✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Logo KBBA Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Sunday, July 31, 2011

Niat Puasa Ramadhan

Salam.

Actually I dah pernah post niat berpuasa nih tahun lepas.
Tapi, I saja nak remind balik kat korang semua.
Mana tahu, korang lupa ke. Jom!
Kita baca sama-sama niat berpuasa. :)


نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

yang atas tuh untuk sehari-sehari.
kalau takut lupa, baik kita niat sebulan je terus oke.

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
maksudnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

oke. u alls.
yang bawah ni pulak doa untuk berbuka puasa.
I rasa semua hafal kan?hehe. oke. I remind balik ye.

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
maksudnya: Ya Allah aku telah berpuasa untuk Engkau dan pada Kaulah aku mempercayainya dan aku membuka puasa dengan apa yang Engkau berikan.


# Semoga Ramadhan yang datang ini akan memberikan 1001 makna untuk diri kita semua. 
Selamat berpuasa! 
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Khairul Fahmi dan Elia, putus tunang?

Salam.


Wohoo! Gempak satu Malaysia beb! Kisah putus tunang penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat dengan Aimie Harmelia. Rasanya baru jek lagi diorang bertunang. Tak sampai setahun. Majlis pertunangan diorang, fuhh! grand kot. Tup-tup, tengok-tengok putus pulak? Alahai.. membazirnya...

Bila tengok blog Jejari Runcing, terasa sedih pulak. Sebak. I faham apa yang dilalui oleh seorang wanita yang baru putus tunang. Baca kisah majlis pertunangan mereka. Alahai, touching kot! I kesian dekat Elia, even I tak berapa suka cara dia menyampaikan cerita pasal dia dan bekas tunangnya tuh dalam blog. Tapi kan, kalau I jadi dia, I pun akan lakukan benda yang sama kot. Yelah, apa salahnya kita expose dalam blog pasal orang yang kita sayang kan? Macam I dengan Encik Bobo lah kan? Hiks! Jom baca laporan yang disediakan dalam akhbar Metro hari ini.

KUALA LUMPUR: Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai.

Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri.

Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.

Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.

“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”

Sumber : http://www.ohbulan.com/
p/s : Doakan yang terbaik untuk hubungan kami! =.='
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Salam Ramadhan | Doa Menyambut Ramadhan

Salam.




Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua readers blog I yang beragama Islam. Semoga dengan kehadiran bulan Syawal ini, kita dapat mempertingkatkan amalan seharian kita, melatih kita bersabar, perbanyakkan amal jariah dan bersedekah, serta memohon keampunan dari-Nya. Kepada korang, readers I yang tersayang, I nak mintak maaf andai kata selama I blogging neh, korang ada terasa ke, terguris hati ke dengan segala-gala penulisan I selama nih. Remember. Nobody perfect. Semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan ini akan diterima oleh Allah S.W.T. 



اللَّهُمَّ بَلِّغْنا رَمَضَانَ وَأَعِنَّا عَلَى صِيَامِهِ وَقِيَامِهِ 
عَلَى الوَجْهِ الّذِي يُرْضِيكَ عَنَّا

Ya Allah 
Sampaikan kami ke gerbang Ramadhan
Bantulah kami untuk berpuasa dan berqiam
Sepertimana yang Engkau redhai dan Engkau kehendaki kami melaksanakannya. 

Amin. :)
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Saturday, July 30, 2011

Hangout with my sweetie pie! - part 2

Salam.

Sorry sangat sebab I lambat nak update. Busy. HAHA! Padahal baru balik tengok wayang. Review movie yang I tengok, I akan update next entry oke. Actually semalam I saja jek bagi korang suspen. Kitorang takde pegi mana-mana pun. Just soppink-soppink, jalan-jalan, makan-makan jek. Thanks to Encik Bobo I, sebab belanja makan pizza semalam. Dah lama mengidam nak makan pizza, semalam Encik Bobo bawak I pegi makan pizza. Jom, tengok apa yang kitorang baham semalam!

First of all. Kita tengok menu dulu ye adik-adik. Nampaknya Pizza Hut sedang mangadakan promosi untuk bulan ramadhan. Advance tau pizza! Tapi kitorang tak try lagi lah set promotion tuh. Kitorang amek set combo biasa jek dengan side order.

Creamy Carbonara serve with Fettuccine. Sedap gila auw! Memang creamy tasted!

Soup of the day. Mushroom soup. 

Pizza kami. Pepperoni Delight. Siap extra cheezy lava tau.

Nih favorite I. Honey BBQ Wings.

Tidak ketinggalan, Garlic Bread.

Hmm. Kenyang gila makan semua benda kat atas nih semalam. So, korang yang rasa-rasa teringin nak makan pizza, try lah. Sure kenyang sampai tersandar. HAHA! oke lah. I nak sambung dating neh. Jap lagi Encik Bobo nak datang amek. HEHE! Jangan jeles. ;P
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Friday, July 29, 2011

Hangout with my sweetie pie!

Salam.




I baru balik dari jalan-jalan, soppink-soppink, dating-dating dengan Encik Bobo.
Laporan penuh, esok I update yek!
Sebab penat gila and dah nantok.

p/s : Tidur dalam senyuman. Emm. Bahagianya kalau hari-hari macam neh! >.<"
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

6 Kelebihan Hari Jumaat

Salam.


Just want to share dengan korang semua pasal kelebihan hari Jumaat. I dapat artikel nih masa I blogwalking tadi. I share hari ni, sebab hari nih kan hari Jumaat. Dan, hari ni pun I offday. :] Oke jom baca artikel neh. Semoga dapat dijadikan panduan untuk kita bersama. 
 
1Berlakunya hari kiamat. Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga. Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
 3. Penghulu segala hari. Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat. Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
 5. Kebaikan dengan memotong kuku. Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah. Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
Credit : Sang Mentari
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tutorial Membuat Menu Navigasi Breadcrumb

Salam.

oke. Tutorial diteruskan lagi. Kali ni, I nak ajar korang cara nak buat fungsi Menu Navigasi Breadcrumb pada blog korang. Kelebihan fungsi ini dalam blog kita, sama macam sitemap. Tapi sitemap kan berbentuk list. Breadcrumb nih pulak, kepentingannya adalah sebagai cara yang sangat berkesan untuk menarik pengunjung membaca artikel-artikel lama kita yang sama kategori dengan entri yang mereka sedang baca. 

Contoh, I buat entri tutorial nih kan. Lepas tuh, I label kan sebagai tutorial, sharing is caring, tips. So, kalau readers kita rasa nak baca tutorial yang lain, simply lah they all akan click pada link tutorial. Begitu juga dengan labels yang lain. Faham tak nih? Kalau tak faham, tanya oke. 



* contoh menu navigasi breadcrumb dalam blog I.

Oke. Now kita belajar pulak cara membuat menu navigasi breadcrumb nih. Senang jek. Korang follow step by step oke. Kalau tak jadi, bagi tahu I. Dan ingat! Before korang meng-edit apa-apa dalam blog korang, korang kena back up dulu templates korang. Kang kalau tak jadi kang, tak pasal-pasal I disalahkan pulak. :)

- Click pada Design - Edit HTML - Tick Expand Widget Templates
- Lepas tu, tekan ctrl+F untuk cari kod 
 <b:if cond='data:post.title'>
- Dah jumpa? Sila copy kod di bawah ni dan paste kan di bawah kod yang korang find tadi.
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'><a href='http://namablogkorang.blogspot.com/'>Home</a> &#187;<b:if cond='data:post.labels'><b:loop values='data:post.labels' var='label'><a expr:href='data:label.url' rel='tag'><data:label.name/></a><b:if cond='data:label.isLast != "true"'>,</b:if></b:loop>&#187;</b:if><data:post.title/></b:if>
- Dah siap? Korang gantikan tulisan yang I highlight tuh kepada nama blog korang.
- Then korang save lah. 

Senang kan? Selamat mencuba! =.="
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Thursday, July 28, 2011

Malaysia vs Singapore | Malaysia tetap menang deh!

Salam.


I pasti, most of rakyat Malaysia malam nih telah menyaksikan perlawanan antara Malaysia menentang Singapura untuk melayakkan diri ke Piala Dunia di Brazil kan? I pun tengok gak. Even I bengang sangat dengan taktik perlawanan Singapura. Kuat drama kot. 

Tapi bagi I, skuad Harimau Malaya dah memberikan yang terbaik malam nih. I puas hati. Maybe belum rezeki Malaysia lagi nak mencipta rekod di persada dunia. InsyaAllah. Mana tahu, lain kali rezeki negara kita pulak?

p/s : Keputusan perlawanan malam ini. 1-1. Agregat Singapura 6 - Malaysia 4. Kira oke lah tuh!  I tetap kata Malaysia menang dah deh! :)
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Accident

Salam.

Hey korang. Dah lama kan I tak post entry yang panjang-panjang? Yang korang kena baca panjang-panjang sampai nak muntah? HAHA! Bukan I tak nak post sebenarnya. Naaaakkk sangat-sangat. Tapi entah lah. Semenjak dua menjak neh I takde mood. Macam hilang idea pun ada. Maybe kehidupan I sekarang neh takde yang best kot. Or...maybe I still dalam keadaan trauma.

Last four five days ago, actually I dengan Encik Bobo accident. Entah, I dah tak nak ingat sebenarnya peristiwa tuh. Takut, sedih, trauma, semuanya bercampur baur. Memang lah accident tuh tak berapa siyes kan. Sebab tuh lah I boleh rilex lagi taip entry neh. Tapi I kalau boleh tak nak dah ingat benda tuh.

I takde amek sebarang gambar untuk dibuat kenang-kenangan. Sebab I tak nak mengenang sejarah hitam dalam hidup I. It was my first time accident, pastu accident pulak dengan Encik Bobo pulak tuh. I menangis kot malam tuh. Tapi I sabar. Maybe nih semua dugaan kot.

Malam tuh, I dengan Encik Bobo habis kerja pukul 11 malam. Memang lepas punch card jek, I tengok dekat luar dah hujan. Tapi just gerimis jek. Belum heavy raining lagi. So, kitorang redah jela balik. Encik Bobo bawak motor macam biasa. 

Hujan mulai lebat. Kitorang redah jek sebab nak sampai rumah cepat. Encik Bobo hantar I balik rumah terus. Tiba-tiba....dalam masa yang sangat singkat, tanpa kitorang sedar ada kereta keluar dari simpang. Kitorang betul-betul tak perasan. Dengan keadaan tempat tuh gelap. Tambah pulak hujan yang lebat. Encik Bobo cuba break, tapi jalan sangat licin. Dan....bammmm!!!!

Kitorang berlanggar dengan kereta tuh. Kuat jugak bunyi hentakan tu. Kitorang jatuh. First time I jatuh motor dengan Encik Bobo. Time tuh, I fikir motor dia. I tak fikir kereta orang yang kitorang langgar tuh. I fikir motor dulu. Tentang kesakitan I, pun I tak fikir. 

I bangun pelahan-lahan. Encik Bobo suruh I berteduh. Sebab hujan memang lebat time tuh. I kutip beg I yang dah berterabur atas jalan raya tuh, I tolong Encik Bobo bangun. I tolong dia angkat motor dia. Tak sanggup I nak ingat. Sedih sangat time tuh. Encik Bobo try untuk start motor dia. Sekali. Dua kali. Cuak. Tiga kali. Empat kali. Alhamdulillah. Baru boleh start. I tengok motor dia takde apa-apa. Dia suruh I berteduh.

Dia settle dengan bro yang bawak kereta tuh. Sekali lagi tengok, rupanya fondan. Aduihhh. Membebel-bebel fondan tuh. Tah macam mana diorang settle pun I tak tahu. Tapi, yang pastinya, kereta fondan tuh pun kemek lah kan. Kereta perodua kembara. Diorang tukar-tukar nombor phone. Time tuh lah I baru rasa kesakitan dekat seluruh badan I. Nasib baik I check, takde luka. Fondan tuh datang tanya I, sakit tak. I cakap I oke. Malas nak panjang-panjang cerita dengan fondan tuh. 

I suruh Encik Bobo hantar I balik rumah. Bila dah sampai rumah, dia berteduh dengan tempat parking owner rumah I. Dia menangis kot. Dia orang paling takut kalau I sakit. Dia tanya I banyak kali, sakit tak. I cakap tak. I tak nak susahkan hati dia. Motor dia rosak. Handle dah senget. Tayar depan dah bocor kesan hentaman kuat masa accident tadi. Beratus kali dia mintak maaf dekat I. Dia cakap, kalau dia accident sorang dia tak kisah. Tapi kali ni dia accident melibatkan I. Dia macam tak leh nak maafkan diri sendiri. Dia tak habis-habis cakap yang dia menyesal. 

I pujuk dia. I cakap, benda dah nak jadi. Kita kena terima hakikat. I cakap I tak sakit. I tengok tangan dia ada luka. Ya Allah. I sedih sangat bila tengok dia sakit. Dia cakap, dia tak kisah diri dia. Tapi dia risau sangat ada apa-apa berlaku kat I. 

Lepas hujan dah reda sikit, dia pun balik. Dengan tayar yang kempis tuh. Dia jalan slow jek sampai ke stesyen minyak. Lepas tuh dia pam. Esok nya baru dia tukar tayar. I risau sangat keadaan dia time tu. I doa banyak-banyak yang takkan berlaku lagi kejadian yang seumpama ni. I takut. I masih trauma.


Alhamdulillah. Kami masih bernyawa.
Doakan kami yek!
 =.="
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Counting the date...

Salam.
“The reason people find it so hard to be happy is that they always see the past better than it was, the present worse than it is, and the future less resolved than it will be..”

p/s : Terima hakikat. Jangan pandang belakang. Dan sentiasa fikirkan masa hadapan. :')
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, July 26, 2011

Love each other

Salam.

"I just close my eyes because I might see your face. I just close my mouth because I might hear your voice. I just close my ears because I might hear of you, but I could not close my heart because I love you."

"Because Nurul_Arief In  Love.."
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Monday, July 25, 2011

Pelengkap Hidupku | Eren ft. Romi

Salam.
Lyric : Pelengkap Hidupku
Artist : Eren ft. Romi

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

Special dedicated this song to EncikChenta coz he already made my life.

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Sunday, July 24, 2011

Bahagia

Salam.

* opps. Macam ni ke muka orang tengah bahagia? >.<

Siyesly, bila dia ada dekat dengan I, I rasa sangat bahagia.
Mungkin ini normal bagi pasangan bercinta.
Semakin hari, waktu itu kian menghampir.
Kurang dari sebulan, dia akan pergi belajar balik.
Aduh. Waktu tu, mungkin I akan sedih dan mungkin I akan tersenyum.
Tapi, bila fikir-fikir balik..

Ala, tinggal setahun je lagi dia nak grad. 
Akhir tahun depan, dah grad.
Tak sabar nya nak tunggu detik itu.

Apa pun, I hanya mampu iringi dia dengan doa.
Supaya dia akan berjaya mencapai cita-citanya.
Dan bakal menjadi *kekasih yang halal suatu hari nanti.
Aminnnn... ^_^
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Kau kalau tak menyusahkan aku sehari, memang bukan kau lah kan?

Salam.

Sorry korang. Tajuk entri I kali ni memang panjang. Entah la. Dekat siapa lagi I nak mengadu kalau bukan dalam blog? Actually, I takde lah marah sangat sebenarnya. Sebab I dah cool down. Kejadian nih terjadi actually dalam waktu kerja. Yes. Memang betul. Kita tak boleh nak campurkan hal peribadi dengan kerja. Tapi macam mana kita nak concern kerja, kalau attitude kita sering di perkatakan? Teruk sangat ke I nih?


Setiap orang, masing-masing ada attitude masing-masing. Tak perlu lah nak tegur orang lain, kalau diri tuh belum perfect lagi. Hey, mana ada orang yang perfect dalam dunia nih? Nabi Muhammad sendiri tak mengaku diri beliau perfect. Inikan kita, insan biasa. So, kalau dah tau diri tu pun ada kelemahan, tak payah lah nak eksen!

Bercakap pasal attitude. Kalau korang nak tahu, masa performance appraisal I tahun lepas, I telah di-label-kan sebagai seorang staff yang *bad attitude. Eh, sebelum tuh. Korang tau tak performance appraisal tuh apa benda? Oke. Yang tahu, takpe. Kepada yang tak tahu, performance appraisal tuh macam penilaian yang dibuat oleh majikan korang, untuk menilai sejauh mana prestasi kerja korang. Sama ada baik ke, teruk ke, sederhana ke, what so ever lah kan. Kalau baik, banyak lah gaji korang naik. Kalau teruk, ciput lah gaji korang. Macam tuh lah alkisahnya.

Macam mana I boleh di-label-kan sebagau staff yang *bad attitude? Hmm. Entahlah. Tapi bagi I, I tak salahkan orang lain, melainkan seorang staff tuh. I tak kira. I dah kenal sangat perangai dia. Attitude dia sebenarnya lagi teruk dari I. Suka bodek bos. Mentang-mentang lah dia paling senior, dia ingat dia boleh buat apa yang dia suka? Apa je yang kitorang buat, ada je salahnya. Orang yang macam ni lah yang selalu memecah-belahkan sesuatu kaum. Depan nampak baik. Pijak semut pun tak mati. Belakang, perangai macam hantu. Hantu pun kalah lah oi.

Bila kitorang mula bersuara, kitorang jugak yang dipersalahkan. Macam lah kitorang nih tak boleh bersuara. Dia sorang je yang boleh mengadu-ngadu dekat bos. Bos kena dengar cakap dia jek. Abis, where is our rights? 

Kalau nak cerita pasal benda nih, memang takkan habis. Tapi I memang bengang dengan perempuan tuh. Tak habis-habis nak menyusahkan hidup I. I datang kerja kadang-kadang tengah happy-happy nih, suddenly dia spoil mood I. Terus I bad mood sampai I balik. Hampas betul perangai. Tau lah kau tu dah ada anak, orang lain pun beranak jugak. Ada jugak family, ada masalah sendiri. Tapi jangan lah kerja nak buat orang moody jek. Pentingkan diri sendiri. Pandai pulak cakap, we all work as a team. Tapi kau yang melebih selfish mengalahkan orang lain. 

Ya Allah. Semoga orang yang maksudkan tuh akan sedar dengan kekhilafan yang dia dah lakukan. Kembalikan dia ke pangkal jalan. Bersihkan hati dia. Jangan lah penuhi hati dia dengan perasaan hasad dengki. Semoga dia akan berubah suatu hari nanti. Aminnnnnn.. ^__^
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Saturday, July 23, 2011

Cinta Aku dan Kamu

Salam.

Bicara lagi tentang cinta. Musykil. Kadang-kadang, I rasakan cinta itu indah sangat. Manisnya macam gula-gula kapas. Saat kita sedang enak menikmati kemanisannya, tanpa kita sedar yang gula-gula kapas tu dah pun habis. Tapi mungkinkah cinta akan seumpama itu juga?

 
* sweetnya macam gula-gula kapas!

Entah kenapa, dah nak hampir-hampir bulan puasa nih, I kerap sakit. Dua minggu lepas, I sakit mata. Dan sekarang ni pulak, I demam. Suara gila rock. Tak boleh blah. Tapi sebab kerja, I teruskan juga. Kalau asyik nak MC jek, company mana pun tak nak bagi I kerja.

Maybe lepas nih, I jarang sikit online. Sebab I banyak masalah. I nak kena settle dulu, lepas tuh I start blogging balik. Maybe ini untuk sementara jek. Korang jangan risau tau. Jangan lah rindu I tau. Hihihi. :) Siapa rindu I, tengok lah blog I nih, baca entri-entri I yang lepas. Sure mesti terubat rindu korang tuh. :>
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Cinta itu umpama menunggu bas ❤

Salam.


I share this kind of thing sebab I suka dengan kesinambungan di sebalik kisahnya.
I dapat dari blog ini. Semoga korang akan jadikan iktibar dan panduan dalam menempuh alam cinta.

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak. Eee, penuhnya! tak ada tempat duduk. Jadi, awak katakan pada diri awak, Saya akan tunggu bas yang lain. Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengok bas itu dan awak akan cakap, Eee! bas ni buruk sangat. mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan. Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.
Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, Emmm, tak ada air-cond. cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.
Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak sudah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa, awak dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak hendak.
Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati bas itu tidak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.
Tapi, saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang awak nanti- nantikan), awak tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!
Hahahaha!  Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam itu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu, semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!
I ❤ Chenta =)
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Thursday, July 21, 2011

Contest Loving Couple

Salam.

* Contest Loving Couple by Syieda Joy


Bila dapat tau ada contest yang macam ni, I terus tergerak hati nak join. Lebih-lebih lagi contest nih adik cayang I nih yang buat. So, ada lah semangat sikit nak menaip. Whatever la apa orang nak kata. Yela, blog Nurul neh suka story pasal pakwe dia je. Kalau pakwe dia tuh hensem macam Brad Pitt takpe gak. Ahh. Rubbish! Suka hati I lah kan nak story pasal apa. Tak nak baca, korang tak yah baca betul tak? HAHA!

Oke. Bercerita pasal pakwe, boyfriend, chenta hati, cayangkite, encik chenta, encik bobo, dan seantero dengannya. Semua adalah pasal seorang insan yang sama. Truly, when I start blogging, dia lah buah hati I. Takde yang lain. Even before this, memang I banyak ex-ex boyfriend yang lama. Tapi tu sebelum I start blogging. *kantoi_suda. HAHA! 

Pengalaman manis? Hmm. Terlalu banyak. Tak kurang hebatnya dengan pengalaman pahit. Banyak sangat. Tak tahu nak cerita yang mana. Even kami baru 3 tahun menjalani hidup sebagai *cikchenta-encikchenta, tapi dah banyak sangat pahit-manis, hitam-putih, suka-duka yang kitorang dah lalui. Tapi alhamdulillah, ianya dapat diharungi dengan tabah dan sabar. Berkat doa korang semua, yang sentiasa berada di sisi I bila kami ada masalah. Sampai lah terterbitnya blog ini. #http://nurulariefinlove.blogspot.com/


                                                   *sweet macam gula-gula!

I kenal dia since I study dekat Politeknik lagi. Korang bayanglah. Start dari first sem, dia usha I, tapi kitorang just kawan macam biasa jek. Bila I tanya dia, kenapa dari dulu tak bagitau awak suka dekat saya? Dia jawab apa tau. "Saya tak suka lah nak kacau awek orang.." Haaaa.. sadis ayat dia. Kan I dah cakap, memang dulu I ramai ex boyfriend. Tak terbilang banyaknya. Tapi start from 14th July 2008, semuanya dah berubah.....

Nak tahu macam mana mulanya cinta antara kami? ohh. nak cerita memang panjang. Tapi apa kata I pendekkan jek. Apa kata korang tengok video nih dulu. Confirm korang akan faham serba sedikit perjalanan cinta kami. 


Kisah cinta kitorang nih, memang boleh buat telenovela. Gila ah. Tak sangka I akan hidup sejiwang ini. Tapi bak kata orang tua-tua, jiwang tuh normal. Kan cinta itu buta. Tak kisah siapa orang tuh, di mana kita jumpa dia, yang paling penting, kalau dah sayang, macam mana teruk orang tuh, di mata kita dia adalah PERFECT! Jom baca novel cinta paling hot yang pernah I terbitkan sebelum ini. 

# Korang pernah tak rasa macam nak gila?
# Cinta Honda Tak Berbumbung
# Auwww! Sweetnya cinta kamu!

Oke. Enough. Pasal cinta nih tak boleh story lebih-lebih. Kang ada yang cakap Nurul nih gedik. Story pasal pakwe sampai tak hengat dunia. HAHA! Whatever lah. Yang penting, dalam cinta perlu ada kejujuran, percaya dan keikhlasan. Seagung mana pun cinta korang, tapi korang lupa pada yang esa, tak guna jugak kan? oke. Done kisah cinta kami. :)

Awal cinta adalah membiarkan orang yang anda cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang diinginkan. Jika tidak, anda hanya mencintai pantulan diri sendiri yang ditemukan dalam dirinya. Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang..

# Special dedicated to Syieda and Muncit. Semoga kalian tabah menghadapi rintangan sepanjang kisah cinta kalian. Love each and everyone of you is important. :)

Tag kawan-kawan tersayang!
* Emieysandra
* Shara Bunga
* Intanurulfateha
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Wednesday, July 20, 2011

Change new header!

Salam.

*Kawan-kawan, sila kritik.



Yang mana lagi cun?
Yang atas ke, yang bawah?
Comment please!
^ , ^
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

#2 - Wordless Wednesday

Salam.



#Luahan Hati dari caye untuk cayangcaye
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, July 19, 2011

Bukan Chenta Biasa

Salam.

Artist : Siti Nurhaliza
Lyric : Bukan Cinta Biasa

* Sila mute kalau takmo dengar suara I. Kihkihkih! :'D
Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya

Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya

Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa

Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata

Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan..
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Monday, July 18, 2011

Myvi Lagi Best | Very hard to grab it!

Salam.


Memang. Myvi Lagi Best memang sangat memikat hati I.
Tapi amat payah untuk I memilikinya sendiri.
Apa pun, kereta nih memang stylo!


p/s : Wish me luck! :)
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Saturday, July 16, 2011

Kakak, yang ni loooooovvveee.. :)

Salam.



* Kakak, yang ini looovvveee tau. Bukan love!

Setelah sekian lama I tak menggomol budak kecik nih, petang tadi terubat jugak rindu dekat dia. Aunty I satu family datang amek I. Then kitorang pergi makan. Padahal I baru jek lepas makan. HEHE. Lepas makan, diorang datang rumah I, and solat maghrib kat sini. 

Yang paling tak boleh blah, Uncle I beli durian lagi. Siap buka dekat rumah I pulak tuh. Bertambah lagi lah koleksi durian dalam fridge tuh. HAHA! Hepi I dapat jumpa Soffiyah. Rindu sangat kat dia. Next week offday I nak datang rumah Merlimau lah. Nak tidur dengan budak kecik tuh. :)

Bestnya kalau I ada adik kecik lagi.
Nak ada anak kecik, lama lagi...
HEHE! :'P
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View ヅ

Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2017 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™