Review - Adnan Sempit 2

Salam.



Tadi I pergi dating dengan Encik Bobo. Kitorang pergi tengok movie cerita Adnan Sempit 2. Lawak gila cerita dia. Memang skrip dia sangat bersahaja. Lebih advance dari movie yang first tuh. Meh I story sikit sinopsis cerita dia.


Kisah nya adalah kesinambungan dari filem Adnan Sempit 1. Adnan (Shaheizy Sam) masih bercinta dengan Nadia (Intan Ladyana). Perwatakan Adnan masih seperti dulu. Selalu datang ofis lambat dan sering mengundang ketidakpuasan hati papa Nadia. Adnan beriya iya untuk mengahwini Nadia. Datuk Isnin (papa Nadia) meletakkan syarat kepada Adnan jika dia mahu mengahwini Nadia. Syaratnya, dalam tempoh masa 30 hari, Adnan kena berubah menjadi lelaki korporat. Pandai bertutur dalam Bahasa Inggeris, pandai memandu kereta dan pandai bermain golf. Adnan berusaha bersungguh sungguh untuk memenuhi permintaan Papa Nadia. 
Nak tahu kesudahannya? Saksikan la movie komedi hebat penuh gelak ketawa ini di pawagam berhampiran anda sekarang! Sure korang gelak satu panggung lah! :)
Photobucket

Comments

Azhafizah MN said…
best ye?ok..nanti boleh layan ^^
Cerita dia memang lawak habis lah. Tapi, Shag tak nak tgk kat wayang. Tunggu download je nanti :Pp
Cik Miela said…
really??. nak tgk la
# said…
macam best...sy pun belum tengok...hehe
# said…
maacam best !...saya punbelum tengok hehe

Popular Posts