✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Thursday, April 26, 2012

Last day in Kampung Morten


Salam.

Actually takde la last day sangat. Sebab anytime jek I boleh datang Kampung Morten neh. Bukan jauh pun I pindah. Dekat jek. But I still sedih jugak sebab banyak sebenarnya kenangan masa I tinggal dekat sini. Rumah Kampung Morten neh betul betul depan Sungai Melaka. Kalau River Cruise lalu tuh memang dah selalu nampak depan rumah. 

Tapi memandangkan ada masalah yang tertentu, dan inginkan keselesaan maksimum dengan harga sewa yang jauh lebih murah, I with all my housemate decided to move to Apartment Taman Rempah. It is more comfortable actually. Because it is more near to my work place.

Next time I post gambar rumah baru I oke. Now, I nak pergi pack barang barang untuk pindah esok. Tak sabar pulak nak duduk rumah baru. Yeay! ^__^"

Don't forget to VOTE ME!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Sunday, April 22, 2012

Un-followed

Salam.

Un-followed. Bagus lah. Dari dapat dosa mata dan dosa hati. Terima kasih atas teguran anda Encik/Puan/Cik Anonymous. Saya cuba perbaikinya dari semasa ke semasa. Saya pun tak pernah paksa sesiapa pun untuk follow blog saya. Keikhlasan itu yang paling penting. Dan alhamdulillah, saya masih punya harga diri dan pegangan agama. Thanks.
p/s : Dah banyak kali I cakap. Kalau tak suka baca blog I, jangan baca. Jangan follow. Jangan komen. Dan jangan kritik or kutuk yang bukan bukan. Aduihh. Kenapa lah still ada manusia yang macam ni. Suruh tunjuk diri tuh tak nak. Nak jadik anonymous. Dasar manusia pengecut! At least kalau korang tunjuk diri korang, senang lah I nak compare balik. Ingat. Kita semua ni tak perfect. Korang tak nak follow tuh, I tak kisah langsung. Macam jahat sangat la I ni kan. Isu bertudung dengan tak bertudung ni dah lama dah bangkit. Mama dengan ayah I pun tak cakap apa apa. Lagipun, I bekerja dalam hotel line. It is very normal. I kerja pun bukan untuk selama lamanya. I masih ada pegangan agama. Solat pun I tak pernah lupa. Life I pun masih macam biasa. Tapi kenapa ada yang blame I macam I ni buat perkara terkutuk sangat?? I tak bogel depan orang. I tak pergi clubbing. I tak minum air kencing setan. I tak berjudi. I tak jual maruah I. I masih ada harga diri. Ya Allah! Susah sangat ke korang nak faham?? ... T___T

Don't forget to VOTE ME!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Friday, April 20, 2012

Cover Header untuk fesbuk saya!


Salam.

#My artwork.

First time buat cover header untuk fesbuk I. 
Pernah design kan untuk fan page or fesbuk orang lain, tapi sendiri punya buat simple sudah.

:')

p/s : oppsss. Lupa pulak. Thanks atas kutukan dan kritikan untuk entry I yang lepas lepas. Untuk anonymous yang comment pun, thanks. I suka cara anda menyuarakan pendapat. Tapi kan lagi elok kalau anda beritahu siapa anda? Tak payah nak jadi anonymous sangat. Sebab I pun nak tengok jugak siapa anda. Ingat....

#sekadar peringatan. 

Don't forget to VOTE ME!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Thursday, April 19, 2012

Buffered earning ke 6 dan ke 7 untuk tahun 2012!


Salam.

Alhamdulillah. Bertambah lagi rezeki I. Boleh la buat tambah tambah untuk bayar road tax MCC nanti. Road tax tuh expired lambat lagi, bulan November. Tapi kita kena buat persediaan awal betul tak? HEHE!


Buffered yang masih aktif ada 4, dan yang lain dah jadik Metered. Alhamdulillah!
Doakan I ye kawan kawan! >.<"

Don't forget to VOTE ME!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Macam baru balik oversea - part 4


Salam.

Oke. Entry kali penuh gambar gambar masa kitorang in operation training. Dah lama gila tak pakai skirt, kali neh kitorang kena pakai skirt. Dah macam pengawas sekolah rendah pulak. Memang kelakar. Tapi mengembalikan nostalgia zaman kanak kanak. Kitorang kena pakai macam ni sebab memang uniform diorang macam tu. Macam mana la diorang boleh pakai uniform ni hari hari yek? Tak sanggup aii!

First photo! >.<"

Me and Baizura. Sila abaikan keadaan katil ketika itu! :P

Wawa, Me and Baizura. 

Macam budak budak baru nak masuk sekolah! :))

Ini uniform lengkap. Siap ada tai kontot lagi tu. :p

Oke, next entry pulak I akan story about last day in Vistana Hotel. Memang sangat memori la masa last day tuh. Siap boleh terjun dalam swimming pool and mandi walaupun pool attendant dah nak tutup pool sebab nak letak chlorine. 

..to be continued!
Dont forget to VOTE ME!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, April 17, 2012

Macam baru balik oversea - part 3


Salam.

Meh kita sambung cerita! Bila dah sampai KL, perkara first yang terlintas dalam kepala otak kompem la nak jumpa buah hati pengarang jantung. So, on the second day tu, I jumpa dengan si dia yang terchenta! First time dating dating sambil naik monorel dekat KL. Selama ni pun kalau pergi KL, just naik motor or kereta je. Kebetulan dia free. Dia datang hotel, park motor dia dekat hotel then kitorang pergi dating naik monorel! <3

Kebetulan stesen monorel just sebelah je dengan hotel yang kitorang stay. Stesen Titiwangsa. So kitorang jalan kaki naik monorel ke Stesen Bukit Bintang. Jalan jalan sampai Pavilion. First time dating dekat Pavilion dengan dia. Perut dah berbunyi bunyi. So kitorang terus pergi Carl's Jr. for our dinner. Layan gambar jom!

Fountain chantek!

In front of Carl's Jr. =)

Big fries!

Me and my meal!

My chenta hati! <3

Large burger!

Fries meatball!

((:

Lepas dah membaham burger besar gila dekat Carl's Jr. kitorang balik hotel amek motor and then wait my friends dekat Ampang Point. Sambil sambil tu jalan jalan cari panadol untuk kawan I yang tengah sakit kepala. Kitorang stop kejap depan restoran My Mom's Chicken Rice. Suddenly terjumpa dengan Linda Onn. Jumpa la jap. Pastu snap picture. =))

Kak Linda and me! >.<"

Penat la pulak story panjang panjang neh. Sok I continue story lagi oke. Next part, I tunjuk uniform yang kitorang pakai while our training operation. Gila gedik. Sebijik macam baju prefect. Geli. Tapi kena pakai. What to do kan? HAHA! chiao! =.="

to be continued...
Don't forget to VOTE ME!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Sunday, April 15, 2012

Lagi header design blog Budak Kidal!


Salam.

Actually baru last month I design kan blog Cik Hanan neh. Tapi atas sebab sebab yang tak dapat nak dielakkan, beliau terpaksa menukar design untuk bentuk dan header blog beliau. Kesian beliau. Blog beliau kena godam. HEHE. Sabo ye yunk! Kalau nak tengok design lama, klik sini oke! Kat bawah ni design baru blog beliau!


Beliau nak design yang simple, tapi ada combination warna red and purple. I design ala-ala 3D gitu. So, terhasil lah design ini! Hope beliau suka design blog beliau kali neh!

Anyone yang nak tempah design blog simple se-simple simple nya macam ni? Mudah saja. Just email me at nurul.purplechumel@gmail.com . Nak tengok hasil kerja I? Klik HIRE ME for observing! :)

Don't forget to VOTE ME!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Macam baru balik oversea - part 2


Salam.

So sorry u all because I take a long time to update. Bukan tak nak update, but I really takde masa. Blog pun banyak yang pending. Kesian diorang. Takpe, lepas ni I settle kan oke? Jangan marah tau. Oke, meh I sambung story pasal work trip I hari tu. Untuk yang tak tau trip apa, boleh baca sini dulu oke!

Oke. On Monday morning, kitorang gerak ke Vistana Kuala Lumpur around 9.30 morning. Kitorang take our breakfast at Ayer Keroh, and then kitorang teruskan perjalanan ke KL around 10 something. Alhamdulillah, kitorang dapat sampai di hotel tersebut sebelum 12 noon. Walaupun agak sesat sampai kena escort dengan police sebab masing masing blur tak tahu jalan, tapi kitorang semua sampai hotel tu dengan selamat.

Hotel Vistana Kuala Lumpur.

Entrance.

Guest room. Shared with Ainaa. 

After kitorang check in, kitorang terus masuk bilik and change our cloth. Around 2pm kitorang masuk meeting room. Sepanjang berada kat dalam meeting room tu kan, kitorang menguap nguap jek. Al-maklumlah, malam sebelum nya tu kitorang just dapat tidur pukul 4 pagi. Then pukul 8 something dah bangun and bersiap nak bertolak. Memang mengantuk gila la time tu. Tapi best. Pukul 5 petang, kitorang dah habis training untuk hari tu. 

Malam nya pulak, lepas rest and solat maghrib kitorang keluar hang out. Jalan jalan area Bukit Bintang, and took a picture together. I dah la photogenic. Pantang nampak kamera. Memang sakan la I posing. :))







 
Banyak lagi gambar sebenarnya. Tapi I malas nak upload. Kang kalau upload banyak banyak kang korang muntah pulak. Banyak lagi nak story neh. Tunggu part 3 pulak yek. 4hari 3malam. Kompem la banyak story. HEHE. oke. chiao! :))

Dont forget to VOTE ME!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Friday, April 13, 2012

Macam baru balik oversea! - part 1


Salam.

Hai kawan kawan! Ada sesiapa yang merindui I? HAHA! Kelakar. Ada ke orang nak rindu kau? Wahh. Macam dah lama gila tak taip entry. Mesti korang semua rindu entry I kan? Jangan la rindu sangat. I pergi training course jek kot. Entry kali neh I tak boleh nak story all things sekali gus. I buat part by part. So that korang boleh tengok gambar gambar yang I sempat amek tuh sampai muntah hijau. Korang tanak tengok pun I letak jugak. Nanti anak cucu I nak tengok kang zaman ke-ghairah-an muda mudi nenek moyang diorang neh. :P

Oke, I story starting from Sunday nite la yek. After I working afternoon shift malam tuh, I terus dapat key card pergi check in sendiri hotel tempat I kerja tuh. Our General Manager memang baik gila babeng. Dia nak we all semua feel apa yang guest kitorang feel. Dia suruh kitorang tidur one nite dekat hotel tu. Memang sangat seronok. FYI, now I'm working with YTL Hotels under YTL Corporations. And one of their properties is The Majestic Melaka, tempat I bekerja sekarang ni. Zoom in!

Bilik kami, I and Baizura. Connecting with my colleagues, Wawa and Ainaa. Cantik kan??

Bathroom. How cozy!

We alls tidur one nite there, then dalam pukul 9.30 pagi we all terus gerak ke Vistana Hotel Kuala Lumpur for our training courses. 4 hari 3 malam di sana, macam macam pengalaman manis yang kitorang rasa. Next entry la I cerita. Hari dah lewat neh. Esok I must wake up early in the morning, sebab nak kerja pagi lagi. 

Opps. Lupa pulak. I'm so sorry kepada semua customers yang dah buat payment, tapi blog tak siap siap. Sorry sangat. I nih kan part-time blogger. So anythings pun, kerja kena beres dulu kan? Promise. Tomorrow I akan siapkan blog blog yang pending, serta mana mana header yang tak siap lagi. Sorry sangat tau! :))

#to be continued..
Dont forget to VOTE ME!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Sunday, April 8, 2012

Away 4 hari. Jangan rindu tau!


Salam.

Huwaa! 4 hari tinggalkan blog. Macam 4 tahun tuh. Maybe fesbuk tuh I on la. Tapi blog maybe sangat susah. I away pergi KL for Hotel Information System training. Stay dekat Vistana Hotel Kuala Lumpur selama 4 hari 3 malam. Malam neh I stay dekat hotel tempat I kerja tu. Then esok pagi pagi lagi I dah kena gerak pergi KL. 


Selama ketiadaan I, korang jangan rindu pulak yek. 4 hari jek. Lepas tu I update banyak banyak. :P Korang, doakan I selamat pergi dan selamat pulang yek. Jangan rindu I tau! :))

Don't forget to VOTE ME!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Saturday, April 7, 2012

Main balas balas entry. Sweet jugak pakwe aku neh!


Salam.

Sweet jugak pakwe I neh. Semalam I post entry pasal kitorang bergaduh gaduh. Siap ada dialog lagik. I ingat beliau tak baca ke apa ke kan. Then pagi tadi, rupanya dia balas entry I tu dengan entry serangan balas yang sweet macam gula gula. I tak tahu la mana datang sweet nya. Tapi I rasa sweet sangat. 

I suka bila dia panggil I "sayang". Terasa sangat manja dan disayangi. And the best part is, dia minta maaf. I suka dia minta maaf walaupun bak kata dia, "bukan salah lelaki". HEHE! I don't care. Dengan dia, I memang macam tu. Saja je nak tengok dia sayang I ke tak. Ngee..

Oke, kat bawah ni I copy paste karangan cinta yang dia taip untuk I. Best pulak bila baca tiap tiap hari. Nakal tak I? :P

assalamualaikum semua..
 Macam entri nurul yang sebelum ni..memang sebenarnye kitorang bergaduh..biasa la, mana ade pasangan dekat dunia ni tak bergaduh..untung la sangat kalau tak ade yang bergaduh..kalau tak pernah bergaduh..saya rase ade yang tak kena dengan hubungan tu..haa..yang tu lagi la bahaya..hahahahah.. "Cemburu Buta"??? setiap orang dekat dunia ni mesti ade perasaan cemburu tu..cuma yang berbezanye..sikit dan banyak je perasaan tu..cemburu sikit pun bahaya, cemburu banyak pun bahaya..so, pandai-pandai fikir ye wahai readers sekalian..biasa la kalau cemburu tu, tandanye sayang..heheheheh..tak semestinye perempuan je yang tau cemburu..orang laki pun ade perasaan cemburu tu..cuma kadang-kadang tu, orang lelaki lebih suka sembunyikan perasaan cemburu tu..tu yang kadang-kadang bila masej or telefon mcm nk tak nak je..hahah..tapi bila dah tak dapat nak tahan..tu yang terus meletup..hahahahah.. saya pun lebih kurang macam tu jugak..kan nurul?? hahahah..tapi bila dah meletup tu..parah jugak la..tu yang sampai tak call 2-3 hari, mesej pun macam tu jugak..hihihi..merajuk la konon..hahah..tapi, lelaki ni tak sama perangainye dengan wanita..merajuk lelaki pun tak same dengan merajuk wanita..setahu saya, bila wanita merajuk ni..mau makan berhari-hari..kan nurul?? hihihi.. tapi bagi lelaki, sehari dua je dah kira lama..lepas dari tu, mula pikir pasal buah hati sendiri..tu yang lelaki mula minta maaf ( walaupun bukan salah lelaki )..hihihi..tak kesah la salah sape..orang lelaki lebih suka mengalah semata-mata nak selamatkan sesuatu hubungan tu ( pengalaman sendiri ni ) hihihihi.. so, dengan ini b nak minta maaf dekat sayang selama beberapa hari kita bergaduh ni..tapi dah ok kan?? jangan gaduh-gaduh lagi ye sayang..heheh..sayang awak sangat-sangat!! =D

I Love You two three four five b mucuk! >.<"

Dan yang paling tak boleh blah, ramai pulak yang "LIKE" entry dia. grrr... !

Dont forget to VOTE ME!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View ヅ

Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2016 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™