✿ Paid-up Advertisement ヅ

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Logo KBBA Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Tuesday, February 24, 2015

Floral Mask Dian'z Official Stockist

Salam.
 
Floral Mask
 
Hoyeh! Hoyeh! Hari ni I gembira! Kenapa I gembira? Mesti la sebab I dah officially jadi stokis untuk produk Dian'z. Seriously I memang tak sangka yang I akan join untuk jadik seller produk ni sebab I kan dah jadik distributor untuk produk Elken. Lagipun, pengasas Dian'z ni pernah jadi customer I kot dulu. Once upon a time. Masa I tengah aktif buat design blog. Sekarang I dah malas. Busy women. Kihkih.
 
Alhamdulillah setakat ni produk Elken pun still ada permintaan, but tak banyak macam dulu sebab I dah kena warning dengan diorang untuk tidak mempromosikan apa apa jua barang Elken dekat any social media. Which is I sendiri pun tak faham kenapa I tak boleh promote produk diorang sedangkan ini salah satu cara untuk kita buat marketing kan? I pun tak faham la sampai nak kena bagi I first, second, third reminder untuk remove everything about Elken kat social media. Pelik I. So nak tak nak, I dah removed yang dekat Fesbuk, but dekat blog ni just info pasal produk tu je la. I tak promote apa dah. Whoever need that produk. can directly contact me as usual. Because I am still one of their agent.

Dah la, stress I story pasal Elken ni. Now mari kita story pasal first product from Dian'z ni. Floral Mask. Sebut pasal Floral Mask, I yakin yang ramai yang dah tau pasal kehebatan produk ni. Apa tak hebat nya, first purple mask in Malaysia tau! Bau dia memang wangi. Bila kita pakai kan, memang tak sakit langsung bila kita tarik tu. Tak macam mask lain yang I pernah try sebelum ni.
 
Botol dia comel je seberat 50ml, korang tak perlu risau sebab ianya memang jimat. Boleh tahan 2 bulan sebab kita bukannya pakai hari hari. Seminggu 1-2 kali je korang pakai. Memang jimat sangat! 
 


Korang tak perlu risau. Produk ini 100% halal. Mendapat kelulusan penuh JAKIM dan KKM. Daripada kita dok perabih duit beli mask mahal mahal kat pasaran tu, baik kita support produk tempatan dan keluaran Muslim kan? Status Halal pun terjamin dan berkesan!

Apa bahan utama Floral Mask? Bahan utama produk ini ialah arang. Ianya terdapat 7 bahan aktif yng berfungsi untuk membersihkan dan juga mencantikkan kulit korang! 
  • Mempunyai MOISTURE COMPLEX untuk kulit kering dan kusam.
  • Vitamin A, B3, C dan E untuk merawat kulit yang berjerawat dan berjeragat.
  • Q10 yang berfungsi untuk menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan.
  • HYALURONIC ACID untuk melindungi kulit dari pencemaran dan radiasi UV.


Testimonial? Perghh. Yang ni memang I tak tahan. Kalau I story, memang korang semua akan teruja. Kalau produk ni tak bagus, takkan la ramai customers yang dah cuba tak lupa juga selebriti yang dah try semua cakap produk ni best kan? Fuhh. Memang terbaik.








Eh? Takkan la I promote, I sendiri belum try kan? Nonsense sangat jual produk yang kita tak try lagi. I dah try, dah I dah rasai kehebatannya. No pimples. No. No. No.



 See! Kotor gila muka I ni rupanya kan? Kalau kita tak aware dan ambil mudah je perkara ni, tak mustahil korang boleh berjerawat, berjeragat dan resdung. I sangat particular hokeh bab bab kecantikan ni. Biar lah badan gemuk, tak berapa nak cantik. Tapi muka kena bersih ye. 

Oke I will update more frequent about this produk. Don't worry. Produk yang I suka memang I akan promote lebih. Hihi. Untuk korang yang belum lagi try produk ni, meh datang sini rapat rapat, dapatkan produk ini dengan harga serendah RM 39.90 sahaja! Murah giloss! Kalau area Melaka, I boleh COD, tapi area lain postage RM 6.00 untuk semenanjung Malaysia dan RM 10.00 untuk Sabah dan Sarawak. Untuk kawasan lain, tertakluk pada caj pengeposan.

Untuk dapatkan produk ini, sila hubungi saya sekarang!
Whatsapp / Wechat / Telegram / SMS / Direct Call
+6014-6650818
atau 
Email
nurul.purplechumel@gmail.com

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Monday, February 16, 2015

Review Tunang | Mini Pelamin

Salam.

Oke. Mari kita sambung review pasal tunang hari tu. Actually idea asalnya, I malas nak ber pelamin bagai. Sebab malas la nak lowat lowat sarung cincin depan orang ramai. I kan pemalu orang nya. Uhuk! Ulang suara, PEMALU oke!

Tapi memandangkan masa majlis pertunangan adik I yang lepas, kitorang buat photo booth yang dah ala ala pelamin jugak tu, so I pun decided nak DIY je pelamin tu. Mula mula ingatkan nak sewa dekat bridal, tapi memandangkan bajet pun tah ke mana mana, so DIY je jalan yang terbaik.

Barang barang banyak pinjam dengan makcik kitorang. Dia banyak kain sebab dia bekas mak andam. So banyak la kain yang dah tak pakai sangat. Kerusi pun pinjam dia punya je. Yang lain lain tu ada yang recycle decoration adik I, then tambah sikit sikit je untuk memenuhkan ruang. 

 
Asalnya.


Ni la master mind di sebalik pembikinan mini pelamin I. Dia punya idea la sangkut sangkut bagai tu. Pastu dia jugak la yang memanjat pasang semua mende alah tu. Hihi.

Zoom sikit!

Oke. Bantal "Officially Engaged" dengan "Mr & Mrs" tu I beli dekat Colours & Scissors Art. Beli online je. Simple je kan pelamin I? Ada yang teruja ke? Saja nak share, bagi B2B kat luar sana idea nak save bajet. Hihi. :P
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Wednesday, February 11, 2015

Review Tunang | Make up

Salam.

Oke. Mari kita sambung cerita. Entry kali ni pasal make up. Actually I plan masa I tunang, I nak make up sendiri. Malas nak bazir bazir untuk benda yang berapa jam ni je kan. So I pun takde la excited sangat pada mulanya.

Tapi, bila tengok pakej pakej tunang yang bridal bridal make up tu kan, I tengok cantik la pulak tengok muka kena solek kan. Nak jugak la ubah sikit muka I ni bagi different sikit. So I pun search la macam macam bridal. I dah friend lama dah dekat FB Bridal Twin Unly ni. Tapi bila I contact diorang kata tak cover area Batu Pahat sebab jauh sangat. Diorang dekat Kluang. So diorang recommend seorang Freelance MUA ni. Nama dia Nita. 

So far, I tengok make up dia boleh tahan la. I contact dia. Harga pun under budget. So I terus confirmed dengan dia date amende semua, bank in deposit, dan semua nya settle!

On that day, dia datang very punctual. Make up tu amek masa sejam lebih jek. Sebab dia kata muka I takde la teruk mana nak cover jerawat and pori muka kan. Hihi. Dan I berpuas hati dengan hasil kerja beliau. Anyone area Batu Pahat yang nak try hasil kerja MUA I ni, boleh la contact Nita ni ye. Add je dia dekat FB. Klik SINI untuk add NITA!




It was my first time make up tebal cenggitu dan first time jugak I pakai fake eyelashes. Omaigodd. Mula mula elok je bulu mata tu kat mata I. Tapi bila dah lama lama, mula la nak tercabut. Takpe. Pengalaman. Lain sangat kan muka I? Meh tengok before and after meh!

Beza. Memang berbeza!

Apa pun, on that day, encik tunang kata I santek. Maybe dia tak pernah tengok muka I make up tebal camtu kot. Hihi. 


Nanti kan, masa nikah dengan resepsi I nak try make up lagi over. Kihkihkih. Dah gian lettew! Mana tak nya, asek beli barang make up jek. Tapi jarang sangat nak make up. Abis tu, nak make up over over sangat tu nak pergi mana? Kuikuikui! >.<"

Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Monday, February 9, 2015

Review Tunang | Outfit

Salam.

Hi korang! Bak kata orang, bila dah janji, kena la tepati ye dak? Jangan dah janji, pastu makan chapati. Oke fine, I dah ke laut. Entry kali ni, I nak story about my outfit masa tunang that day. Masa nak pilih colour tu kan, kemain nak bergaduh lagi kan dengan adik I. Yela, mana tak nya, adik I dah amek colour favourite I. Pink kot! Geram gila. 

Fikir punya fikir, I bincang dengan encik tunang, dia kata ikut I lah. Dalam kepala I blank gila. So mula lah I dapatkan bantuan pakcik gugel yang sangat pemurah dan baik hati tu. So antara warna yang bermain dalam kepala I ialah mint green dan biru. Mula mula ingat nak buat biru laut, tapi bila fikir fikir balik, it's too command. Macam nak tiru Irma Hasmie plak. Dia kan bertunang warna biru laut. I pun bagi la macam macam sample baju dekat encik tunang. Pastu dia pun oke je. Dia kata biru cantik. Tapi I dah standby 1 baju ni sebenarnya. Warna mint green, beli siap jek. Cutting dia nice jugak la. Tapi bila I tunjuk dekat Cida, dia kata baju tu too simple untuk bertunang. Dan encik tunang pun dah decide dengan Kak Long dia nak buat hantaran tema biru turquoise.


Bila diorang dah decide macam tu, I terus bincang dengan my sister, Kayla. Dia kata it's oke. Dia suruh I beli kain, then dia jahit kan. Bagi dia upah RM 50.00 jek. I terus agreed. Beli kain dekat Nagoya Textile kat Square One BP, pastu dia terus amek ukuran badan I. 

Lega satu part sebab I trust my sis's taste. Dia kan owner KaylaRafy boutique, so citarasa dia mesti la terbaik kan? But selagi baju tu tak siap, I risau gila ya amat! Mana tak nya, kitorang ada masa 1 month only daripada date merisik tu. Perghh. Takut gila! Rupanya, within 2 weeks baju tu dah siap. Alhamdulillah, baju tu cantik sangat dan I am fully satisfied my sis's job!

My engagement dress before beading.

My engagement dress after few beadings. Cantik!

Dan yang paling I suka, my sister siap sponsor beaded shawl untuk I pakai. So I dah tak payah pakai veil lagi dah. The best part is, my sis punya trainee yang beaded shawl tu. Cantik sangat hasil kerja dia. Thanks a lot Gowri!


Cantik dan kemas hasil beaded dia kan? I like!


Pasal outfit, I sangat berpuas hati. I rasa selesa, dan yang penting I rasa cantik. Kuikuikui! Cantik ke? Whatever la kan. Terpulang pada pendapat individu. For me, this is my day, dan I rasa beruntung sebab ada adik yang boleh provide my what a gorgeous outfit on my e-day.

Kalau ada sesiapa yang berminat nak tempah from my sis, korang boleh contact dia. Meh I provide contact details. So that I boleh recommend outfit yang best untuk korang pakai. Kalau nak contact I dulu pun boleh. Baru la dapat special price kan? Hihi!

KaylaRafy Creation Boutique 
No. 37, Jalan Flora Utama 5,
Taman Flora Utama, 
83000, Batu Pahat,
Johor Darul Takzim
Contact No : +6016-372 0578 (Kayla)
Facebook : https://www.facebook.com/KaylaRafy
Instagram : http://instagram.com/kaylarafycreation/


Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Sunday, February 8, 2015

Officially Engaged!

Salam.

Hai hai kawan kawan! Dah lama kan I tak update blog ni? Dekat sebulan lebih dah I tak update. Kalau ada update pun more to my business. Lama dah rasa nya tak update mende mende personal macam dulu dulu. Padahal kalau update mende mende gitu, mende tu jugak la yang buat I tersenyum sorang sorang. Kelakar tau bila baca balik entry lama. 

Oke, entry kali ni I nak story pasal my engagement day. Eh? Nurul dah bertunang? Awat tak habaq? Bila Nurul bertunang? Senyap senyap je? Dulu kemain beria update itu ini dekat blog. Alih alih tak jadi. Tu lah orang kata kan, benda yang baik ni toksah nak riak awal awal. Kang tak jadik, malu sendiri. Huhu. Macam I dulu dulu la. Kemain update. Sayang lah. Lebyu lebyu lah. Last last apa jadik? Hape pun nan hado!

Majlis pertunangan I dengan jejaka bertuah ehem ehem pilihan hati I dah pun selamat berlangsung di rumah family I di Batu Pahat pada tanggal 31 January 2015 yang lepas. Ni kira nya stock entry basi la. Tapi I tak kira, nak update jugak. Back to the story. Majlis sederhana tapi meriah tu di hadiri oleh keluarga dan teman teman rapat I je. Buat majlis pun kecik kecik je. Lagipun baru bertunang. So tak jemput ramai. 

Nanti dekat next entry, I story step by step preparation I untuk majlis tunang ni. Nanti boleh la I baca balik bila dah tua nanti. Chewah. Ayat nak poyo. Nostalgia la sangat. Nanti I buat la review by review. Ehem! Entry entry tu semua memerlukan tahap kerajinan yang tinggi tau untuk meng-update! Kalau calang calang orang, memang tak mampu nak update semua tu tau. Dah la I ni super busy women *lah sangat*! Kihkihkih.


Alhamdulillah. Dah selamat jadi tunangan si dia selama 8 hari. Fuhh. Orang kata dugaan bertunang ni sangat mencabar. So I berdoa sangat sangat yang I dan dia dapat tempuhi dugaan ni bersama sama. InsyaAllah, kalau niat kita baik, mesti Allah mudahkan kan? Doakan kami ye!



..to be continue!
Photobucket

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View ヅ


Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2017 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties ヅ | All Rights Reserved™