✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Logo KBBA Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Monday, December 9, 2013

GLNV Part 3 - Starting of working

Salam.

Sekejap betul masa berlalu. Dalam sedar tak sedar, dah seminggu I berada di negara orang. Rindu pada keluarga, kawan kawan, dan yang tercinta semakin lama semakin kuat. Tapi I datang sini pun bukan untuk bersuka ria. Dah nama nya kerja, so I rasa tak elok la nak sedih sedih. Padahal bukannya lama sangat pun kan? Empat bulan aje. 

Oke, mari kita sambung cerita. Oke, hari kedua I di Green Leaf memang sangat mencabar. Mana tidak nya, dengan bahasa pertuturan yang susah nak difahami, dengan cara kerja yang berbeza dari biasa, dengan kena pakai heels and uniform segala. Ohh, memang sangat weird. Ye la, kan selalu dekat Majestic I just wearing the kebaya and selipar je. So memang agak tak selesa sikit la at first. Tapi maybe nanti dah lama lama oke la kot. 

First day bekerja, I dan Edwina di bawa oleh Ms Aya meronda kawasan hotel. Ofkos la kena tau sebab nanti kan senang nak explain dengan guest. Hotel ni memang cantik. Dan hanya beroperasi ketika Winter Season only. Meh I share gambar sikit ye.

Ni contoh bilik conner suite. Cun kan?

Front Desk.

Tomioka White bar.

Sakura Lobby Shop

Front Desk lagi.

Di dalam kaunter.

Car Park.

Living hall for conner suite.

Base Camp untuk rental snow board or gear dengan lift ticketing counter.

So far, kerja dekat sini I rasa happy sebab korang tau je la orang Jepun kerja macam mana. Kerja diorang memang gila gila. Tapi diorang ni kaya beb! Nanti I continue story sepanjang I dekat sini oke. 

Kalau nak baca pasal story yang sebelum nya, korang boleh klik link bawah ni oke!



Share the advertisement, and you will get paid. Click now for money! Yeeha!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Friday, December 6, 2013

GLNV Part 2 - First Night In The Green Leaf Niseko Village

Salam.

Oke. Ini sambungan dari entri sebelum ini. 
Nak baca entri sebelum? Klik SINI ye!

Bila dah sampai hotel, kitorang cam surprise sangat sebab suasana dah gelap gelita macam dah pukul 8 malam. Padahal waktu pada masa tu baru menunjukkan pukul 4.35 petang. Terus grab our luggages from the bus, tarik bawak masuk hotel. Sejuk gila hokey time tu. Kena berjalan kaki sikit sebab bus tak berhenti betul betul depan hotel. So, dengan bag yang besar tu, kitorang redah je. Masuk hotel, terus jumpa orang orang yang berkenaan. Yang kitorang kenal cuma nama Ms. Aya (Front Office Manager) dengan Mr. Panch (Resort Manager). Yang lain lain baru berkenalan hari tu jugak. 

Lepas dah settle semua, kitorang terus dapat kunci bilik, terus masuk bilik. Setting apa yang patut, dan perut pun mula lapar. Badan memang super letih. Sangat letih. Tambah meletihkan, esok nya dah terus kena start kerja. Ber-double double la letihnya. 





Lepas dinner, terus mandi dan tidur dengan tak sedar dirinya. Fuhh, penat bukan main. After this I will continue the story about this Niseko area. Sebab so far setakat ni I takde pegi jalan jalan lagi dekat area ni. Tunggu offday nanti kot. Oke uolls! Stay tuned! Daaa... ~

Share the advertisement, and you will get paid. Click now for money! Yeeha!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Wednesday, December 4, 2013

GLNV Part 1 - Journey to Japan

Salam.

Hai korang! Semangat tau nak taip entry. Hari hari semangat, tapi bila dah on laptop, semua benda yang I dah create dalam kepala otak semua totally lost! Seriously I memang dah jadi super pemalas nowadays. Kan past few days banyak benda nak settle kan. Tu yang nak tengok blog pun cam dah malas jek tu. 

Tapi apa pun, blog ni jugak maha penyimpan segala rahsia, segala cerita. So I takkan lepas kan peluang kali ni untuk I share the stories about what have I done here. For your information, now I ada dekat Hokkaido, Japan. I ada dekat sini for four months. Eh, tak silap I kan dah pernah story kan? Haaa.. sapa yang lupa tu, meh check kat SINI

Haha, lupa lak. Since I ada kat sini kan, uolls tau tak yang I sangat surprise sebab suddenly my blog dah bertukar ke http://nurulchumel.blogspot.jp/ . Kahkahkah! Siap dengan url blog auto-changed. Perghh, I ingat blog sape lah sesat ni. Rupanya blog I sendiri rupanya. Ciskek betul! HAHA!


Oke, thats it. Jom back to the main story. Actually I was arrived here on the 2nd December 2013 which is yesterday. But, semalam memang dah totally jet lag, so I was decided to wrote all this tonight. According to the title above, entry ni will keep continuous until I balik Malaysia nanti. So, I akan story macam macam pasal Japan ni selama 4 bulan I berada di sini. 

I datang sini bukanlah purposely untuk bergembira hokey. I datang untuk bekerja dan ambil experience baru bekerja di tempat orang. Alhamdulillah, Mr. Ben Quah (my dearest Resort Manager in The Majestic Malacca) was gave me this opportunities to come and experience all this thing. Mungkin rezeki I untuk timba ilmu lebih sikit supaya boleh share dengan kawan kawan bila I balik Malaysia nanti. 

Oke. Perjalanan ke The Green Leaf Niseko Village ni mengambil masa lebih kurang 18 jam travel time to exactly reach the hotel. Bermula dari Kuala Lumpur International Airport, my flight pukul 10:50pm waktu Malaysia. Thanks kepada family, saudara mara, kawan kawan dan yang tercinta sebab sanggup hantar I sampai airport dan tunggu sampai I depart. 






And.. I was met Edwina, my colleague from YTL Travel Centre for the very first time. Sorry, gambar kat airport tak sempat nak amek, sebab masing masing dah buat drama airmata dengan family masing masing. Kihkihkih! 

We are travelling together. We checked in and did the immigration check also together. Even tak pernah jumpa, tapi buat buat aje macam dah kenal lama. Flight yang company arranged untuk kitorang adalah Japan Airlines yang memang super kecik, super limited space, super tak selesa untuk perjalanan kami yang begitu panjang tu. Nasib baik kitorang fly malam. Walaupun tak dapat nak tidur sangat, tapi terpaksa la tido jugak sebab kat luar gelap dan semua orang tido. Sampai kat Tokyo-Narita Airport dah pukul 06:20 am. Checking by the Japan Immigration, and we got our ID!


Perkara first yang kitorang decided nak carik bila sampai airport ialah Prepaid SIM card. But unfortunately, Japan tak jual simkad hokey. Semua store yang kitorang singgah, semua kitorang tanya. But jawapan diorang still the same. Tak hado! Woi, time tu memang dah depressed habis la perasaan kitorang. Dah la penat, pastu nak carik simkad plak tak jual. Bila dah hampa tu, baru sedar yang I tak change currency lagi. For your info, siapa yang nak datang Japan ni, better korang change your currency dekat Malaysia siap siap. Sebab Ringgit Malaysia tak berapa familiar sangat dekat sana and diorang amek duit kita murah gila. So, I sangat menyesal sebab tak tukar awal awal hokey! Haa, lagi satu, ATM diorang pun memang haprak cam hampagas. I punya Debit Card siap tak boleh guna. Both Maybankcard VISA or CIMB MasterCard pun tak boleh. So terpaksa tukar dengan duit cash yang ada tu jela.


After that, kitorang terus check in for the next flight to Sapporo Chitose Airport. Then waiting for 10:00 am flight. Kali ni perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Sapporo. Flight kali ni kecil sikit berbanding flight yang first tadi. Japan Airline jugak, but maybe sebab Domestic Flight, so kecil sikit la. 


Sampai sana, kitorang memang lapar. So sementara tunggu coach yang bring us to the Niseko Village, kitorang pergi convenience store to bought some foods and drink for our lunch. Lapar gila kot. Sebab last kitorang makan masa dalam flight yang first tadi. Itu pun pukul 4 pagi. Sampai Sapporo dah pukul 12:30 pm. Ofkos la lapar. Ya, itu je yang I makan. Alas perut sebelum sampai ke resort.

Our coach sampai tepat pukul 1:50 pm. Untuk sampai ke Niseko Village, ia mengambil masa lebih kurang 2-3jam perjalanan. Sempat la snap gambar sikit untuk kenangan. Chewah! 






Bila sampai resort, jam baru pukul 4 petang. But, the scenery was just like 8 malam! Memang sangat surprised! Nanti I continued cerita pasal resort and my first night in Niseko Village pulak ye. So, tunggu jela next entry oke! Stay tuned! :')

Share the advertisement, and you will get paid. Click now for money! Yeeha!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Friday, October 25, 2013

Bercerita tentang diri sendiri | Away dan.. kahwin?

Salam.

Hai hai hai korang! Lama kan I tak update blog nih? Dah bersawang sawang dah mak jemah oii! But, I still have to thanks for all my loyal visitor, viewers, sebab masih ada yang still datang menjengah blog usang nan malap ni. Alahmakk, tacing plak! 

Oke, actually the latest previous entries is all about the business. Maklumlah, memang nak kena kerja lebih, carik duit lebih sebab ada macam macam benda nak buat. Dah nak akhir tahun ni, lagi sebulan lebih je I dah nak away selama 4 bulan ke Japan. Huuuu.. Mesti korang tak percaya kan I nak fly ke Japan? Hurm, actually bukan korang je yang tak percaya, but I pun still tak berapa nak percaya yang I terpilih jadik wakil hotel I untuk transfer ke Japan selama 4 bulan. I akan ke The Green Leaf Hotel, Niseko Village, Hokkaido, Japan




*Gambar hasil ehsan pakcik Google. Maceh!

Haa.. macam tu la rupanya serba sedikit clue or bayangan kawasan di sana. Kenapa I tunjuk masa winter saje? Huih, sebab I kena transfer ke sana selama 4 bulan on winter season. Alhamdulillah, rezeki. Rezeki Allah kan ada di mana mana.

Japan Visa

Done!

Gambar ni I upload kat IG 4 months ago. :P

Passport, Visa semua dah settle. Tinggal preparation barang barang dan preparation mental and physical je yang belum timbul timbul. Korang tau tak, masa I buat passport tu sebenarnya 4 bulan yang lepas. Actually I tak sangka yang I betul betul dapat pergi. Siapa tak nak kan, dapat kerja dekat oversea? Tak dapat study kat oversea, kerja kat oversea 4 bulan pun jadik lerr.

My flight to Japan will be on 1st December 2013, dan akan balik sini on 31st March 2014. Lepas balik dari sana..... ehem! I nak nikah! Wheee.. Perghh, tak hagak hagak kan?? Yela, dengan tak bertunang tak hape, terus nak nikah? Omaigoddd! Tapi bab nikah, kahwin, jodoh apa semua ni I tak nak lah story kat sini. Sebab I dah ada ruangan khas untuk story segala preparation I as a Bride-To-Be (B2B) ni. Siapa yang nak kepochi, boleh la datang singgah blog I yang lagi satu tu yek! Blog yang simple, tapi penuh bermakna! Klik nih! http://nurulchumel.wordpress.com/

But anyhow, please pray for me ya! Doakan keselamatan I, perjalanan pergi dan balik I, kelancaran majlis I dan semua lah! Doakan yang baik baik je. Yang penting, doa korang. Yang nak kad kahwin I tu, boleh la start hantar address korang dekat email ke, whatsapp ke, yang ada facebook tu, PM la yek! Kad mungkin siap lepas I balik dari Japan, tapi korang boleh je hantar address korang awal awal. Takut terlupa lak kan? Nak dengan tak nak je kan? Hiks! challow!

Share the advertisement, and you will get paid. Click now for money! Yeeha!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Sunday, July 14, 2013

El Marino Blanc | Revolusi kecantikan berasaskan Minuman Kolagen

Salam.
 
El Marino Blanc by Elken
Hai semua! Lama kan I tak update? Tak habis habis alasan busy lettew kan? Kahkahkah! Dah tau, takpe. :) Oke, hari ni I nak story mori sikit pasal lagi satu produk hebat Elken yang juga menjadi febret produk I. Kenapa boleh jadi febret produk pulak? Ofkos sebab rasanya yang SUPER YUMMY dan khasiat disebalik pengambilan produk yang SUPER EFFECTIVE ni!
Apa itu EL MARINO BLANC?

El Marino Blanc ialah suplemen kulit dalaman canggih (nutrikosmetik) menawarkan fungsi sedemikian - selain menambah semula kolagen dan elastin yang hilang dalam kulit, ia turut menyekat aktiviti enzim yang meguraikan struktur kolagen dan elastin dalam kulit, di samping meningkatkan sintesis kolagen dan elastin daripada degradasinya.
5 Aksi Sasaran
Setiap satu daripada 5 aksi terbuktinya menyasar secara khusus pada sumber masalah kulit dari dalam.
1) Melindungi sel kulit daripada sinaran UV
El Marino Blanc melengkapkan sel dengan pelindung UV dengan mengurangkan keradangan kulit aruhan-UVB sebanyak 35%, lantas melindungi sel kulit daripada sinaran yang merosakkan.
2) Menghalang tirosinase daripada menghasilkan melanin yang menggelapkan kulit
Tirosinase memangkinkan penghasilan melanin daripada tirosin melalui pengoksidaan, seperti senario penggelapan kentang yang dikupas atau dihiris yang terdedah kepada udara. El Marino Blanc menyekat aktiviti tirosinase dan melawan spesis oksigen reaktif (ROS) yang menyebabkan pembentukan melanin kulit. Keadaan ini membantu untuk menyahpigmen dan menggalakkan kulit lebih cerah dari dalam.
3) Merencatkan aktiviti yang menguraikan kolagen & elastin kulit
El Marino Blanc merupakan penyekat kuat enzim yang menguraikan struktur kolagen dan elastin kulit, lantas menghasilkan kulit yang lebih gebu, elastik dan muda.
4) Mempercepat penghasilan kolagen & elastin yang baru
Dengan menggiatkan semula sintesis kolagen di samping meneutralkan radikal bebas dalam sel kulit, El Marino Blanc berfungsi untuk memperbaik hidrasi dan kelicinan kulit sementara mencerahkan kulit dan tompok gelap.
5) Menggantikan kehilangan kolagen & elastin
El Marino Blanc meningkatkan penghasilan serat kolagen dan elastin yang baharu dalam kulit, lantas mengembalikan ketegangan dan keanjalan dermis kulit sementara menghasilkan kesan pelembap yang unggul.

Kolagen & Elastin merupakan bahan utama di lapisan dermis yang memberikan kesan tegang, padat & lembap kepada kulit. Sebanyak 70% daripada tisu kulit terbentuk daripada kolagen.

Keputusan Terbukti!
100% mengalami pengurangan garisan halus dan kedutan
85% mengalami pembaikan dalam kelicinan kulit
78% mengalami peningkatan kepada kelembapan kulit
69% melihat tompok gelap dan warna kulit menjadi semakin cerah

Cara Pengambilan El Marino Blanc

Minggu pertama: 
Campurkan 2 sachets El Marino dalam 75ml air (suhu biasa), 
minum awal pagi sebelum sarapan pagi & 2 sachets sebelum tidur.

Minggu kedua: 
1 sachet awal pagi sebelum sarapan pagi &1 sachet sebelum tidur.









Don't worry tau korang! Produk ini 100% HALAL dan telah disahkan oleh JAKIM. So, jangan ragu ragu tau. Korang pasti akan mengagumi hasilnya. 


Jom kita lihat testimonial dari pengguna setia El Marino Blanc. I dah kata, korang takkan menyesal sebab produk ini very worth it dan terbukti berkesan!















Still tak percaya?? Oke, mari I tunjuk perbezaan pada wajah I pulak ye. Siapa yang tak percaya jugak, memang kena jumpa face to face dengan I la jawapan nya. Hihi. :P

You will see all the differences with El Marino Blanc! 

Ask me now for more info!
Email : nurul.purplechumel@gmail.com
Whatsapp / Viber / WeChat / Text SMS / Call : +6014-665 0818
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View ヅ


Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2017 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™