Throwback | Kisah perkenalan aku dan dia - Merisik

Salam.

Boleh tak tiba tiba rasa macam nak buat entry throwback? Haha! Actually tadi kemas kemas sikit blog ni. Buang and tambah apa yang patut. Tiba tiba rasa macam sikit nya entry cerita pasal relationship I dengan husband. Boleh tak tetiba baru sedar. HAHA! 

Memang since I dah putus cinta, putus tunang dengan yang lepas lepas kan, I rasa macam dah give up. Nak story pasal cintan cintun ni dah takde mood. Lagipun I dengan husband pun mana ada bercinta sangat sebelum kahwin dulu. Perkenalan kami sangat simple. Ringkas tapi bermakna.

Oke, I cerita sikit ye. Sikittttt jek. Hihi.

Masa bulan September 2014, sejarah hitam dalam hidup I telah terjadi. Actually malas nak bring up balik kisah tu. Tapi saja nak taip mana la tahu esok lusa I hilang ingatan. Huhu. Masa tu I rasa hidup I dah tak bermakna lagi. Mana tak nya, kau dah sacrifice macam macam, boleh pulak mamat tu pergi kahwin dengan orang lain? Janda pulak tu. Mana pergi maruah I sebagai seorang anak dara time tu? Malu woi. Semua orang dah tau kau nak kahwin, pastu tiba tiba tak jadi. Time tu I banyak mendiamkan diri. Sakit nya hanya Allah je yang tahu. 

Setiap hari I tidur lambat. Kadang kadang pukul 2-3 pagi baru boleh lelap. Itu pun lepas nangis nangis. Sembab sembab mata pergi kerja. Memang sangat mencabar. Bila ramai dah tau yang I dah single, ramai pulak yang tegur tegur kat FB. Terlalu ramai. Budak budak lelaki yang dah memang friends pun contact balik. Ex ex lama yang dulu dah menghilang semua muncul. Tapi I malas nak layan.

Sampai satu malam tu, ada la seorang mamat ni tegur I dekat FB. Dia PM. Selalu nya I tak layan orang yang PM dekat FB ni. Entah kenapa agaknya Allah gerakkan hati aku untuk reply mesej tu.

Nampak tak siapa ngorat siapa? Hihi.

Tarikh tu I ingat sampai sekarang. 9th October 2014, pukul 01.23 pagi. Cantik kan aturan Allah? Sejak dari tu kitorang kenal kenal. Kawan macam biasa dalam 2 bulan lebih macam tu je. Lepas tu dia kata family dia nak datang rumah jumpa family I. Sepatutnya family dia nak datang rumah 1st January 2015. Tapi since adik I bertunang time tu, diorang taknak ganggu majlis. Diorang tunda 3rd January 2015 (Sabtu).

Maka tersarunglah cincin merisik. :)


Dah sarung cincin kena salam cium tangan bakal mak mertua.

Dengan bakal mak mertua. Tapi sekarang dah jadi mak mertua terbaikkkk!

Dengan bakal abah mertua. Dia abah mertua terbaikkkk jugak!

Perbincangan lelaki.

Wakil perempuan.

Bila tengok gambar lama lama ni, terkenang pulak macam mana I went thru all that difficulties masa dalam tempoh lepas merisik sampai ke majlis pernikahan tu. Cantik aturan Allah.

♥ First Sight : 9th October 2014
♥ Merisik : 3rd January 2015
♥ Bertunang : 31st January 2015
♥ Nikah : 25th September 2015
♥ Majlis Sanding : 26th September 2015
♥ Majlis Bertandang : 3rd October 2015

Cepat masa berlalu. Harap nya perkahwinan ini kekal bahagia sampai ke Syurga Allah. InsyaAllah. 💋
Photobucket

Comments

ajashar said…
Jodoh tu rahsia allah. Semoga sis akan lebih bahagia dan gembira. Dan dpt baby cepat! Insha allah. Amin amin amin.

Cik karmila said…
semoga awak kekal bahagia sehingga ke jannah <3
Nurulchumel said…
Aminnn.. doakan kite yek! Tgh berusaha ni.. 😀
Nurulchumel said…
InsyaAllah. Aminnn. Doakan yek! 😁
Nurulchumel said…
InsyaAllah. Aminnn. Doakan yek! 😁
Nurulchumel said…
Aminnn.. doakan kite yek! Tgh berusaha ni.. 😀
dyanzakhi said…
wah.. sweetnya.. btw, slam singgah :)
Nurulchumel said…
@dyanzakhi

thanks for reading dear! :)
So sweet!!itu la aturan allah kan..moga kekal bahgia hingge ke akhir hayattt :)
Nurulchumel said…
@♀ cikiejasuriza ♀

Aminn.. doakan ye dear! thank you! :)

Popular Posts