✿ Paid-up Advertisement γƒ…

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Logo KBBA Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Monday, December 5, 2016

Home » , , , , , , , » Makan malam di Nasi Kukus Sotong Besar

Makan malam di Nasi Kukus Sotong Besar

Salam.

Idea nak makan malam di sini dah lama dah sebenarnya. Since selalu tengok good feedback from their customers. Sabtu lepas, kita dengan hasben datang ke Kota Damansara. Tujuan utama actually sebab kita ada interview. Alhamdulillah, kita dapat kerja tu. Pasal kerja ni nanti kita story kat entry lain ye. So bila dah settle interview tu, adik kita (Kak Ngah) ajak jalan jalan. So kitorang pun plan pergi makan kat Nasi Kukus Sotong Besar cawangan baru mereka di Shah Alam.


Ni muka tengah lapar ni. Hihi.

Sampai sini dalam pukul 6.30 petang. So memang ngam ngam waktu dinner la kan. Kami memang dinner awal. Sebab kalau makan lambat lambat kang nanti nak tidur. Tak sesuai untuk orang bam bam macam kami. Hihi. 

Sampai je kami terus ambil seat dan order. Nak order kena pegi kaunter ye. Order la apa yang korang nak, lepas tu bayar terus. Diorang tak ambil order kat table. Service diorang, memang tiptop. Cepat dan efisyen. Kita bagi 5 bintang kat sini. Baru je order, tak sampai 5 minit dah sampai dah apa yang kitorang order.


Kita order set Nasi Kerabu Kambing Bakar. (RM 14.50/set)

Dan Jus Kedondong Asam Boi Ais (RM 3.50)




Rasa nasi kerabu dia memang power ditambah dengan budu dan sambal belacan yang super pedas tapi sedap! Kambing bakar dia sangat lembut, juicy. Kuah kambing bakar ni memang tak rasa black pepper semata. Ramuan rahsia dia yang buat kan kita teringat ingat sampai sekarang. Hasben kita pun belum boleh move on lagi dengan kambing bakar ni. Makan dengan nasi kerabu tadi memang sangat perfect combination! 

Jus kedondong asam boi ais dia memang padu. Sangat refreshing dan memang match sangat bila kita makan kambing bakar tu kan. Jus dia power. Kata nya diorang blend 6 biji kedondong untuk hasilkan segelas jus kedondong asam boi tu. Memang sedap tak tipu!

Hasben kita order Char Kuey Teow Campur (RM 8.00)



Char Kuey Teow Campur dia pun sedap. Tengok udang dia letak sampai 3 ekor. Rasa kuah dia sangat sedap. Memang tak mengecewakan. Portion dia pun boleh tahan besar. Memang kenyang makan sepinggan. Berbaloi dengan harga kan?


Set Nasi Kukus Sotong Besar (RM 13.50/set)

Dah sampai kat restoran ni, memang tak sah la kalau tak try signature menu diorang kan. Nasi Kukus Sotong Besar ni Kausar yang order. Nasi dia memang sedap. Dihidangkan panas panas dengan kuah gulai dan sambal belacan. Sotong besar dia memang sedap. Crispy diluar, lembut di dalam. Portion dia sangat besar. Memang kena makan 3-4 orang baru habis. Sedap dan sangat puas hati.

Char Kuey Teow Special (RM 9.00)

Beza Char Kuey Teow Campur dengan Char Kuey Teow Special ni just ada telur mata je kat atas dia. Rasa dia tetap sedap dan memang tak muak. 


Kak Ngah order Bihun Celup (RM 5.00)

Rasa bihun celup ni memang sedap. Sup dia sangat berasa. Rempah rempah yang digunakan memang fresh dan menyelerakan. Dihidangkan panas panas bersama kuah sambal kicap awesome tu memang korang makan tak pandang kiri kanan dah. 

Harga yang dikenakan memang sangat berbaloi dengan portion dan rasa yang super sedap.

Licin sudah kami kerjakan. Hihi.

For the conclusion, kita sangat berpuas hati makan di Restoran Nasi Kukus Sotong Besar ni. Location dia senang sangat nak cari. Tepi jalan je corner lot. Environment kedai yang convenience, service tiptop, makanan sedap. Semua A++ la! Harga pulak sangat berpatutan dengan portion. Senang cerita, tak payah tunggu gaji hujung bulan pun boleh datang sini la. Pada korang yang belum try makan kat sini, korang try la datang makan. Memang tak mengecewakan!

πŸ™ Nasi Kukus Sotong Besar 
πŸ“¬ No. 1, Jalan Kemuning Prima B33/B,
Kemuning Utama,
Shah Alam, Selangor.
πŸ“ž 03 - 5525 8062
πŸ‘ https://www.facebook.com/pages/Nasi-Kukus-Sotong-Besar/349319225412040





Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

3 Chumel(s) comment γƒ…:

mohd rafhan abd samat said... [Reply Here Bebeh!]

Wah Sedapnya. Macam teringin nak makan Nasi kukus sotong. Nak cubalah nanti.

Jemput baca blog saya Penawar Asma Pada Bayi

Nurulchumel said... [Reply Here Bebeh!]

@mohd rafhan abd samat

Memang best! Try la.
InsyaAllah sy singgah blog encik ye. :)

✿ Link for Blogwalking View γƒ…

Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2017 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties γƒ… | All Rights Reserved™