Review - Raya Tak Jadi!

Salam.

Dua hari tak update blog. Rindu pulak rasanya. Actually I busy sikit lately neh. Last week I kerja petang. Balik kerja pukul 11 malam dah penat. Terus tido. So, takde masa sangat nak online. Lagipun, I kena layan tetamu jauh. Lama gila tak jumpa dengan teman seperjuangan I neh. Dia stay rumah I dua malam. Tapi kesian jugak kat dia, sebab I tak dapat nak bawak dia jalan-jalan sangat dekat Melaka neh. Kerja punya pasal. 

Depan rumah saya! :)

Tapi tadi I offday. So, I bawak dia jalan-jalan. Siap pergi tengok movie "Raya Tak Jadi!" lagi tuh. So, dapat lah I review this movie malam neh. Best jugak movie neh. Lawak. Kombinasi lakonan Apek dan Johan Raja Lawak. Faham-faham jelah kalau diorang berlakon. Memang lawak lah kan.



Filem ini mengisahkan tentang kehidupan serba sederhana adik beradik, Syuib (Apek) dan adiknya, Bob (Johan). Syuib neh bekerja sebagai pemandu teksi, manakala Bob bekerja sebagai pengawal keselamatan. Konflik berlaku apabila sebuah syarikat menjual kurma neh mengalami kerugian kerana pelanggan sudah tidak mahu membeli kurma mereka, sebab dah tinggal 5 hari sahaja lagi mereka akan menyambut Aidilfitri. 

Oleh itu, tauke kurma tuh mengatur strategi untuk menculik Penyimpan Mohor Besar Raja, ala..yang selalu mengumumkan tarikh hari raya dekat TV tuh, supaya hari raya dilewatkan. So, bila diorang culik orang tuh, kononnya raya tak jadi lah. 

Nak tahu kisah selanjutnya? Jom ramai-ramai serbu pawagam berhampiran anda sekarang! Kelakar habis cerita neh. Sape tak tengok, memang rugi habes lah. :')
Photobucket

Comments

Popular Posts