Kau neh lembik betul lah!

Salam.

#Untuk entri ini, penggunaan kata ganti diri, AKU digunakan. So, jangan pelik.

Seminggu kena kerja night shift, memang membuatkan hidup aku kelam kabut. Kepala otak pun dah mereng. Selera makan langsung dah takde. Aku memang benci shift ini. Shift yang buatkan kesihatan aku terganggu. Sekarang dah nak dekat pukul 8 malam. Lagi 3 jam aku kena masuk kerja balik. Macam hampas. Takde life langsung. 

Maybe sesetengah staff lain, suka shift ini. Tapi tidak bagi diri aku. Itulah faktor utama kenapa aku nak sangat berhenti dari sini. Tapi boss aku tak faham. Banyak konflik yang aku alami masa kerja kat sini. Ada satu hari tuh, supervisor aku membebel bebel. Dia kata, aku memang takkan boleh kerja dekat tempat lain, sebab aku dah biasa sangat kerja dalam keadaan yang comfort. Comfort ke kalau hari hari aku kerja dalam keadaan yang stress? 

Supervisor aku tuh siap boleh cakap yang aku neh tak boleh nak independent. Suka mengharapkan orang. Hey! Bila masa tah aku neh mengharapkan dia? Aku kerja sini pun, bukan dia yang recommend. Aku kerja sini pun sebab boss yang panggil kerja balik lah. Aku stay lagi kat sini walaupun aku dapat better offer pun sebab boss aku tuh suka brain wash aku. Bukan aku yang nak. 

Bila nak kata aku lembik, itu kau punya pasal lah kan. Tapi setahu aku, aku boleh berdikari sendiri. Kalau tak, takkan masa aku training dulu aku boleh jadik best trainee kat sini, even aku sorang jek yang tercampak pergi training sorang sorang? Come on lah. Aku tak hadap lah job neh. 

Kalau lah boleh putar balik masa, aku tak nak lah kerja sini. Mula mula jek macam best. Tapi dah lama lama, banyak sangat politik yang aku nampak. Aku memang tak nafikan yang aku dah kerja lama kat sini. Tapi itu tak bermakna aku suka. 

Sigh.. :'(
Photobucket

Comments

Popular Posts