Sahabat yang aku sayang. Sayang sangat. Aku ada mereka. Walaupun kadang kadang aku rasa aku bersendirian. Aku masih ada mereka. Sahabat gembira dan airmata. Mereka yang banyak bagi aku semangat, bagi aku harapan dan bagi aku sokongan untuk terus kuat. Kadang kadang memang ada tingkah laku aku yang tak kena di mata mereka. Tapi aku tau, mereka buat macam tu sebab tak nak hidup aku semakin merana dan semakin kecewa. Mereka tak nak aku hanyut dan khayal dengan dunia aku sendiri.
Adakalanya, aku bersendirian membawa diri. Entah ke mana aku pergi pun aku tak tahu. Aku berjalan tanpa arah. Pada zahirnya aku nampak kuat. Pada luarannya aku tampak begitu tabah. Tapi hakikatnya dalam hati aku merana. Aku menderita. Aku rasa kosong. Aku rasa bingung. Aku lemah!
Dan hari ini, aku meratap lagi. Aku menangis semahunya. Aku lepaskan segalanya seperti selalu. Selagi hati ini kosong tidak berpenghuni. Selagi aku masih keseorangan. Selagi aku masih memendam. Aku pasrah dengan ketentuan. Aku redha dengan takdir hidup aku. Aku berserah hanya padaMu Ya Allah!
"Allah TIDAK MEMBERI apa yang kita HARAPKAN tapi DIA beri apa yang kita PERLUKAN... Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka... Tapi jauh di atas segalanya, DIA sedang MENGATURKAN yang TERBAIK dalam kehidupan kita... Jalan yang dipilih Allah itu akan indah pada masanya.." ♥

