Nasib baik single seat jugak macam pagi tadi. Bas gerak, I pun lena. Sedar-sedar je dah sampai Melaka Sentral. Tough tak I? Dengan ngantuk-ngantuk, boleh plak nekad nak datang KL. Nasib baik jalan-jalan kat KL tuh I tak lupa. Takde sesat! HEHE..  ;)
Photobucket

Comments

TS said…
hari2 yang mencabar betul...
I.Allah de rezki t berbaloi pengorbanan tu..hihi
Asfz said…
asfz ms sampai TBS hari tu pon kagum tp xsmpt nak shoot bagai sbb kejar masa..hahaha
ninie_azriena said…
kuat tau akak ni..
harap apa yang diimpikan menjadi nyata =)
Aida Azryn said…
haaa.. nasib baik tak sesat.. :)
Nurulchumel said…
@Cik Domo

same la.
tak sempat nak bergambar2.
sebab tu la takde gambar akak mem'posing' dalam gambar tuh.

Popular Posts