Bahagia

Salam.

Susah betul I nak update blog ni sekarang. Mood dah menyimpang ke laut. Idea tak datang langsung. Design design blog pun lambat nak siap. Apa nak jadi lah dengan Nurul ni sekarang kan? Takpe, mungkin I sedang dalam proses memperbaiki diri yang mungkin dah jatuh rebah suatu ketika dulu. 

Dulu, kononnya I la insan paling bahagia. Kan dah ramai orang kata, bila kita terlampau suka, akhirnya kita akan didatangi derita. Begitu lah yang terjadi terhadap diri I. Mungkin selama ni I terlalu leka, alpa, lalai dan selalu lupa. Sebab tu Allah datang kan musibah supaya I kembali renung diri I dan ingat balik pada pencipta diri I, Allah. Dugaan dalam hidup tetap ada. Cuma terpulang pada diri kita untuk berhadapan dengannya. 

Bahagia? Mungkin datang hanya sejenak. Tapi untuk kekalkan kebahagiaan itu mungkin ada jalannya yang I sendiri belum temui. Kan hidup ini ibarat roda. Kadang kadang kita bahagia, dan kadangkala derita pula datang menjengah. 


Sangat suka quote ini..

"Happiness is a perfume. You cannot pour on others without getting a few drop on yourself.." 
- Ralph Waldo Emerson

Kalau diri kita sendiri belum bahagia, macam mana kita nak bahagia kan orang lain? Sanggup tengok orang lain bahagia, sedangkan hati kita sendiri sengsara? Itu bermakna, itu adalah suatu pengorbanan yang sungguh tidak berbaloi. Mungkin luaran, orang boleh cakap kita sedang bahagia. Tapi cuba tanya diri kita, adakah sebuah kebahagiaan di situ?.. Wallahua'alam.

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Photobucket

Comments

dont give up..bangkit semula jadi insan yang baru n tambah kuat.. =)

Popular Posts