Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia | Al-Fatihah buat Allahyarham

Salam.


I pun baru jek dapat tahu berita sedih ini masa I blogwalking tadi. Sedih juga mengenangkan pemergian seorang bintang yang sangat popular dengan koleksi lagu lagu raya tuh. Hari raya akan datang pastinya akan kedengaran lagi lagu raya dendangan beliau.

Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Ahmad Jais yang telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam (DEMC) pada pukul 9.30 Selasa (11/10/2011) pagi tadi. Allahyarham yang terkenal sebagai seorang penyanyi era 70an, mula dimasukkan ke unit rawatan separa rapi Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam pada pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu.

Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC awal pagi Ahad untuk rawatan susulan selain mempunyai rekod perubatan di situ. Jenazah Allahyarham akan bawa ke Masjid Negeri Shah Alam dan akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.


Sumber : Anastasyea

Nurul : Semoga roh nya akan ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah!
Photobucket

Comments

Arief Sohod said…
8/9 2 mmg dia ade dtg dkt batu phat..sehari sebelum 2 7/9 arwah ade buat persembahan dekat dewan bandar batu pahat sempena umah terbuka hari raya n perarakan hari merdeka kt situ..saya ade kt dewan 2..mkn sambil tgk arwah buat persembahan..mase 2 saya dgn p.cik saya..join perarakan utk club kete EXORA..al-fatihah utk arwah..
Nurulchumel said…
@Arief Sohod

owh..
yang awak pegi join perarakan exora tuh yek.

al-fatehah!

Popular Posts