✿ Paid-up Advertisement γƒ…

Hot Deal Everyday! Super Saver Unlimited!
Logo KBBA Visondata pocket WiFi
Logo KBBA

Tuesday, November 22, 2016

Resepi : Vietnamese Spring Roll

Salam.

Dah alang alang rajin ni, meh kita share resepi simple, mudah, senang ni! Kita kan dah janji nak share resepi hari tu kan. Ramai juga response bila kita posted dekat IG. Ala, resepi senang boleh la Nurul ni buat. Cuba kalau susah. Memang nan hado lah. Nak masak pun terkial kial. Kihkih. Oke, meh kita tunjuk bahan bahan nak buat Vietnamese Spring Roll ni. Resepi mudah ni, auntie kita yang ajar. Sedap dan mudah!

First of all. Kena beli kulit Vietnamese Spring Roll ni. Auntie kita beli dekat kedai biasa je. Cari kat supermarket besar memang susah nak dapat. Luckily dekat Merlimau ni ada. Yang penting, ada logo Halal ye.

Daun salad. Korang carik carik macam ni. Jangan carik kecik sangat. Nanti tak sedap.

Bihun. Korang celur sekejap je bihun ni sampai lembut sikit je. Jangan overcooked. Nanti melekat susah nak gulung. 

Sosej. Tak kisah la sosej jenama apa. Korang celur juga lepas tu hiris panjang panjang macam ni.

Udang kecil. Buang kulit dan celur. Korang pun tau kan udang ni cepat masak. Dah nampak merah tu korang angkat dan toskan je.

Isi ketam. Sama juga. Celur. Tapi masa korang celur tu, jangan buang plastik dulu sebab isi ketam ni sangat lembut. Kalau korang buang plastik dia siap siap, dikhuatiri isi ketam tu melekat kat periuk korang. Lepas celur tu korang hiris nipis juga.

Timun Jepun. Nak pakai timun biasa pun boleh tapi kurang cruchy dan nanti dia berair sangat. Hiris panjang panjang juga ye.

Lobak merah. Hiris panjang panjang juga ya. Ni kontot kontot sepupu kita tersalah potong. 

Oke semua barang dah ready. Jom start gulung!

Mula mula sekali ambil kulit Vietnamese Spring Roll, basah kan sikit depan belakang dia dalam air masak macam ni. Celup sekejap je tau. Lama lama kang jadi lembik pulak.

Lepas tu mula kan dengan letak daun salad di atas kulit popia tadi. 

Susun semua bahan bahan lain macam ni. 

Lepas tu kita gulung macam gulung popia biasa tu. Gulung molek molek deh!

Dah siap gulung, susun atas pinggan macam ni. Jangan letak rapat rapat nau, nanti melekat!


Dah siap gulung, boleh la sedia dinikmati. Korang boleh makan cicah sos thai atau mango sos (botol yang bawah ni). Mango sos ni pedas, tapi seriously sedap! Bahan bahan lain tu sebenarnya ikut kreativiti korang. Kalau nak masukkan ayam ke, daging ke, suka hati korang. Tapi Vietanamese Spring Roll ni sebenarnya more to seafood dengan sayuran je. Tapi ikut la suka hati korang. 

Oke, siap! Boleh la korang cuba pula lepas ni. Ada yang nak request resepi? Email kan permintaan korang ke nurul.purplechumel@gmail.com ya. Sayonara! ^^,





Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Monday, November 21, 2016

Selamat Tinggal Migrain, Senggugut | Minyak Herba Asmak Penawarnya!

Salam.

Siapa yang kenal rapat dengan kita, mesti tahu yang kita ni memang ada penyakit Migrain dan Senggugut yang teruk. Bukan biasa biasa, sebab almost every month kita akan menderita mengadap penyakit ni. Memang bergantung pada ubat/pain killer saja lah. Tapi semenjak dah guna Minyak Herba Asmak ni, kita dah tak makan ubat dah. Mujarab sungguh Minyak Herba Asmak ni.

Kegunaannya bukan setakat untuk migrain atau senggugut sahaja ya. Ada banyak kegunaan minyak ni. Yang paling best, minyak ini mujarab, selamat digunakan dan merupakan penawar asma pada bayi. Selamat digunakan untuk semua peringkat umur.

Alkisah nya hari tu kita dah tak tahan sangat sakit perut senggugut. Dan bila dah senggugut tu, mula la naik pening kepala. Datang pulak migrain. Korang boleh bayang kan tak keadaan kita time tu. Teringat kita ada simpan minyak ni dalam laci almari. Memang saja nak try. Simpan untuk kecemasan sebab kita ada baca yang minyak ni boleh digunakan untuk melegakan senggugut dan migrain. Dua penyakit major kita. So kita suruh hasben urut kepala, belakang tengkuk dengan perut. Lepas dia urut tu, kita rasa tenang sikit sebab lega. Dalam satu jam je kita dah ok. Dah boleh bangun mandi, kemas rumah semua lah. Kalau tak, memang terkulai je atas katil.

Minyak Herba Asmak, 30 ml.

1 Rumah, 1 Minyak Herba Asmak Mujarab! ✌

Comel je kan botol dia. Sebotol penawar bermacam penyakit.

Minyak Herba Asmak ni bau dia wangi tau. Bau herba. Sebab ramuan yang terkandung dalam terdiri dari bahan semulajadi dan menggunakan Teknologi Nano. Ramuan yang digunakan semua nya semulajadi. Antaranya;

  • Minyak Zaitun
  • Minyak Kelapa Dara
  • Habbatus Sauda
  • Gamat
Korang pun tau kan bahan bahan yang digunakan memang mempunyai khasiat yang tersendiri. Selain keaslian nya, minyak herba asmak ni tanpa bahan kimia berbahaya. Sebab tu la selamat digunakan untuk semua peringkat umur. Minyak Herba Asmak ni memang penawar pelbagai penyakit.




Bermula bulan November 2016 ni, anda akan dapat kotak tabung ni secara PERCUMA dengan setiap pembelian Minyak Herba Asmak.

Banyak kan khasiat Minyak Herba Asmak ni? Paling berkesan ianya adalah penawar asma yang paling mujarab. Rugi lah kalau tak cuba rasa kehebatan Minyak Herba Asmak. Kita rasa, setiap satu rumah mesti wajib ada sebotol. Botol kecil tapi boleh jadi penyelamat berkesan tau!

Harga sebotol Minyak Herba Asmak hanya RM 39.00 sahaja. Satu botol pelbagai guna memang berbaloi lah. Boleh diguna seisi keluarga. Untuk mendapat kan info lanjut atau pembelian Minyak Herba Asmak yang super awesome ni, korang boleh check it out di bawah ni. Grab fast! Tak rugi beli sebab sangat mujarab. Ikhtiar tu penting, dan jangan lupa berdoa untuk cepat sembuh ya!

Sekiranya berminat untuk mencuba atau menjadi agen, boleh klik link di bawah atau hubungi terus talian ;

πŸ“ž Hotline HQ : +6019 - 970 8897
🌐 Website Rasmi Syarikat : http://mham.com.my/
πŸ“‘ Website Minyak Herba Asmak : http://penawarasma.com.my/

Image result for small fb icon Facebook Page : 
✔ Penawar Asma Mujarab : https://www.facebook.com/penawarasma/




Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, November 15, 2016

Percutian Keluarga ke Cameron Highlands (Full Edited Video)

Salam.



Actually kami adik beradik dalam rangka kerja untuk buat projek review tempat tempat menarik dalam Malaysia dan juga foods review. So far projek ni tak melibatkan orang luar. Just adik beradik dan keluarga terdekat sahaja. Semua review tu akan di terjemahkan dalam bentuk video dan blog post. So lepas ni korang akan tengok banyak review dari kami. Mohon jangan bosan sampai termuntah yek. πŸ˜

Sementara tu, jom tengok first video kami masa bercuti ke Cameron Highlands tempoh hari. Enjoy! 



Jangan lupa subscribe Youtube Channel kita untuk semua update dan video. Have fun! πŸ˜˜

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Saturday, November 12, 2016

Design Photo Book Comel dengan Pixajoy!

Salam.

Seriously. Kita memang sangat teruja nak story pasal Pixajoy ni. Mana tak nya, kita baru je jumpa advertisement regarding of the promo on 8th Nov, which is last Tuesday. Promo tu bagi tau yang harga photo book tu just RM 4.90. Harga asal RM 75.00 tau. Rugi tak beli! Weh, photo book kot! RM 4.90 je??? Kat situ dah teruja habis dah. Beli voucher and terus start design. Dalam masa 4 hari je kita dah dapat photo book tu kat tangan kita. Wow! Wow! Wow! Incredible service!

Ni photo book kita! Shantek takkk? πŸ˜

Ni la advertisement yang kita jumpa kat Facebook tu.

Kita terus klik "Book Now" button tu. Dia akan redirect ke page Pixajoy lepas tu register la semua sekali then baru sampai ke page ni. 

Lepas korang rasa dah confirm betul nak beli promo RM 4.90 tu, korang klik la "Buy Now". Yang korang beli ni just voucher sebenarnya. Belum design lagi. Nanti dia redirect la ke page yang untuk settle payment tu. Page iPay88. Plus minus tambah GST 6% jadi RM 5.19 sahaja. Lepas diorang dah received payment, diorang akan bagi order confirmation macam kat gambar bawah ni.

Order Confirmation.


Selain tu, diorang pun akan attached kan sekali e-gift voucher order slip macam ni. Then korang akan dapat voucher number korang kat situ. Voucher number tu yang penting sebab nanti lepas design, diorang akan mintak voucher number tu. Kalau takde voucher number tu, diorang akan caj harga biasa yang RM 75.00 tu. 


Lepas dah settle dapat voucher number tu, korang dah boleh la start design photo book korang. Pilih je tema apa yang korang suka. Macam kita, tema wedding. Sebab saje nak try design gambar gambar wedding kita. Hihi. Dah setahun lebih kahwin baru nak design photo book. 

Bila dah siap design semua, korang klik bahagian "Proceed" untuk printing. Tapi macam biasa la, caj penghantaran dikenakan sebanyak RM 8 untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia. Plus minus lepas GST semua dalam RM 8.48 sahaja. 

Lepas settle payment, korang boleh track order korang. Very detail. Status order korang semua lengkap.

Kesimpulan nya, kita sangat berpuas hati dengan service Pixajoy ni. Tak lambat, pastu produk yang kita terima memang berkualiti. Tak rugi la beli promo tu. Sure kita akan repeat lagi order produk lain pulak. 









Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, November 8, 2016

Pemakanan Sihat untuk Pesakit Diabetes / Kencing Manis

Salam.

Tergerak hati nak taip entry berkenaan pemakanan pulak hari ni. Kita ni bukan lah doktor, apatah lagi Pakar Pemakanan. Actually kita baru je balik dari Klinik Kesihatan, bawak my MIL pergi jumpa pakar pemakanan. Mak baru je disahkan menghidap diabetes atau "kencing manis" bulan lepas. Bak kata mak, dah jejak umur 60 tahun, dapat satu lagi pangkat. Haha. Sebenarnya penyakit ni bukan lah penyakit yang baru untuk kita, even Mama dengan Ayah kita sendiri ada penyakit diabetes tu. Tapi Mama dengan Ayah kena dah lama. Sejak kita kecik lagi. So kita tak pernah pun ikut Mama or Ayah pergi klinik. Bila dah stay together dengan suami and parents dia, jadi tanggungjawab untuk bawak parents dia pergi klinik. 

So tadi pakar pemakanan tu banyak bagi nasihat dan suggestion makanan yang perlu dielakkan dan perlu di makan banyak. Kalau nak ikutkan, bukan pesakit diabetes je yang kena control makan. Kita yang sihat ni lagi kena control untuk elakkan dari terkena penyakit tu. Example macam nasi. Satu pinggan tu sepatutnya 1/4 je dari pinggan tu kita letak nasi. 1/4 lagi protein dan 1/2 daripada tu adalah sayur sayuran. Tapi biasa la orang Malaysia, Melayu pulak tu. Makanan dalam Malaysia ni sedap sedap oii. Haha.

Image result for pemakanan untuk pesakit diabetes
Ni la yang kita bagitahu tadi. 

Image result for pemakanan untuk pesakit diabetes
Makanan mengikut piramid makanan. 

Image result for pemakanan untuk pesakit diabetes
Gejala Diabetes

Image result for pemakanan untuk pesakit diabetes
10 gejala Diabetes (English Version)

Image result for pemakanan untuk pesakit diabetes

Sama sama jaga kesihatan. Macam macam akibat yang buruk boleh berlaku kalau kita tak kawal gula dalam darah kita. Bila kita dah dengar penerangan pakar tadi, kita pun motivate sekali. Kalau kita kawal, kita juga yang sihat kan? Jom amalkan gaya hidup sihat! πŸ˜„

Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Thursday, November 3, 2016

Promosi Crab Cheese Spring Roll by NF Spring Roll

Salam.

Honestly, kita selalu advertise NF Spring Roll ni thru Facebook dan Instagram je sebab mungkin lebih mudah untuk pelanggan kawasan Melaka nak order. Kita kan buat Cash On Delivery (COD) area Melaka, Muar dan Batu Pahat je. Bukan kita tak nak deliver area lain, tapi macam tak berbaloi. Hantar jauh jauh tapi order nya 2 bungkus. Tak balik modal. Dah la sekarang harga minyak petrol mahal. Pheww!

Tapi sepanjang lebih kurang dua bulan kita start business NF Spring Roll ni, ada juga kita deliver area Kuala Lumpur dan Selangor. Sebab boleh kata selalu juga kita naik KL. Sebelum pergi sana tu, kita open order dulu. So takde la kita bawak stok banyak banyak kan. Buat setakat ni, kita buat kecil kecilan dulu. InsyaAllah bila dah ada freezer besar sikit kita buat production banyak sikit. 



Hot Item NF Spring Roll : Crab Cheese Spring Roll.
Retail price : RM 7.50/pack (10 pcs per pack)

This week kita ada buat PROMO tau! 
RM 7.00/pack only dengan setiap pembelian 3 pack!
Promo ni hanya sah untuk delivery area Melaka sahaja.
*Tidak termasuk kawasan Alor Gajah, Masjid Tanah dan Sungai Udang.

Promotion Period : 3rd November - 13th November 2016

Berminat?
Sila Whatsapp / Telegram 
019-686 5048 (Nurul)


Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

Tuesday, November 1, 2016

Percutian Keluarga ke Cameron Highlands | Part 3

Salam.

Untuk membaca entry sebelum ini, sila klik link di bawah. Semoga dapat membantu percutian korang yang baru nak survey untuk bercuti ke Cameron Highlands.


Hari terakhir kami di Cameron Highlands. Masing masing dah set alarm pukul 6 pagi. Tapi masing masing terlajak sampai snooze alarm Kak Ngah tu dia off kan. Sakit telinga pagi pagi dengar bunyi ayam berkokok dari phone si Kak Ngah ni. Lastly kita bangun juga pukul 6.20 pagi. Terus turn on lampu semua bilik. Dalam hati kita kata, ni kalau kita tak bangun ni, memang terlajak la plan kami nak naik Lavender Farm pagi tu. Disebabkan Lavender Farm tu paling atas sekali, kami decided untuk naik awal pagi untuk elakkan jammed. 

Semua bangun mandi dan macam biasa, Haziq orang terakhir yang mandi sebab dia kena goreng popia pagi tu. Kahkahkah sebab kalah main Uno malam tadi. Tapi walaupun dia mandi paling akhir, orang yang terakhir siap ialah Mama sebab dia nak lilit tudung kemain lama pastu kemas barang barang semua. Kami breakfast light meals je pagi tu. Popia goreng yang kita bawak dari Melaka dan air teh O panas. Lepas siap, masing masing tak lepaskan peluang bergambar depan homestay.

Gambar satu family is awesome! πŸ˜

Tengok belakang tu dah YZ Agro & Cafe yang kita story di entry yang lepas.

Thanks Enna, for the beautiful homestay!

Kami macam nak datang lagi oke.

Dah puas bergambar, time to leave. Dalam pukul 8.20 pagi, jalan masih belum berapa jammed. Tapi dekat kawasan Brinchang tu normal la. Sesak sikit sebab kiri kanan orang park kereta dan tak kurang pejalan kaki nak melintas. Banyak kereta. Kami sampai Lavender Farm pukul 8.30 pagi. Ramai dah orang tunggu Lavender Farm tu buka. Sebab operation hours dia start from 9.00 pagi. Kak ngah pergi survey harga tiket. Alamak aih, RM 8.00 untuk seorang dewasa. Kami fikir, setakat nak tengok pokok lavender, kat luar farm tu pun ada. Kat atas tu just lagi best sebab banyak tempat yang cantik nak bergambar je. So kami decided untuk just bergambar kat luar dan beredar dari situ.

Welcome to Cameron Lavender Farm. 

Feeling lebih. Bukannya bau pun. Haha.

Wefie sepam dengan Kak ngah.

Happy Mama bergambar dicelahan pokok lavender.

Gambar dengan Mama sepam.

Dengan hasben sepam.

Nak juga amek gambar dicelahan pepohon lavender. Hihi.

Yang ni candid. Pandai hasben kita snap posing bajet kurus. Kahkah.

Lepas beredar dari Lavender Farm, on the way nak turun tu kami singgah di Kea Farm. Kea Farm ni terletak di kawasan Brinchang juga. Atas sikit dari pekan Brinchang. Kat situ korang boleh la beli souvenirs, pokok cactus, sayur sayuran, buah buahan, teh, dan macam macam lagi makanan yang best best macam ubi keledek rebus yang manis dan awesome serta strawberry celup coklat. Kat sini, kita dengan hasben beli sayur sayuran, souvenirs, buah dan coklat untuk celup dengan strawberry nanti. Dah sampai bawah kang strawberry mesti masam kan. So makan dengan coklat baru la syok. Hihi.

Dah settle tu, kami terus on the way nak ke ladang teh. Abang pulak tertinggal wallet kat homestay. Luckily kami memang dari atas then memang lalu kat kawasan Kampung Taman Sedia sebelum nak ke Tanah Rata. Call Pak Tam then dia kata boleh masuk je sebab dia pun belum kemas lagi since kitorang check out awal pagi. Hish, kalau la kitorang terus turun ke area Tanah Rata pagi tadi, jenuh la nak memanjat ke homestay tu. Dah la dah start jammed.

Oke, settle amek wallet Abang, kitorang terus ke Cameron Bharat Tea Plantation. Ramai nya orang, memang sabar jela. Macam tak puas sebab dekat Cameron Valley Tea House dia ramai betul manusia. Tak dapat nak fefeeling sangat sebab sangat crowded. Ramai ramai pun sempat juga kami merasa minum teh kat situ. Alang alang dah sampai. Bagi la experience kat Mama Ayah. Nak datang lagi memang entah bila la kan. 

Sempat la minum minuman mahal kat sini. Hewhewhew. Rasa teh tarik dia seriously kedai mamak lagi sedap. Huhu. Tapi apa salah nya nak merasa.

Terpaling sayang dunia akhirat. ❤❤❤

Mama dan Abang.

Mama Abang Ayah.

Nak menikmati pun tak berapa nak best sebab ramai nau manusia. Huhu.

Posing acah kurus lagi. πŸ˜‚

Bagi chance la kami nak fefeeling perantin baru. Polok polok sikit. Kahkah!

Best nya pegang daun teh. 

Bakat terpendam incek hasben. Pandai snap gambar. Hihi.

Lovely birds. πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹

Nak turun best, time naik mengah bro! Haha!

Tiga Abdul. Haha.

Dah sudah snap photo sebanyak yang mungkin, kami pun beransur pulang ke pangkal jalan. Haha. Nak turun jalan ikut exit Tapah tu memang sangat narrow dan kena extra careful ye. Hantar Kak ngah dan Ijam kat TBS dan Haziq kat Seremban. Sampai Melaka dalam pukul 7.45 malam. Mama, Ayah, Abang dan Iwat solat dulu then diorang terus shoot balik Batu Pahat. Lepas mandi, kita terus keluarkan semua barang yang kita beli. Sayur sayuran dan salad dah letak kat peti ais siap siap. Strawberry pun sama.

Dapat lagi T-Shirt. Kami hasben and wife memang suka beli baju couple. Comel bila pakai sama sama. Hikhik.

Key Chain dengan Pencil panjang tu nak bagi Sofiyyah dengan Anis. Fridge magnet tu nak bagi Cik Ayu. 

Teh yang kami beli di ladang. Menyesal tak beli di pasar malam Brinchang atau di Kea Farm. Harga diorang jauh lebih murah berbanding beli dari ladang teh sendiri. Sedih betul.

Coklat sos ni beli di Kea Farm. Boleh buat celup celup strawberry. Harganya RM5/botol.

Lama nau teringin nak makan sambal strawberry ni. Dapat juga beli. Harga dia boleh tahan mahal. RM 17.90/botol. Beli kat Time Tunnel. 

Seriously kita dengan hasben belum move on lagi dengan salad segar Cameron ni. Tadi makan ni dua orang sebelum hasben pergi kerja. Licin. HAHA!

Oke, selesai sudah cerita percutian kami kali ni. InsyaAllah next year kami nak pergi tempat lain pulak. Kena tunggu kumpul duit banyak banyak untuk shopping tanpa rasa berdosa. Hihi. Till meet again Cameron Highlands! Wallahua'alam.


Thanks for visiting my site.
Like and Share this entry if you think its very useful. And please do leave your comments below ya!
Love, ♥ Nurulchumel ♥

✿ Link for Blogwalking View γƒ…

Pretty Blinking Hello Kitty
© Copyright 2009 - 2017 | Full Designed by ✿ Nurulchumel's Properties γƒ… | All Rights Reserved™