✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Logo KBBA Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Friday, September 28, 2012

Malacca Awesome Holiday! - Part 3

Salam.

Penat jugak buat entry part by part ni kan. Nak cite semua semua takut bosan pulak korang nak membaca. Chewah! Bajet kalau buat entry part by part ni ada orang nak baca la konon. HEHE! Oke dah. Meh sambung cite untuk hari kedua pulak. Sorry, entry kali ni banyak gambar. ;)

Day 2
Kitorang mulakan hari dengan bersarapan di homestay. Yang bagusnya dak Bobo ni, pagi pagi lagi dia dah pergi Duyong untuk beli nasi lemak yang best dekat sana. Memang agak jauh sikit, tapi oke la. Berbaloi. Mula mula dia ajak I pergi, tapi I malas nak bangun. HEHE. So dia pergi dengan member dia. 

Ni la homestay yang berjasa tu. Siap ada Astro Beyond, ada WiFi. Best!

Lepas dah breakfast, kitorang gerak ke Bandar Melaka dalam pukul 10 pagi macam tu. Pergi awal, dapat pergi banyak tempat. Nak parking pun tak susah sangat sebab masih awal. I dah faham sangat Melaka ni kalau weekends memang susah nak dapat parking oke. So Kitorang park dekat area Flor de La Mar (Kapal Besar) then kitorang jalan jalan area situ la. 

Teknik penyamaran yang sangat berkesan : Berlindung di sebalik Bobo!

Tiket untuk 9 orang. :)

Favorite photo of the day! Lagi satu teknik penyamaran berkesan! :P

Lama jugak la kitorang bersantai dalam perut kapal tu. Lepas tu kitorang gerak ke Menara Taming Sari. Tapi masa dalam menara tu, spoil mood betul. Ada anak cina ni menangis tak henti henti dari mula mula naik, sampai la dah turun. Tension gila tak dapat fokus apa orang tu cakap. Dengar budak tu menangis jela. 

Lepas tu kitorang pergi naik beca ke Stadhuys (Bangunan Merah) dan ke area Porta de Santiago. Time ni semua dah penat campur lapar. 

Tak sempat nak gunakan teknik penyamaran.

Gugurlz!

Love is in the air!! ~~ :)



Cun!

Lepas dah bersiar siar area ni, masing masing muka dah penat. Dah la panas terik. Semua dah lapar. So I bawak diorang kat warung tepi sungai yang I selalu makan tu. Masing masing dah kebuluran. HEHE!


Makan!

Jangan terkejut, lepas lunch dekat warung tepi sungai, kitorang pergi Klebang pulak untuk minum Klebang Coconut Shake. HEHE! Fresh! Tapi macam biasa la, tempat ni memang tak pernah tak ramai orang. 

Bila masing masing dah penat, kitorang pun balik ke homestay. Lepak betul diorang semua. Malam nya baru kitorang sambung jalan ke Jonker Walk. Esok la I sambung cite. Dah panjang sangat entry ni. HEHE!

..to be continued!
Click HERE to earn extra money!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Thursday, September 27, 2012

Malacca Awesome Holiday! - Part 2

Salam.

Oke, mari sambung cerita. Dekat river cruise tu tak banyak pun gambar yang sempat di-snap sebab masing masing dah terpegun dengan keindahan Melaka di waktu malam. HAHA! Indah la sangat. Tapi kalau nak syok naik river cruise memang waktu malam pun, sebab banyak gila lampu lampu disepanjang Sungai Melaka ni. Tak rugi la bayar RM10 untuk 45 minit perjalanan pergi dan balik tu.

Lepas dah menjamu mata melihat pemandangan, kitorang pergi Kampung Morten pulak untuk menjamu mata lagi sekali. Kan Kampung Morten tu memang cun kalau jalan waktu malam. So I bawak diorang pergi sini. Macam macam gambar dapat snap, tapi tak boleh la nak upload semua dekat sini. Jenuh la. HEHE! Sorry yek, memang banyak gambar I jek daripada gambar yang lain. Kui3!! 

Candid! Tak tau pun ada orang snap gambar ni. Tapi cun jugak! :)

Ni pun candid jugak! 

Lepas dah jalan jalan dekat Kampung Morten, kitorang pergi melalak dekat Karaoke yang selalu I dengan budak budak D'J Group pergi. Yang dekat Malim tuh. Layan jelah. Masa kitorang sampai sana, bilik semua full. Tapi memandangkan kitorang ramai, I dengan Bobo decided untuk amek VIP Room jela. Luas gila bilik tu. Masa birthday I yang lepas pun kitorang tak amek bilik tu. Kitorang just amek bilik Large jek. Tapi bilik VIP ni memang puas hati. Besar gila. Ada wireless mic, sound dia memang superb la kan. Menyanyi pun best. Guna projector. Siap ada video game lagi dalam bilik tu. I rasa 20 orang pun muat kot dalam bilik tu. 

Lepas dah melalak selama sejam, kitorang pun balik homestay. Penat jugak walaupun jalan tak sampai setengah hari. Oke, sok I cite pulak pasal hari kedua. Best tapi penat sikit la. ;)

..to be continued!
Click HERE to earn extra money!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Wednesday, September 26, 2012

Malacca Awesome Holiday! - Part 1

Salam.

Haha! Post title tak boleh belah. Stay dekat Melaka, tapi nak holiday dekat Melaka jugak! Kan I dah kata, banyak benda yang I nak story, tapi tak tau nak start dari mana. Almaklumlah, mood blogging dah ke laut. Bukan tak mau update, tapi takde idea nak update. Ni I update pun sebab kesian blog ni macam dah terbengkalai. But I still wanna thanks to my loyal visitor sebab tak jemu jemu singgah blog I yang comot neh. :)
 
Last Friday sampai Sunday, I start jadik tour guide untuk kawan kawan dak Bobo. They all datang dari Shah Alam. Actually holiday ni dah dirancang 3 bulan lepas dah. Tapi tak sure jadi ke tak. Kan diorang dah semester akhir tahun ni. So, rasanya inilah waktu yang paling sesuai untuk ber-gathering dan berholiday bersama. Melaka dipilih sebab tak berapa jauh dan banyak tempat cun yang boleh dilawat. Bobo paling semangat sebab dia selaku organizer untuk program ni. Puas la dok memikir mana tempat yang kitorang nak bawak diorang ni. Banyak benda jugak la nak settle. Homestay, tentative program, tempat tempat makan, tempat berjimba. Tapi alhamdulillah, semuanya dah selesai dan berakhir dengan sempurna. 
 
Day 1
Diorang sampai Melaka dalam pukul 2 lebih kot. I balik kerja pukul 3. So lepas balik kerja, I terus pergi ke Homestay yang dak Bobo dah arranged untuk trip kali ni. Bertempat di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh. Thanks Honey Villa Homestay! Homestay yang sangat awesome! 
Tempat pertama yang kitorang pergi ialah Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai. Kitorang dinner dekat sini. Muka masing masing penat dan lapar. So, I bawak diorang ke sini.
 
Posing dulu sebelum makan.

Boboy!

Favorite photo of the day! 

Lepas makan, kitorang gerak pergi ke River Cruise. Adoiyai. Sebelah rumah kot river cruise ni. Layan jela. Yang tak boleh blah, dak Bobo pun tak pernah naik River Cruise rupanya. Oke, mari I ajar naik river cruise. HEHE! 
 
..to be continued!
Click HERE to earn extra money!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Pekerja Sambilan Dirumah Diperlukan!!

Salam.

Hello,

Anda di jemput untuk melayari laman web berikut:
http://partner.jobdirumah.com/jdr.php?uid=nurulchumel_1_eaid_2
====================================
Pekerja Sambilan Dirumah Diperlukan.

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas

Lain-lain
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
- Boleh mengikut arahan
- Sanggup bekerja keras
- Berfikiran positif
- Bermotivasi tinggi
- Berdisiplin diri

Maklumat lanjut sila ke website di bawah:
==> http://partner.jobdirumah.com/jdr.php?uid=nurulchumel_1_eaid_2

====================================
Mengenai Jobdirumah.com:
jobdirumah.com merupakan penyedia khidmat latihan asas dan sumber pekerjaan alternatif pada yang berminat. Perkhidmatan yang disediakan adalah panduan dalam bentuk penerangan bertulis dan video tutorial tentang bagaimana, cara apa, dan di mana hendak mencari kerja di rumah dari sumber - sumber yang betul.

Untuk kemudahan ahli, Jobdirumah.com akan menolong mencari kekosongan baru dan dihantar terus ke email setiap pagi secara percuma. Jika ada kerja yang ahli fikirkan sesuai dgn kemahiran, ahli boleh buat permohonan kepada majikan.
====================================

http://partner.jobdirumah.com/jdr.php?uid=nurulchumel_1_eaid_2

Click HERE to earn extra money!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Thursday, September 20, 2012

Accidentally Holiday

Salam.

Mak aih! Lamanya budak Nurul ni tak update blog?? Ada sesiapa yang rindu? Haktuih! Mesti la takde kan? kan? kan? Oke la. Sebenarnya mood meng-update selalu terbang ke laut. Tak tahu la kenapa. Malas nau nak meng-update. Padahal hari hari I online tau. :'P

Oke. Nak story neh. Since this month I dapat offday hari Ahad, so macam macam tempat la I pergi. First Sunday kan I pergi Engagement Day Intanurulfateha. Second week pergi Muar dan bermandi manda dekat Sagil. Then last week, kira Third Sunday la kan I pergi jalan jalan ke Shah Alam dan KL. Bukan tak pernah pergi. Tapi saja jek nak jalan jalan release tension. Trip ni pun tak dirancang sebenarnya. Jadi secara kebetulan. Actually I just nak pergi dengan Cida jek. But suddenly Maybell nak ikut. So good news! Dalam hati I, "Wah, aku dah ada driver!" KahKahKah! Jahat kan?

Kitorang gerak ke Shah Alam dalam pukul 8 malam hari Sabtu tu. Kebetulan pulak kan I kerja morning shift. Wah, memang sempat la I nak packing, nak mengemas dulu sementara tunggu Cida balik kerja pukul 7 malam. I sempat la pergi service kereta dulu petang tu. 

Dalam pukul 7.45 malam macam tu, Cida balik kerja. Kitorang gerak pergi pick up Maybell dan terus kan perjalanan ke Shah Alam. Kitorang sampai kat Shah Alam dan check in hotel dalam pukul 10 malam. Sebenarnya yang check in tu I dengan Cida jek. Maybell tidur dekat rumah sewa Bobo. Tapi Maybell teman kitorang check in dulu sementara tunggu si Bobo sampai. Kitorang stay dekat budget hotel jek. Tapi budget budget pun, agak agak la kan. Toilet problem, siap tempat flushing problem, air slow..wahh! Tension betul!

Checking! Terkezut Mael Lambong!

Bilik dia so-so je la. Katil queen-sized. Provide pillow 2 jek. Pastu selimut bukan main kecik. Kena main tarik tarik nak cover diri dari kesejukan air cond. Nasib baik la LCD flat screen TV. ;)

Lepas dah kritik kritik hotel tu, kitorang pun keluar. Kelaparan punya pasal. Kitorang tunggu Bobo sebab si Bobo nak ajak pergi Puchong. Makan "Burger Bakar". Dia kata best. Meh try!

Burger Bakar KawKaw Lokas Makana.

Burger tu memang sedap. Tapi besar sangat. Memang kenyang gila dan tak elok untuk kami yang sedang ber-diet ni. Tapi bedal jugak la. Sebab mengidam dan once in the blue moon jek dapat jejak kaki ke sana. Kan kitorang paling busy kat Melaka ni. Kah3!! 

Lepas melantak, kitorang balik hotel dan membongkang. Esok pagi nya, kitorang check out awal tuh. Pukul 9.30 pagi dah check out. Nak tahu sebab apa? Ngee.. Mesti la sebab Meatball Ikea. Kang kalau pergi lambat kang traffic jammed pulak. Kitorang sampai sana dalam pukul 11 pagi pun dah ramai gila beratur nak makan. Nak carik tempat duduk memang sangat mencabar. 

Sabar menunggu. Mencabar kan? Ngeri tak??



Finally, dapat makanan setelah beratur selama 1 jam. 

Lepas puas mencekik, kitorang jalan jalan dekat dalam Ikea tu. Memang ramai gila manusia dalam tu. Sebenarnya I pun nak membeli sesuatu kat dalam tu. Tapi memandangkan dah ramai sangat manusia kat dalam tu, so I batalkan jela hasrat tu. Huwaaaa!!




Best nya berangan dalam banjiran manusia yang ramai! :)

Kitorang parking kereta dekat dalam The Curve sebenarnya. So kena la pergi balik ke The Curve untuk meneruskan perjalanan. :)


Kitorang keluar dari dua tempat yang menyesakkan tu menuju ke tempat yang lebih sesak iaitu Starhill. Saja jek nak melawat sisters properties YTL Hotels dekat sana. FYI kan, Starhills Gallery, JW Marriot, Ritz-Carlton tu semua under YTL Groups. Even broadband 4G Yes pun under YTL. So, kitorang datang la melawat. Tak boleh blah, sekali masuk parking RM7 oke. Mahal ya amat!





Kitorang dapat bertemu janji sekejap dengan kakak kesayangan I, Kak Maslina. Kitorang jalan jalan kejap, lepak lepak, ngumpat ngumpat, amek gambar posing sane sini, pastu berpisah. HUHU! Sedih. Kejap je dapat jumpa Kak Mas sebab waktu tak mengizinkan. Kan nak menghantar si bobo ke Shah Alam lagi. Nak balik ke Melaka dah pukul berapa pulak. 

But anyway, trip kali ni memang happening! Tapi kalau Baizura ada lagi best! Unplanned trip. Kitorang sampai di Melaka pukul 10.40 malam. Balik tu memang masing masing sangat lepak. Penat sangat macam I pulak yang drive. Padahal dalam kereta dah tidur tuh. Kalau ada kesempatan lagi, boleh berjimba macam ni lagi. Untuk kenangan waktu remaja. Auww! Remaja jek ai? HAHA.. Will keep this memories forever.

Friendship Never Ends. ;)

Click HERE to earn extra money!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, September 11, 2012

Rindu blog!

Salam.

Dah lama kan I tak update blog? Punya la busy kononnya, sampai update blog pun guna henpon neh.

Never mind. Sok dah free, I update lagi oke? Jangan rindu tau?!!


Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Friday, September 7, 2012

Selamat Bertunang, Intanurulfateha!

Salam.

Woi, lambat betul nak update. Tapi rasa nya belum terlambat lagi untuk wish "Selamat Bertunang" untuk kawan blogger yang baru bertunang 5 hari yang lepas. Semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan mudah mudahan akan berterusan hingga ke akhir hayat. 

Congrates darling! Cantek sangat!

Mesti kena amek berkat jugak! (^_~")

Hantaran Irfan to Intan. 

Hantaran Intan to Irfan.

Candy Buffet yang sangat yummy!

I datang dengan Cida. Majlis start dalam pukul 2.30 petang. Lepas amek gambar, makan, amek goody bag, pastu salam salam, and balik. Meriah majlis tu. Insyaallah majlis I juga akan meriah. Tapi untuk majlis tunang, I buat simple simple je kot. Wedding maybe lagi meriah. Chewaaah! Berangan! :')

Click HERE to earn extra money!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View ヅ

Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2017 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™