Percutian Keluarga ke Cameron Highlands | Part 2

Salam.

Hajat di hati nak terus habiskan entry family trip to Cameron Highlands in one entry. However, masa kita tengah syok type tu, macam panjang pulak rasa nya entry ni. So kita decided untuk buat entry part by part. Baru la syok macam ala ala ternanti nanti gitu. 

Lepas turun dari Cactus Valley, kami terus ke Big Red Strawberry Farm atau nama commercial nya Taman Agro Tourism Cameron Highlands. This place FREE admission. So tak payah bayar apa apa. Tengok ladang strawberry ni memang sangat luas dan mengujakan. Tanaman kat sini memang segar termasuk salad salad nya. Hasben kita still tak boleh move on lagi dengan salad kat situ. Kitorang naik dan singgah di Bir Red Strawberry Farm Cafe. Sambil menikmati suasana ladang yang indah, kami pun try makan produk produk strawberry kat situ. Memang sedap!

Strawberry tu sangat segar dan manis!

Fried strawberry ice cream dan Strawberry Milk Shake.

Strawberry Sundae. Sedap nyaaaa!!!

Adik bongsu disuap oleh abang ipar nya yang sangat suwitt! 😍😍😍

Sedap nya mama makan strawberry. Nyum nyum!

Fresh Strawberry juice!

Lepas dah rasa kesegaran dan kemanisan produk produk strawberry, kami nampak ada sederet kerusi urut. Masing masing tak lepas kan peluang berurut. Mana tak nya, masing masing keletihan tak tidur semalaman.

Berurut boleh terlena sekali!

Lepas dah berurut tu, kami terus pergi beli salad salad segar betul betul sebelah ladang yang baru dipetik. Memang segar dan crunchy bila dimakan. Sedap! Sambil tu, semua tak lepaskan peluang bergambar. 

Ayah dan Mama. 

Dengan abang.

Hasben dan wife tercinta.

Wife dan Hasben tercinta. 

Adik adik kita si Do Re Mi.

Happy tengok Mama Ayah senyum.

Lepas dah settle bergambar, beli cactus, makan strawberry sedap, kami terus ke Galeria Time Tunnel. Galeria Time Tunnel ni area Brinchang juga tapi atas sikit dari Strawberry Farm ni. Kat bahagian atas tu ada deretan kedai kedai jual sayur sayuran, souvenirs, strawberry dan belakang tu ada strawberry farm juga yang boleh self pick. Kok Lim Strawberry Farm nama nya. Kitorang just masuk Galeria Time Tunnel je, tapi strawberry beli kat situ sebab murah dan manis. Admission fee RM 6.00 per adult. Masa survey tu RM 5.00 per adult. Rupanya diorang dah naik harga. Huhu. Sadis!

The entrance.

The laki bini. 🙈

Main Mahjong. 😂

Apek kira hutang. 😂

Barber gunting rambut. 😂

Jual eskem dalam tunnel. 😂

Jom ngopi dulu. 😂

Selesai jalan jalan bawah tunnel tu, jam dah menunjukkan pukul 11.45 pagi. Kita try call kawan kita yang sewa kan homestay untuk kami tu. Mana tau kalau dah ready, boleh check in awal sikit. Actual time untuk check in pukul 2 petang. Tapi tengok masing masing dah penat, mengantok semua cukup pakej, kita try la juga call. Luckily kawan kita jawab. Kami sewa homestay dekat Kampung Taman Sedia. Location dia tengah tengah antara Tanah Rata dengan Brinchang tapi still consider area Brinchang. Kami stay dia De Desaku Homestay. Segala urusan berkenaan rumah tu kita just deal dengan FIL kawan kita. Nama dia Pak Tam. Rumah dia just depan je homestay tu. 

Kampung Taman Sedia. 

Sampai Kampung Taman Sedia ni dalam pukul 12 tengah hari. Call Pak Tam, dia kata homestay tu dia kena kemas dulu sebab customer yang stay situ last night baru je check out. So kitorang pun jalan jalan dulu. Homestay tu betul betul bersebelahan dengan YZ Agro Farm & Cafe. Berhadapan dengan KHM Strawberry Farm. Memang Kampung Taman Sedia ni penuh dengan homestay je. Penduduk nya semua melayu. Suasana kampung ni sangat tenang dan sejuk! Since homestay pun belum siap kemas lagi, kami decided to jalan jalan tengok Strawberry Farm dekat dekat situ. So far yang kita nampak area situ ada 3 Strawberry Farm yang location nya dekat dekat je. Selain YZ Agro Farm & Cafe dan KHM Strawberry Farm, satu lagi ialah Taman Agro Al Manshoor. Location dia bersebelahan je dengan YZ Agro Farm & Cafe. Kami pilih YZ Agro Farm & Cafe sebab betul betul dekat dengan homestay. Lagipun variety snacks kat situ macam banyak je. 


Strawberry yang masak ranum. Sedappp!

Strawberry Ice Cream ni memang betul betul sedap compare dengan yang jual dekat Big Red Strawberry Farm. Lembut, rasa dia memang pure!

Dalam pukul 12.30 tengah hari, Pak Tam text yang homestay dah boleh check in. Kami pun terus habis kan aiskrim dan terus jalan ke homestay. Minta maaf sangat sangat sebab lupa nak snap gambar dalam homestay ni. Tapi ada snap gambar kat depan homestay ni. Harga untuk satu malam RM 250.00 sahaja. Ada 3 bilik yang selesa, Astro semua channel, water heater untuk mandi, dapur gas untuk masak dan peti ais pun ada. Cuma kat dapur takde sinki. So kalau nak basuh apa apa kena basuh kat toilet. Master bed room ada 1 katil Queen Bed dan 1 Single Bed. Bilik yang lagi dua ada katil Queen Double Decker. Super besar dan super selesa. 

Lepas check in, masing masing yang kelaparan ni lunch dulu. Kami beli KFC Bargain Feast yang ada 15 ketul ayam, 2 coleslaw dan 1 mashed potato tu. Lepas tu kami beli nasi putih kat kedai makan. Lepas dah kenyang, masing masing pegi mandi sebab dah semalaman tak mandi. Sejuk kemain. Yang best nya, masing masing mandi tak on heater. Kemain cerdik. Haziq orang last mandi tapi dia yang first guna heater. Lepas mandi dan solat, semua tidur. Paling best, kat luar siap hujan. Perghh, terbaik sejuk dia. 

Pukul 5 mama kejutkan kami semua sebab hujan pun dah berhenti. Kami rancang nak ke Pasar Malam Brinchang. Kena keluar awal untuk elakkan jammed. Kami gerak pukul 6.00 petang ke Pasar Malam Brinchang. Mula mula hujan renyai renyai. Boleh tahan lagi. Kami park kat basemen park yang kena bayar RM 5.00 sekali masuk. Tak kisah la kena bayar pun. Janji tak berebut parking. 

Pasar Malam Brinchang.

Kami cari makanan untuk makan malam dan ole-ole yang boleh di bawa pulang. Dapat juga beli sayur sayuran dan madu asli. Ayah beli untuk dia makan sendiri, hasben pulak beli untuk mak dan abah kat rumah. 

Beli dengan uncle ni 1 botol kecil tu RM 10. Oke la kan. Nak beli besar besar, fulus makin menipis. Hihi.

Actually banyak lagi area dalam pasar malam ni kami nak ronda. Tapi sebab hujan makin lebat, so kami decided untuk balik homestay. Tak tahan la sejuk nya. Hujan pulak tu. Ayah dah la demam. Nanti makin sakit pulak. 

Uno game!

Balik homestay, kami dinner dengan makanan yang kami beli dari pasar malam. Lepas dah kenyang, masing masing bosan tak tahu nak buat apa. Kami main Uno! Lama dah tak main. Tapi kita tak kalah ye? Hihi. Yang kalah kena goreng popia untuk breakfast esok. Haziq kalah, so dia yang kena goreng! 😁😁😁 Diorang yang lain main Uno sampai 2-3 round. Kita pulak dah syok tengok drama kat TV3 sempena deepavali, cerita "Kari Sanjana". Pukul 12 masing masing dah penat, dah ngantuk. Terus tidur tak sedar apa dah. Set alarm pukul 6 pagi.

Oke, stay tuned ye. Kita sambung story last part on next entry. See ya!



Comments

Popular Posts